Friday, September 26, 2008

Selamat Hari Raya …

Ucapan selamat menyambut hari raya kuhulurkan untuk kalian semua..Semoga berbahagia bersama keluarga dan sanak saudara di hari lebaran mulia ini.

Dan itu bermakna tak berapa lama untuk kita berpisah dengan Ramadhan x berapa hari lagi..barangkali kali kita begitu gembira untuk meninggalkan Ramadhan.. x serupa kita dengan para sahabat-sahabat Rasulullah yang mulia sedih nak meninggalkan Ramadhan.

Apapun, moga-moga kita diberikan kesempatan oleh Allah untuk bertemu dengan Ramadhan yang akan datang.

Dan ucapan maaf andai ada kesilapan “Maaf Zahir & Batin”.


Moga-moga bertemu kembali selepas hari raya… Pada yang drive, drive carefully.. dan jangan lupo berdoa…Selamat Bercuti…

Thursday, September 25, 2008

Things to do before Kampung untuk Raya …

1. Pastikan rumah anda berkunci sepenuhnya
2. bagi tahu jiran jika jiran x pulang ke kampong
3. atau sms kat polis (
4. pastikan semua suis barangan elektrik anda dimatikan
5. kalau boleh..kosongkan peti ais anda
6. inform penghantar news paper supaya x menghantar akhbar semasa anda bercuti
7. pasangkan lampu yang berkenaan
8. sampah-2 kat dalam rumah di bersihkan
9. tutup main valve supply air
10. pastikan kenderaan anda dalam keadaan baik buat alignment/balancing dulu
11. periksa tekanan angin tayar anda
12. Pastikan lampu-2 keta anda dalam keadaan baik esp lampu brake
13. isi minyak penuh-2 supaya nanti x perlu untuk buang masa beratur di petrol stesyen
14. ikutilah nasihat perjalanan yang dikeluarkan oleh PLUS (jika guna PLUS highway)

Minyak Turun!! 10 sen

Semalam kerajaan dapat 'hidayah' untuk turunkan harga minyak...10 SEN..

apa kata anda?

saya kata Alhamdulillah..

komen akhbar-2 tempatan....

--------------------------

UTUSAN : Minyak turun 10 sen lagi

Oleh ZULKIFLI JALIL

PUTRAJAYA 24 Sept. – Kerajaan mengumumkan harga runcit petrol RON97 dan RON92 dikurangkan 10 sen iaitu masing-masing daripada RM2.55 seliter kepada RM2.45 seliter dan RM2.40 seliter kepada RM2.30 seliter berkuat kuasa esok.
Pada masa sama, harga runcit diesel juga dikurangkan 10 sen iaitu daripada RM2.50 seliter kepada RM2.40 seliter.

Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata, Jemaah Menteri dalam mesyuarat hari ini membuat keputusan itu setelah mengambil kira harga purata minyak dunia sebulan terakhir ini yang mengalami penurunan yang ketara.
Harga minyak di pasaran dunia kini ialah sekitar AS$109 setong berbanding hampir AS$140 setong pada Mei lalu..............


--------------------------

Mstar : Harga petrol, diesel turun lagi, kali ini 10 sen

Khamis September 25, 2008

PUTRAJAYA: Harga petrol dan diesel mengalami penurunan sebanyak 10 sen berkuat kuasa hari ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mengumumkan harga runcit petrol RON97 turun sebanyak 10 sen seliter kepada RM2.45 seliter daripada RM2.55.

Harga RON92 juga diturunkan sebanyak 10 sen kepada RM2.30 daripada RM2.40. Diesel juga turun 10 sen seliter kepada RM2.40 seliter daripada RM2.50.

Pagi semalam, mesyuarat Kabinet telah membincangkan perkara berkenaan.
Ini merupakan kali kedua harga runcit bahan api itu diturunkan selepas mengalami peningkatan besar Jun lalu.

Jun lalu, kerajaan menaikkan harga petrol kepada RM2.70 seliter dan diesel kepada RM2.58 seliter ketika harga minyak mentah dunia meningkat sekitar AS$125 setong..............

--------------------------

Bharian : Pelarasan ringankan beban rakyat: PM

PUTRAJAYA: Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi semalam mengumumkan harga runcit petrol dan diesel diturunkan 10 sen seliter, berkuat kuasa hari ini bagi meringankan beban rakyat terutama untuk menyambut Aidilfitri, minggu depan. Dengan penurunan harga bahan api itu yang kedua sejak 23 Ogos lalu, petrol RON97 kini RM2.45 seliter, RON92 (RM2.30) dan diesel (RM2.40). Dalam kenyataannya, Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, berkata
Kabinet memutuskan pelarasan harga bahan api itu pada mesyuarat semalam kerana ia adalah mesyuarat terakhir jemaah Menteri untuk bulan ini dan sebelum hari raya................

--------------------------

The Star : Fuel price cuts to ease burden

By LEE YUK PENG, ROYCE CHEAH and TEH ENG HOCK

PUTRAJAYA: The fuel price cuts will hopefully ease the burden of the people as they celebrate Hari Raya, says Domestic Trade and Consumer Affairs Minister Datuk Shahrir Abdul Samad.
Shahrir said the Government would be paying slightly more in fuel subsidy as the average crude oil price would be only seven sen cheaper but the Government had decided to absorb the difference and lower petrol and diesel prices by 10 sen.

Asked whether the Government would implement a free float system for fuel prices, Shahrir said it was too early to think of that although it was one of the matters discussed.

--------------------------

akhbar harakah belum lagi comment...

Wednesday, September 24, 2008

Lailatul Qadr

mencari malam seribu bulan..

moga-2 kita semua di beri peluang untuk berjumpa dengan malam seribu bulan mulia ini...
seronoknya barangkali jika kita diberi peluang untuk bertemu dengan nya..barangkali tidak akan ada satu syarikat yang akan memberi BONUS sebanyak ini..SERIBU BULAN...

tapi barangkali kita yang gagal untuk mencari nya..

apa pun.. harapnya semuanya dapat berjumpa dengan nya..
berdoalah apa sahaja...Tuhan itu sentiasa menunaikan apa pun permintaan hamba-Nya..
cuma nya bila dan bagaimana...

apalah salah berdoa untuk supaya kita dapat lagi bertemu dengan Seribu Bulan..pada setiap bulan ramadhan yang berkat akan datang.. manalah tahu dimakbulkan.. :)

anyhow, selamat bertemu dengan malam al-qadr..

Monday, September 15, 2008

Tahu kah anda?

Tahukah anda..

jika dahulu celcom boleh dikenali dengan no 019, 013 dan 0148

...manakala maxis 012 dan 017,

digi 016...
bermula hujung bulan ini bagi (post-paid) anda boleh terus kekal no anda walaupun anda bertukar service provider. Bermakna no hp yang anda miliki sekarang akan menjadi sebahagian daripada identiti anda...bermakna, jika anda rasa maxis tak bagus.. boleh jee anda sign-up others such as celcom, digi mahupun u-mobile tanpa menukarkan no 012 anda.cuma anda kena sentiasa study which plan is better...
note :

- pre-paid dah boleh tukar service provider by now with-out tukar no.. ulang tanpa tukar no!!

Tazkirah ringkas

Dalam bulan Ramadhan yang penuh keberkatan dan kemuliaan ini…sesekali membelek helaian mushaf yang mulia ke surah Muhammad surah ke 47 dan tiga ayat terakhir untuk kita kongsi kali ini..

***47:36***

"Sesungguhnya kehidupan dunia hanyalah permainan dan senda gurau.
Dan jika kamu beriman dan bertakwa, Allah akan memberikan
pahala kepadamu dan Dia tidak akan
meminta harta -hartamu."

betul laa hidup kat dunia ini memang mainan atau lakonan semata...selesai permainan atau lakunan..kita akan di nilai..baguskah atau burukkah mainan atau lakonan kita itu... dan betul laa kita firman tuhan nie... betapa banyak lagha dan senda gurau..sebab tu kita kena follow manual (al-quran) supaya hati kita sentiasa sadar..matlamat hidup ini.


***47:37***

"Jika Dia meminta harta kepadamu lalu mendesak kamu (supaya memberikan semuanya) niscaya kamu akan bakhil dan Dia akan menampakkan kedengkianmu."

Benarlah firman tuhan ini, andai diminta kita akan harta kita, pasti kita kedekut..sayangnya pada harta...padahal..hakikatnya harta itu pun bukan milik kita..


***47:38***

"Ingatlah, kamu ini orang-orang yang diajak untuk
menafkahkan (hartamu) pada jalan Allah. Maka di antara kamu
ada yang bakhil, dan siapa yang bakhil sesungguhnya dia hanyalah bakhil terhadap dirinya sendiri. Dan Allah-lah yang Maha Kaya sedangkan
kamulah orang-orang yang berkehendak (kepada-Nya); dan jika
kamu berpaling niscaya Dia akan mengganti (kamu) dengan kaum
yang lain; dan mereka tidak akan seperti kamu ini."

benarlah...kekadang (selalunya) kita nie kedekut nak menafkahkan harta yang tuhan beri pinjam kepada kita...pesan tuhan pada yang cintai dan anggapi harta itu kita yang punyai. dalam pada itu kita yang rugi (akhirat). Dan amaran tuhan itu, tuhan boleh saja menggantikan orang yang yang bakhil ini... oleh yang demikian itu, pada kesempatan berada di dalam bulan yang mulia ini..maghilah sama-sama (kita) menginfakkan (sedekah mahupun zakatkan) harta yang diberi pinjam ini...

moga-2 kita tergolong dalam golongan yang beriman dan dalam "lailatul qadr" pada tahun ini..

Wallahu'alam
Wassalam

Friday, September 12, 2008

Kajian #2: budaya pengguna kereta di MALAYSIA walaupun harga minyak tinggi …

Objektif : Kajian ini adalah untuk membandingkan lone ranger dengan car pooling. Atau kenderaan mana the best? Public transport, motor atau keta.

Pagi-pagi, bila on the way ke tempat kerja…kekadang naik motor dan sometimes naik keta. Toleh kiri toleh kanan, tengok more than 90%. Kebanyakkannya pergi kerja naik keta sorang-2.. wah. Betapa banyaknya pembaziran petrol dan masa..mungkin perkara ini boleh di atasi..tapi boleh kaa?

Cuba bayangkan kos ke tempat kerja yang :
(1) Jaraknya sekitar 20 km dan
(2) KL laa (include jem skali)…
(3) guna keta laa…dalam sebulan sekitar RM 160 (simple estimate tiga kali isi minyak)…

tu dah tentu naik sorang-2..tapi kalu car sharing..dah tentu akan lebih jimat..kalau 2 orang dah boleh bahagi 2 cost tuu..3 dan 4 lagi laa.. dan sekaligus akan mengurangkan jumlah kereta kat KL nie…

Suasana di KL sekarang kecuali musim cuti sekolah, jalan nya jem teruk..jarak rumah ke center KL tak sampaipun 20 km..tapi bila drive keta pagi-2 kat 2 jam jugak… lagi teruk (melampau) jika cuaca hujan… betapa membuang masa..satu hari beloh dikatakan membazir di atas keta selama 3 jam at least… apa 3 JAM..banyak tuu..

So, kesimpulan awal…car pool is the best option..we shud apply this!!

Tapi..kan..

Logik ka kita nak tumpang orang/kawan/sesapa :
(1) yang kawan tu duk nya 10 km dari rumah kita! Nak sampai ke rumah kita pulak dah menempuh jem…
(2) pastu masa pulak x free.. nak kena tunggu/ x bebas
(3) nak balik rumah dah tentu sampai nya lambat (lagi lambat)…

Meaning to say.. no flexibility, too limited… dan jarang nak berlaku.

Kesimpulan awal lagi, car pool not really applicable

Haa… idea baru (konon)!!

Guna public transport!!..kan kerajaan kate nak improve public transport!!

In my opinion and experience, bas (kat KL) antara public transport yang kurang effective..dengan lambatnya, penuh dan memenatkan… kalau LRT pulak limited area..pernah banyak kali naik public transport..cuba bayangkan untuk sampai opis kul 8 pg.. kena turun dari rumah kul 6.30 pagi..(habis mcm mana nak hantar anak, awal betul)… pastu dalam 30 min sampai stesyen LRT.. dalam kul 7.00 – 7.15 biasanya x ramai lagi orang..lambat kalu… nak kena tunggu..beratur laa..biasanya 4 kali train lalu baru boleh naik. Ok best case scenario, sampai laa opis kul 8 sharp..

Kesimpulan awal, nak naik public transport.. kena piki banyak kali laa..

Lastly… in my case…just use moto untuk g tempat keja.. x jem dalam 15 min je.. dah sampai opis..

Kesimpulan akhir, the bestest transportation at KL nih barangkali Motosikal kot..basikal nanti berpeluh pulak.

Perancangan Kewangan #05:Cash, Kredit Kad dan Debit Kad

“ Bro, jom pi shopping saya belanja...saya baru jee dapat kad kredit ni.. ’’

Most of the time kad kredit lebih kepada simbol… simbol? … simbol kekayaan… ha ha ha ..simbol banyak hutang…..

Ia lebih kepada cara untuk berbelanja..ada yang kata lebih selamat daripada bawa cash…ada yang kata lebih senang x payah pi bayaq kat kaunter kat pump station pun dah boleh buat transaction…ada juga yang kata..kita swipe jee dulu x payah ada cash…later bayaq…ada yang kata, pakai cash x dapat point…rugi..malah ada yang kata dapat rebet guna kredit kad kalau isi petrol….

Apa pun ia lebih kepada cara berbelanja..dan yang penting, sebenarnya kita perlu wang untuk kita berbelanja… cash or debit mahupun kredit kad is not a matter.

Pada saya sekarang, gunakan segala kemudahan yang ada dengan cermat dan teliti..every one got pro and con…

Cash…
….of course kita x berhutang..tapi kena bawak note banyak dan tebal untuk membeli sesuatu yang mahal….dan kena tunggu gaji masuk baru boleh beli barang-2 dan sedihnya…kalau hilang menangis saja laa..

Kredit Kad
….bestnye..kita just swipe jee anytime and anywhere..tapi kena monitor laa..don’t just spend…nanti kena interest…(riba’ tu HARAM)… so, spend within your budget laa… better pay all within the time.. best thing jugak..dapat point..cukup masa dapat tukaq dengan hadiah… bad thing, kalau hilang dan kredit limit tinggi pulak…dan lambat report pulak..jawabnya..menangis jugak laa..plus kalau x mampu bayar kena interest….

Dan jangan pulak lupo jang!! Kad kredit ado yuran tahunan.. kalu yang free for life tuu..kira ok laa kan…yang tuu kena kiro awal-awal..jangan nanti kalu kena bayaq baru meraba….

Debit kad..
…currently, ini my opinion..is the best…same kind cash..with high security…sebab kena bagi pin no masa transaction…Cuma…kena ada duit dalam account dulu laaa…

“berbelanjalah tapi ingat..hutang kena BAYAQ”

only my opinion..
Any comment..sila-sila laa..

Pneumonia (Paru-2 Berair)

Apakah itu Pneumonia?

Pneumonia atau radang paru-paru ialah sejenis jangkitan yang melibatkan pundi-pundi udara kecil (alveoli) dan tisu-tisu di sekitarnya. Laluan-laluan ini yang dipenuhi nanah atau mukus akan menyekat oksigen dari sampai ke dalam darah. Jangkitan ini disebabkan oleh beberapa jenis kuman seperti bakteria, virus, fungi dan mikrob.

Bagaimana nak kena?

Kebanyakan kuman-kuman pneumonia ini tinggal di dalam tekak sebagai sebahagian dari apa yang dipanggil "flora" semulajadi anda. Biasanya sistem ketahanan atau sistem imun tubuh akan menghalang kuman-kuman ini dari memasuki paru-paru dan menimbulkan masalah. Apabila keadaan badan anda lemah disebabkan penyakit kronik, tekanan, pemakanan yang tidak seimbang, kurang rehat, maka tahap keimunan menjadi kurang atau mekanisme pertahanan paru-paru menjadi lemah.

Badan anda sudah tidak dapat menahan lagi serangan bakteria dari memasuki paru-paru dan seterusnya membiak di dalam salah satu dari paru-paru atau kedua-duanya sekali. Anda kemudiannya akan mendapat pneumonia, diikuti dengan selsema, bersin, bronkitis, atau penyakit-penyakit berkaitan yang lain.

Atau pneumnia itu berlaku dengan sendirinya. Sekali anda mendapat serangan pneumonia, anda berisiko tinggi untuk mendapatnya lagi.

Tanda dan gejala

Kadangkala pneumonia ini mengelirukan. Ia mungkin datang dalam bentuk selesema atau flu yang kemudiannya menjadi teruk. Gejalanya berbeza-beza, bergantung kepada jenis kuman yang menyerang. Mereka yang diserang bakteria pneumonia lazimnya kelihatan sangat uzur.

Gejala-gejalanya termasuklah:

- Demam (39-40 degree C) dan menggigil.
- Batuk yang mengeluarkan kahak berwarna kuning, hijau, keperangan atau mungkin mengandungi darah (mukus dikeluarkan dari paru-paru).
- Sakit dada terutama ketika batuk atau semasa menarik nafas yang dalam
- Bernafas dengan cepat dan pendek,
- Kelesuan yang jauh teruk dari yang anda sangkakan.
- Berpeluh dan muka kelihatan merah.
- Hilang selera makan atau perut meragam.

Untuk kes pneumonia yang disebabkan oleh virus, ia bermula sebagai batuk kering, sakit kepala, demam, sakit otot dan kelesuan. Apabila keadaan semakin melarat, batuk mula mengeluarkan kahak dan pesakit mengalami kesukaran untuk bernafas. Bukanlah sesuatu yang luar biasa sekiranya pesakit mendapat jangkitan virus selepas serangan jangkitan bakteria.

adakah anda tahu!

Last week, sempat jugak jap dengar kulliyyah sebelum khutbah jumaat..di masjid kat keramat..menyentuh pasal perkara kat bawah...

jika anda mengamal minum secawan air teh "O" setiap pagi....
ia boleh mengawal berat badan anda.

jika anda mandi Pagi sebelum subuh @ sekurang kurangnya sejam sebelum matahari naik. Air sejuk yang meresap kedalam badan boleh mengurangkan lemak mengumpul. Kita boleh saksikan orang mengamal mandi pagi kebanyakan badan tak gemuk.

Rasulullah mengamalkan minum segelas air sejuk setiap pagi. Mujarabnya Insayallah jauh dari penyakit (susah nak kena sakit).

waktu sembahyang subuh disunatkan kita bertafakur ( iaitu sujud sekurang kurangnya seminit selepas membaca doa). Ia boleh mengelak dari sakit pening atau migrin.

Ini terbukti oleh para saintis yang membuat kajian kenapa dalam sehari perlu kita sujud. Ahli-ahli sains telah menemui beberapa milimeter ruang udara dalam saluran darah di kepala yg tidak dipenuhi darah. dengan bersujud makan darah akan mengalir keruang berkenaan.

jangan kita makan makanan darat bercampur dengan makanan laut. Nabi pernah menegah kita makan ikan bersama susu. di kuatiri akan cepat mendapat penyakit.

saintis yang menjumpai dimana dalam badan ayam mengandungi ion (+) manakala dalam ikan mengandungi ion (-).

jika dalam suapan ayam bercampur dengan ikan maka terjadi tidakkan balas biokimia yng terhasil yang boleh merosakkan usus kita.

Nabi juga mengajar kita makan dengan tangan dan bila habis hendaklah menjilat jari. saintis telah menjumpa bahaw a enzime banyak terkandung di celah jari jari, iaitu 10 kali ganda terdapat dalam air liur. (enzime sejenis alat percerna makanan, tanpanya makanan tidak hadam)

Wallahu'alam

Monday, September 08, 2008

Renungan : Terkenang daku pada Umar Al-Khattab di Ramadhan

Di bulan puasa ini, dalam membesar anakku yang usianya 2 tahun. Bukan apa, sebesar ini dah pandai hidup berdikari…melipat pakaiannya sendiri, makan dan mandi pun dah boleh buat sendiri, pendek kata banyak jugak perkara yang si anak kecil ini membantu orang tuanya..

Cerita Umar Al-Khattab macam mana yaa?

Umar Al-Khattab siapa yang tak kenal sejarah hidupnya.

Suatu ketika, selepas beliau memeluk islam beliau beberapa kali dilihat ketawa dan menangis sendirian dalam sela masa yang sama. Sekejap ketawa dan kemudianya menangis. Lalu ditanya oleh sahabat nie (tak silap Abu Hurairah) kenapa beliau sekejap ketawa dan menangis.

Umar menjawab.. “aku ketawa disebabkan..pada zaman jahiliyyah dulu..aku pernah membuat tuhanku (patung) sendiri dari tepung dan tamar. Dan kemudian aku sembah patung itu. Setelah beberapa hari aku sembah. Dan kemudian, bila tiada makanan dirumahku. Aku pun patahkan telinga nya dan aku makan..aku tengok tuhan itu tak marahpun kepada ku, kemudian, aku patahkan hidung nya dan aku makan..aku tengok tuhan itu tak marahpun kepada ku, kemudian, aku patahkan tangan nya dan aku makan..aku tengok tuhan itu tak marahpun kepada ku, lama-kelamaan habis semuanya aku makan…Tuhan ku itu tidak berbuat apa-apa pun kepada ku..”

“betapa BODOH nya aku, menyembah tuhan hasil citptaan ku (manusia) sendiri, sedangkan tuhan itu tidak pernah memperkenankan permintaan ku apatah lagi memarahi atau melaknati aku… dan aku bersyukur dapat menyembah tuhan yang benar”

Lalu sahabat tadi tanya lagi “dan kemudian kenapa tuan menangis?”

“Menangis, aku sedih teringatkan tangan ini sendirilah yang telah menanam anak perempuanku hidup-hidup ditengah padang pasir. Betapa kejamnya aku ini. Sedangkan anak itu sendiri menolong aku menggali lubang itu, betapa jahil dan kejamnya aku diwaktu itu”

……………………………………….

Ku sedari anak perempuan usia 2 tahun..memang boleh dan sangat suka membantu orang tuanya, tak tergambar difikiran kekejaman yang dilakukan orang jahiliyyah membunuh anak perempuannya…

Tapi, sekarang perkara ini (membunuh anak kecil) terus berlaku..malah lebih kejam dari itu…

Apa dah jadi sekarang?

Monday, September 01, 2008

Anda lahir bulan September..

Anda lahir bulan September..
  1. sangat bersopan santun dan bertolak ansur
  2. sangat sensitif yang tidak diketahui
  3. mudah memahami orang lain (daya firasat yang tinggi) kerana banyak simpan rahsia
  4. sangat cermat, teliti dan teratur
  5. orang yang banyak berfikir suka sukan, hiburan dan melancong
  6. suka menegur kesilapan orang lain dan mengkritik
  7. daya pentaakulan yang baik
  8. kurang menunjukan perasaannya
  9. pendiam tapi pandai bercakap
  10. otak bijak dan mudah belajar
  11. terluka hatinya sangat lama disimpan
  12. sikap sangat cool, sangat baik dan mudah simpati
  13. suka mencari maklumat
  14. terlalu memilih pasangan
  15. sangat prihatin dan terperinci, amanah, setia dan jujur
  16. kawal diri dari terlalu mengkritik
  17. sukakan benda yang laus
  18. kerja yang dilakukan sangat sempurna
  19. pandai mendorong diri sendiri
  20. bersistematik

Selamat Hari Lahir untuk yang lahir di bulan ini... dah makin tua yaa