Tuesday, September 29, 2009

Soalan Teka Teki Imam Al-Ghazali

1. Apakah yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini?

Murid A: Orang tua
Murid B: Guru
Murid C: Teman
Murid D: Kaum kerabat

2. Imam Ghazali: Apa yang paling jauh dari kita di dunia ini ?

Murid A: Negeri Cina
Murid B: Bulan
Murid C: Matahari
Murid D: Bintang-bintang

3. Imam Ghazali: Apa yang paling besar didunia ini ?

Murid A: Gunung
Murid B: Matahari
Murid C: Bumi

4. IMAM GHAZALI Apa yang paling berat didunia?

Murid A: Baja
Murid B: Besi
Murid C: Gajah

5. Imam Ghazali: Apa yang paling ringan di dunia ini ?

Murid A: Kapas
Murid B: Angin
Murid C: Debu
Murid D: Daun-daun

6. Imam Ghazali: Apa yang paling tajam sekali di dunia ini?

Murid- Murid dengan serentak menjawab : Pedang

-----------------------

Jawapan 1.
Imam Ghazali: Semua jawapan itu benar. Tetapi yang paling dekat dengan kita ialah MATI. Sebab itu janji Allah bahawa setiap yang bernyawa pasti akan mati
Surah Ali-Imran :185.

Jawapan 2
Imam Ghazali: Semua jawaban itu benar. Tetapi yang paling benar adalah MASA LALU Bagaimanapun kita, apapun kenderaan kita, tetap kita tidak akan dapat kembali ke masa yang lalu. Oleh sebab itu kita harus menjaga hari ini, hari esok dan hari2 yg akan datang dengan perbuatan yang sesuai dengan ajaran Agama.

Jawapan 3.
Imam Ghazali: Semua jawaban itu benar, tapi yang besar sekali adalah
HAWA NAFSU (Surah Al Araf: 179). Maka kita harus hati-hati dengan
nafsu kita, jangan sampai nafsu kita membawa ke neraka.

Jawapan 4
Imam Ghazali: Semua itu benar, tapi yang paling be! rat adalah MEMEGANG AMANAH (Surah Al-Azab : 72 ). Tumbuh-tumbuhan, binatang, gunung, dan malaikat semua tidak mampu ketika Allah SWT meminta mereka menjadi khalifah pemimpin) di dunia ini. Tetapi manusia dengan sombongnya berebut-rebut menyanggupi permintaan Allah SWT sehingga banyak manusia masuk ke neraka kerana gagal memegang amanah.

Jawapan 5.
Imam Ghazali: Semua jawaban kamu itu benar, tapi yang paling ringan
sekali didunia ini adalah MENINGGALKAN SOLAT. Gara-gara pekerjaan kita atau urusan dunia, kita tinggalkan solat

Jawapan 6.
Imam Ghazali: Itu benar, tapi yang paling tajam sekali didunia ! ini adalah
LIDAH MANUSIA. Kerana melalui lidah, manusia dengan mudahnya menyakiti hati dan melukai perasaan saudaranya sendiri

1 comment:

  1. Bekerjalah seolah-olah kita akan hidup 1000 tahun lagi dan
    beribadatlah seolah-olah kita akan mati esok hari.

    ReplyDelete