Thursday, September 10, 2009

UMNO adalah parti Islam, kata Najib


SIK 10 Sept. — Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, UMNO adalah sebuah parti Islam yang sebenar walaupun ia tidak menggunakan label Islam dalam membela dan merancang pembangunan umat Islam dan negara ini.

Katanya, UMNO sememangnya membela dan menaikkan taraf hidup umat Islam dengan membasmi kemiskinan menerusi pelbagai program kerajaan terutamanya menerusi rancangan Felda.

“Dalam Islam, kemiskinan itu menghampiri kekufuran dan UMNO sejak 53 tahun yang lepas berusaha membasmi kemiskinan di kalangan umat Islam dengan membuka tanah rancangan Felda dan adakah ini bukan tuntutan Islam?,” kata beliau ketika menghadiri majlis Rahmat Ramadan di Felda Teloi Timur di sini hari ini. - Bernama

sumber :http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0910&pub=Utusan_Malaysia&sec=Terkini&pg=bt_35.htm


APA KATA ANDA?

Saya pun tak tahu, nak kategorikan statement di atas...perasaan bercampur baur..
Nampak gaya, Hari Raya nie, DS Najib dapatlah jadi IMAM untuk solat sunat aidilfitri sekaligus dapatlah rakyat jelata dengar Khutbah... :)

1 comment:

  1. TGNA akan tetap kata UMNO itu tidak Islam walau Najib boleh jadi imam dan baca khutbah. Lagipun, itulah yang Anwar boleh buat dulu pun sewaktu beliau jadi TPM (Dan TGNA pun tetap 'berperang' dgn Anwar)

    Tak ada bezanya kerana PAS akan tetap kata UMNO tidak Islam walaupun orang UMNO semayang tak tinggal kerana pada PAS, sembahyang tak tinggal pun buat apa kalau tidak Islam.

    Lebih baik tinggal sembahyang tapi sokong PAS.

    ReplyDelete