Tuesday, March 22, 2011

Kenyataan Media: e-Filing bagi borang BE, B, M, P dan E bagi tahun taksiran 2010..CUKAI PENDAPATAN

Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) ingin memaklumkan bahawa
penghantaran Borang Nyata Cukai Pendapatan Tahun Taksiran 2010 (BNCP 2010)
melalui e-Filing bagi Borang BE, B, M, P dan E boleh dilakukan mulai 1 Mac 2011.

Perkhidmatan ini boleh dicapai terus melalui laman web e-Filing https://e.hasil.gov.my

atau melalui laman web rasmi LHDNM www.hasil.gov.my.
LHDNM menyeru semua pembayar cukai mengemukakan borang nyata cukai
pendapatan mereka segera dan tidak menunggu saat akhir bagi mengelakkan
kesesakan talian.

Tarikh akhir pengemukaan Borang Nyata bagi Borang BE, B, M, P dan E ialah:
Majikan (Borang E) 31 Mac 2011

Pendapatan Selain Perniagaan Individu Bermastautin (Borang BE) 30 April 2011

Pendapatan Selain Perniagaan Individu Tidak Bermastautin (Borang M) 30 April 2011

Pendapatan Perniagaan Individu Bermastautin (Borang B) 30 Jun 2011

Pendapatan Perniagaan Individu Tidak Bermastautin (Borang M) 30 Jun 2011

Perkongsian (Borang P) 30 Jun 2011

Pembayar Cukai yang belum pernah menggunakan e-Filing sebelum ini, perlu
memohon nombor pin e-Filing terlebih dahulu melalui e-mel pin@hasil.gov.my atau
menghubungi talian 1-300-88-3010, manakala pengguna e-Filing yang terlupa kata
laluan boleh set semula (reset) kata laluan e-Filing mereka dengan mengikuti langkahlangkah berikut:
1. Klik ikon ‘ e-Filing’ pada Laman Web www.hasil.gov.my
2. Klik butang ‘terlupa kata laluan’
3. Masukkan nombor Kad Pengenalan
4. Pilih soalan bagi petunjuk kata laluan
5. Masukkan jawapan bagi petunjuk kata laluan dan tekan butang ‘Hantar’
6. Masukkan kata laluan baru, sahkan dan tekan butang ‘Hantar’
7. Login e-Filing
8. Lengkapkan Borang Nyata Cukai Pendapatan dan ‘Hantar’
Sekiranya pengguna e-Filing terlupa petunjuk kata laluan, mereka adalah dinasihatkan
untuk menghubungi talian bantuan e-Filing di 03-4289 3535 (panggilan tempatan) dan
+603-4289 3500 (panggilan antarabangsa) atau 1-300-88-3010.