Saturday, May 31, 2008

Gila jee tak bodoh!!...

Hidup di dunia ini, dilengkapi Allah dengan pelbagai sikap dan rupa manunisa, ada yang diangkatnya menjadi Raja, ada yang dijadikan pengemis, ada yang cacat, ada yang buta ada yang kusta, ada juga yang pandai..pandai menipu, pandai merompak, pandai menculik…. ada juga yang bodoh dan ada yang sombong, akhirnya..kita parlu syukuri ciptaan Allah atas kita…


Ceritanya bermula, di suatu petang, seorang manager disebuah syarikat terkemuka di ibu negara telah tersangkut di tepi jalan akibat daripada tayar kereta nya bocor…takdirnya di tepi sebuah hospital mental…dimana pada waktu ini, pesakit-pesakit berada ditepi pagar..ambil angin…

Biasa bagi seorang lelaki untuk menukar tayar nya..”small matter”…dalam kelam kabut menukar tayar, dia terlanggar bekas yang diletaknya nut lalu jatuhlah semua ke dalam longkang yang berpalang dan dalam…

“ Aduh, macam mana nie..aku dah laa loghat nak gi meeting,…jatuh pulak semua nut” getus manager nie kemarahan-marahan…
sambil diperhatikan seorang pesakit dan pesakit tersebut tersengih… dan terpacul di mulutnya … “Bodo!!!"

Apa lagi, marah laa manager nie… “Woi,orang gila…apa kau kata..?”

“Woi Bodo…senang jee…kau ambik jee satu nut setiap tayar..dapat laa tiga…pahtu boleh laa jalan…kedian, gi la kedai ganti…. Itu pun x leh piker..bodo”

Balas manager “ Woi orang gila, kau ingat kau pandai sangat..abis tu kenapa kau masuk hospital gila????".....

“aku gila jee..bukan bodoh…la bodo!!!” Sambil terus berlalu pergi…

Malu si manager..dan terus mengangtikan nut yang jatuh seperti dicadangkan oleh pesakit mental tadi….

Dapat laa pengajaran..yang berguna dia hari ini…dan dia tidak akan memandang rendah lagi sesama manusia…

Friday, May 30, 2008

Apa anda akan lakukan jika ada sebanyak 86,400 untuk dihabiskan..??? setiap hari tuuu…

Wah..wah.. macam menang loteri..
Kenapa?
X percaya…..

Tolong..tolong lah percaya..
Setiap kita ada sebanyak 86,400 sehari untuk dihabiskan

apa dia?

Mmmm

Bermula dengan hurup “M”

Jawabnya ….


M….


A….


S….


A

MASA…in English they call : time



Masa samada ia telah menjadi sejarah, sekarang atau pun masa akan datang selagi hayat usia ada ianya amat penting dan perlu dimanafaatkan samada untuk diri sendiri, keluarga mahupun masyarakat…

Kurnia Masa ini adalah percuma untuk setiap insane dikurniakan sebanyak 86,400 saat sehari untuk dimanafaatkan..bayangkan jumlah sebanyak itu ditukarkan menjadi RM 86,400 sehari…betapa banyaknya!!

Tanpa kita sedari, jika usia kita telah menjangkau 30 tahun .. sebanyak 86,400 x 365.25 x 30 = 923,400,000 saat telah di habiskan…

APA? 923 Billion saat

Kita dah jadi billionaire !!!!
Wah..betapa pemurahnya ALLAH..memberikan setiap insan untuk menjadi jutawan dan sekaligus memanafaatkan..

Cuma kita dok sedar,
Masih alpa, lalai, cuai, lagho

But, it never too late to make a change!!

Maghilah, kito memanafaatkan setiap saat ini dengan perkara yang bermanafaat samada untuk diri sendiri contohnya bersenaman, riadah, ziarah dan tak lupa berzikir…

Dan lebih cemerlang, untuk kita memberikan manafaatkan kepada orang lain…

Bila dah boring

Thursday, May 29, 2008

Dunia dihujung jari..subhanallah.

Dipenghujung usia dunia ini, seakan masa terus bergerak pantas…sehingga kita sepatutnya tiada masa untuk dibazirkan…everything is within your finger..
maklumat seakan lambat untuk kita menunggu untuk latest update dari news paper..
seakan membuang masa untuk beratur membayar bil-bil..kini hanya menggunakan perkhidmatan internet banking saja…

Ayuh teman-teman, mari kita berkongsi..berkongsi apa yang dirasakan perlu untuk ummat manusia…

Untuk teman-teman yang nak link dengan my weblog..please inform ye…don't forget

BUKU : Detik-detik Masa Dalam Kehidupan Muslim (Dr Yusuf Al-Qardhawi)


Satu buku keluaran Dewan Puskata Fajar ..saya merasakan ia adalah satu buku yang perlu dimiliki bagi setiap individu yang bergelar muslim..sebagai satu panduan hidup..

Petikan menarik:
Tujuan Allah swt menjadikan malam dan siang silih berganti supaya manusia membahagi-bahagikan masa untuk beristirehat dan bekerja.

Hadith Rasulullah saw yang bermaksud :
“Gunakan lima sebelum lima masa hidup sebelum mati, masa sihat sebelum sakit, masa lapang sebelum sibuk, masa muda sebelum tua, masa kaya sebelum papa”

Cadangan ;
Setiap insan mukmin sewajarnya menyediakan jadual waktu untuk kerja-kerja dengan tersusun samada berhubung dengan urusan duniawi dan ukharawi. Dan sewajarnya membahagikan masa kepada empat;
i. waktu untuk bermunajat dan berzikir kepada Allah
ii. waktu bermuhasabah tentang diri
iii. waktu untuk berfikir berhubung setiap ciptaan Allah
iv. Waktu untuk menumpukan keperluan i.e mencari makan dan minum

Antara hadis;
“Ambillah amal ibadat sekadar kemampuan kamu. Sesungguhnya Allah tidak akan jemu hingga kamu merasa jemu, Dan sesungguhnya amal ibadat yang paling Allah sukai adalah amal yang berterusan biarpun amal itu sedikit”
…..

Wednesday, May 28, 2008

Kajian #1: penggunaan petrol antara dua kenderaan….

Objektif : Kajian ini adalah untuk membandingkan penggunaan petrol antara kenderaan kereta dan motosikal.

Kajian ini membabitkan :
- motosikal Modenas Krisstar 110 cc
- Proton Saga 1.5 manual
- Perodua Myvi 1.3 auto

Dan berdasarkan data based on long run and short run (on average) – my documentation. Tapi… kereta bertransmission auto berconsumption lebih tinggi bila dalam Bandar..data kat bawah more on data jarak jauh.

CC transmission consumption
(km/liter)
A) Motorcylce 110 cc manual 43.81
B) Car 1500 cc manual 12.81
C) Car 1300 cc auto 12.79

Katakan :
average perjalanan kita dalam masa sebulan è 30 km x 30 hari = 900 km/hari
harga minyak May 2008 (petrol) è Rm 1.92 / liter


Oleh itu (petrol cost per month only);
Case A: RM 1.92/ liter x 900 km/month / 43.81 km/liter = RM 39.44 / month
Case B: RM 1.92/ liter x 900 km/month / 12.81 km/liter = RM 134.89 / month
Case C: RM 1.92/ liter x 900 km/month / 12.79 km/liter = RM 135.10 / month

Kesimpulan awal : penggunaan motor jauh lebih menjimatkan untuk bagitu jugak keta manual compare dengan auto dengan sedikit penjimatan… dengan perbezaan hampir RM 100 setiap bulan.

Dan jangan lupa…banyak parameter lain yang perlu dipertimbangkan oleh saudara!! Seperti :
· maintenance cost
· parking cost (it obvious in KL)
· time consumption if you caught in jam

Oleh itu, cadangan kepada pengguna jalan raya, khususnya di Kuala Lumpur adalah dicadangkan supaya menggunakan Motosikal

Tuesday, May 27, 2008

Dulu-dulu kat gunung Mendoza

masa kat mendoza berkesempatan gi ke gunung Mendoza
selamat menonton

http://www.youtube.com/v/fPvd3yGpo6c

Monday, May 26, 2008

Travellers’ Checklist

Sahabat-sahabat sekalian, ia might be important untuk orang-orang yang ingin berkelana ke luar negara. Dan jika kalian ada cadangan untuk penambah baikan boleh lah response.

Sahabat-sahabat boleh check web kat sebelah (Traveller Packs) mungkin berguna semasa berkenala…

Sebelum Berlepas (Pre Departure)

1. Dapatkan Nasihat Perjalanan (Travel Advisory)
2. Hubungi kedutaan negara berkenaan utuk pertanyaan perlu visa etc
3. Passport & Personal Identification
4. Visa
5. Dokumen Kesihatan (Health Documentation)
6. Transportation Tickets (Pastikan tarikh dan masa perjalanan anda..jangan sampai terlepas flight!!)
7. Emergency Information (in piece of paper including personal contact, office personel, Malaysian embassy, etc)
8. Insurance
9. Hotel Reservations tak pun bawak la khemah
10. Wang (samada Traveler's Check atau home currency)
11. Credit Cards (Make sure card proviver dah di inform location to travel)
12. Guide Books and Maps
13. Handphones (makes sure dah roaming and upgrade limit)
14. Trip Cancellation/Medical Insurance
15. Photocopies of Documentation
16. Waktu dan Kompas Solat di negara yang dilawati
17. Makanan Segera..ie mee segera, biskut or coklat
18. Buku-buku, majalah pun ok gak..bayangkan 24 jam atas flight..nak buat benda!!


Basics/ Medication/ Toiletries

1. Luggage/Travel Pack at least 2 type..sandang kena ada…senang
2. Mini Sewing/Repair Kit
3. Matches or Lighter
4. Aspirin/Pain Reliever/Panadol (kata org M'sia) atau ubat-2 yang seumpana dengannya.
5. Comb/Brush
6. Toothbrush/Paste
7. Soap: Personal and Laundry and Shampoo
8. Towel/Washcloth
9. Camera or even Laptop
10. Torch Light
11. Sejadah

HOME CHECKLIST

1. Inform Jiran tetangga
2. Set-up a timed lighting system
3. Check timed night lighting system
4. Notify local police of your absence
5. Leave house key and trip itinerary with a neighbor
6. Empty refrigerator
7. Eliminate possible fire hazards (unplug appliances, etc.)
8. Lock all doors and windows


Antara Perkara Utama..perlu perhatian:
1. Bag Pack : segala perkara berharga ie passport, tiket, kamera even wallet dan satu persalinan in case of emergency
2. Electrical converter/ adapter…normally can be buy on flight
3. Normally kat airport ada plastic pembalut beg (is good kalau kita balut sekali)
4. Peta atau direction
5. Selalu update status dengan ahli keluarga terdekat..dan, jangan guna hand phone…lebih jimat jika beli kad phone d negara berkenaan.. alternatively using email….
6. Sentiasa berfikiran positif dan jangan panic
7. Paling power..kena bertawakal kat ALLAH....

Shahril Fotopages..

Tuan-tuan yang dimuliakan, sila-silalah ke fotopages saya di

http://shahril511.fotopages.com/

mmm…upload gambar-2 akan diusahakan
more on engineering (fabrication sumandak project)
beside gambaq keluarga

A thousand steps begin with one single step.

Aku merasakan satu langkah yang tepat apabila memulakan untuk membuka blog ini pada 2 thn yang lalu….

Dulu agak “blank” apa yang akan ditulih?

Sekarang got something..insya-Allah.

Kan ku terus melangkah!!!

Betapa pentingnya..dunia tanpa sempadan ini… info untuk semua…
Pengalaman berada di Mendoza, Argentina tahun lalu banyak mengajar.
Betapa perlunya punyai laman web sendiri yang dilengkapi segala link maklumat yang diperlukan..ie..waktu solat, utiliti bil, no phone kementerian atau agensi berkaitan…
Disamping dapat kita berkongsi pengalaman dan cabaran yang didepani kita di negara orang…

Untuk, itu insya-allah akan aku cuba untuk menjadikan web ini sebagai traveler friendly (as minimum requirement)….mungkin selepas ini akan aku tulis preparation yang perlu untuk mengembara…

Bukan itu saja, barangkali jika teman-teman punyai laman-laman yang menarik dan bermanafaat boleh email atau komen kat bawah..

Friday, May 23, 2008

Wednesday, May 21, 2008

Nasihat Perancangan Kewangan (Financial Planning)

Perancangan Kewangan : Asas Kejayaan dan Kebahagian


Kenapa Perlu Perancangan Kewangan
Menguruskan rezeki yang dikurniakan Allah dengan lebih baik dan berobjektif
• Untuk kesejahteraan masa depan
• Mengurangkan pembaziran
• Mengurangkan hutang dan masalah-masalah yang berkaitan dengannya
• Cabaran memenuhi keperluan hidup disebabkan keadaan semasa yang tidak menentu
• Membina kekayaan diri, keluarga dan umat
• Ke arah ‘Kebebasan Kewangan’



Objektif (Jangka Pendek)
– Melangsaikan hutang tertunggak
– Memulakan pekerjaan (untuk graduan baru)
– Memulakan hidup baru selepas mula bekerja seperti sewa rumah, tambang, dll.
– Membantu ibubapa dan keluarga
– Keperluan harian seperti makanan, barangan kebersihan, dll.
– Memulakan simpanan dan pelaburan
– Zakat dan Cukai
– Infaq


Objektif (Jangka Sederhana)

–Membeli kenderaan dan penjagaan kenderaan
–Membeli rumah kediaman dan renovasi
–Perlindungan (Insurans dan Takaful)
–Pertunangan/Pernikahan/Majlis Perkahwinan
–Keperluan rumahtangga dan utiliti
–Kelahiran dan penjagaan anak
–Haji dan Umrah
–Bercuti dan Melancong
–Pendidikan diri dan anak-anak

Objektif (Jangka Panjang)

–Persaraan
–Pendidikan tinggi anak-anak
–Perniagaan
–Faraid dan pembahagian harta pusaka
–Tabarruat’ (Amal Jariah)

Kesilapan dalam Perbelanjaan

•Kad kredit - satu kad lebih dari mencukupi
•Telefon bimbit dan Bil telefon bimbit
•Suka berhutang di dalam pembelian
•Kenderaan - membeli model yang terlalu mahal, banyak membazir untuk aksesori dan modifikasi
•Rumah - Harga terlampau tinggi, isi rumah yang mahal dan renovasi yang melampau
•Perbelanjaan perkahwinan yang tinggi dan tidak dirancang dengan teliti
•Perniagaan/pelaburan yang tidak menguntungkan
•Percutian dan hiburan diluar kemampuan
•Bermewah-mewah dalam berbelanja

Asas-asas Perancangan

•Pengurusan hutang
•Simpanan kecemasan
•Insurans dan perlindungan
• Simpanan dan pelaburan
•Perancangan cukai


Rahsia Kekayaan

•Hidup di dalam kesederhanaan dan tidak terikut dengan orang lain
•Berbelanja mengikut kemampuan
•Belajar dari kesilapan dan tidak mengulanginya
•Mengurangkan hutang dan tanggungan faedah
•Menyimpan dan melabur
Bersedekah


Hutang

Hutang Terbahagi 2:
1) Hutang Yang Baik
Hutang untuk aset yang akan meningkat nilaiannya di masa hadapan seperti pinjaman
untuk harta (spt. rumah, ladang, tanah), perniagaan dan pendidikan.
2) Hutang Yang Tidak Baik
Selain daripada di atas (aset yang akan merosot nilai). Jika hutang baik itu membebankan, ia menjadi hutang tidak baik


Pengurusan Hutang

•Meminjam hanya untuk aset yang akan meningkat nilai (hutang baik)
•Meminjam pada nilaian yang mampu, terutamanya untuk hutang tidak baik (ie kereta)
•Membayar balik semua hutang sehingga habis
•Jangan menambah hutang baru
•Tetapkan jumlah hutang jangan melebihi 40%-50% pendapatan bulanan

Simpanan untuk Kecemasan

•Sebelum merancang untuk melabur di mana-mana, kumpulkan dahulu simpanan untuk tujuan kecemasan (nilaian 3 hingga 6 bulan gaji). Contoh kecemasan/kejutan yang memerlukan persediaan kewangan :
–Sakit, penyakit kronik, kemalangan, kecederaan
–Kematian diri, pasangan atau ahli keluarga
–Kehilangan kerja/ mata pencarian
–Saman (trafik, mahkamah, dll.)
–Perniagaan/pelaburan yang rugi
–Hutang lapuk dan tunggakkan (cukai, bil, dll.)
–Bencana (rompakan, banjir, kebakaran,dll.)


Perlindungan (Takaful)

•Perlindungan (insurans/takaful) merupakan satu instrumen kewangan yang perlu untuk persediaan terhadap masalah-masalah yang tak terjangka seperti kematian, kemalangan, hilang-upaya dan kehilangan harta-benda
•Ramai berpendapat bahawa mereka mempunyai perlindungan syarikat dan mendapat pencen/caruman KWSP selepas bersara dan mampu menyara kehidupan mereka
•Perlu diingatkan bahawa semakin umur meningkat, semakin banyak penyakit. Kos perubatan juga sangat tinggi. Perlindungan syarikat juga tidak akan meliputi semua tanggungan dan terhad kepada sesetengah penyakit/keadaan dan hanya sewaktu mereka bekerja di syarikat tersebut

•Perlindungan takaful ini sangat berbaloi untuk orang-orang yang sudah berkahwin dan mempunyai anak, lebih-lebih lagi isteri yang tidak bekerja dan anak-anak yang bergantung hidup kepadanya.
•Untuk orang-orang bujang, dicadangkan supaya memilih opsyen premium yang asas dahulu dan ditambah dengan premium yang komprehensif setelah berkahwin. Ini kerana keadaannya yang tiada tanggungan (kecuali ibubapa) untuk mengambil peluang premium yang murah disebabkan usia yang masih muda.
•Jika ibubapa bergantung penuh kepada saraan daripada anaknya, maka anaknya perlu mengambil opsyen yang terbaik untuk kesejahteraan mereka sekiranya berlaku kematian dsb.


Pelaburan

•Setelah Simpanan Kecemasan telah dikumpul dan mencukupi, kita digalakkan melabur untuk menjadikan wang titik peluh kita ‘bekerja’ untuk kita.

Tanggapan Yang Silap Mengenai Teknik Menyimpan:
Pendapatan – Perbelanjaan = Simpanan

Tanggapan Yang Sepatutnya:
Pendapatan – Simpanan = Perbelanjaan

•Untuk memulakan menyimpan, mulakan dengan 10% pendapatan bulanan dahulu. Setelah biasa, nilai simpanan boleh ditingkatkan secara berperingkat

•Jika ada pendapatan sampingan, elaun atau bonus, semua atau sebahagian wang tersebut boleh dimasukkan ke dalam akaun simpanan khas sebagai simpanan tambahan

•Syarat-syarat melabur:
–Menentukan objektif pelaburan secara spesifik
–Menentukan jangka masa pelaburan sama ada jangka pendek (<2>5 tahun)
–Kepelbagaian (diversification)
–Tidak tamak
–Berdisiplin di dalam melabur
–Melabur dengan bijak

•Pelaburan ada 5 jenis:
1.Harta – emas, berlian, antik, lukisan, setem,dll.
2.Hartanah – rumah, tanah, rumah kedai, dll.
3.Bon – bon kerajaan, bon swasta
4.Saham – MSEB, Kospi, Hang Seng, NYSE, dll
5.Amanah saham – ASB, Dana Syariah, dll.


Cukai

•Cukai perlu dibayar sebagai rakyat Malaysia tetapi Zakat itu wajib sebagai orang Islam. Mengelak cukai boleh dikenakan tindakan undang-undang tetapi pengurusan cukai yang baik boleh mengurangkan cukai.

Pengurusan Cukai

•Di antara teknik mengurangkan cukai ialah mendapatkan pelepasan dan rebet seperti:
–Mengutamakan pembayaran zakat kerana zakat dikecualikan dari cukai
–Perlindungan insurans/takaful dikecualikan sebanyak RM5000 maksimum
–Dividen dari Bank-bank Islam, ASB, Bank Rakyat dan BSN dikecualikan cukai
–Deposit dan dividen di Tabung Haji dikecualikan cukai
–Pembelian buku/majalah dari kedai buku dengan bukti pembelian boleh dikecualikan cukai sebanyak RM500 maksimum

Friday, May 16, 2008

Nur Hanis Safiyyah My Second Daughter...

------------------------------------
Updated : May 08

hanis bersama nendanya (Hajah Meriam Jusoh)

..................



Ketika baru dilahirkan...


Nur Hanis Safiyyah was bon on 5th Feb 2008 @ 27 Muharam 1429...at Hospital Pakar Perdana, Kota Bharu, Kelantan Malaysia,...