KUALA LUMPUR, 8 Sept: PAS menyifatkan, perlawaan Umno bertalu-talu kepada PAS agar bekerjasama dengan parti yang kini terjebak dengan isu perkauman sebagai satu tindakan tersepit.
Naib Presiden PAS, Salahudin Ayub berkata, Umno kini terlalu tertekan dengan isu perkauman ini dan sangat memerlukan PAS untuk mengesahkan tindakan mereka.
Jika PAS tidak menyokong tindakan Umno maka masyarakat akan menganggap tindakan Umno sebagai berdasarkan perkauman dan bukannya berasaskan Islam.
Salahudin mengulas ucapan Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak di Manek Urai semalam.
Dalam ucapan itu sekali lagi pemimpin Umno mempelawa PAS berunding dengan mereka demi kepentingan ummah dan Islam tetapi menegaskan "tidak rela Umno dihina".
Ini adalah huluran tangan yang kesekian kalinya oleh pemimpin Umno agar PAS bersama-sama dengan mereka sejak pilihan raya umum 2008 lalu.
Bagi Salahudin, Umno hanya akan menghulurkan tangan ketika mereka tersepit tetapi selepas selesai masalah mereka, PAS akan ditendang sebagaimana yang dialami oleh PAS sebelum ini.
"Ketika negara hadapi isu perkauman 1969, PAS diajak bersatu demi Melayu dan Islam. Tetapi apa berlaku selepas Umno kuat kembali?" soal Salahudin.
Bagi beliau, Umno tersepit sekali lagi kini. Selepas kalah teruk dalam pilihan raya 2008, Umno menjadikan isu perkauman sebagai pendekatan untuk mengikat sokongan orang Melayu kepada mereka. Kononnya bangsa Melayu tertekan kini.
"Yang tertekan bukan bangsa Melayu tetapi Umno," kata beliau.
Apabila aktivis-aktivis Umno di Seksyen 23, Shah Alam memainkan isu perkauman dan agama sempit sehingga sanggup membawa kepala lembu yang masih berdarah ke Pejabat SUK Selangor, Umno sekali lagi tersepit.
"Mereka ingat PAS akan menyokong mereka atas dasar mereka memperjuangkan Islam dan Melayu dan melawan agama Hindu.
"PAS berpendirian tidak menyokong mereka kerana Islam tidak mengajar begitu. Hampir kesemua pemimpin PAS mengambil pendekatan yang diajar Al Quran iaitu jangan kamu menghina tuhan-tuhan mereka kerana dibimbangi mereka juga akan menghina Allah," kata Salahudin.
Kini, katanya Umno tersepit dan mengharapkan PAS bersama-sama mereka.
"Umno kini telah menjadikan perkauman sebagai makanan ruji mereka. Kita tidak akan bersama dengan mereka," kata Salahudin._
sumber : http://www.harakahdaily.net/index.php?option=com_content&task=view&id=022412&Itemid=85
Merujuk perlembagaan, orang Melayu ialah orang melayu yang WAJIB beragama Islam. Seseorang itu BUKANLAH dipanggil melayu sekiranya dia TIDAK beragama Islam.
ReplyDeletePerjuangan asabiyah versi UMNO ini tidak menghalang Islam cuma ia lebih spesifik untuk orang Islam yang Melayu.
Ini kerana, setiap kaum lain di Malaysia juga punya parti kaum mereka sendiri. Ini adalah peninggalan penjajah yang bukan mudah nak diubah.
Hatta PAS di Selangor pun masih gagal nak menutup kilang arak yang dibuat kerana itu 'peninggalan BN'. Kalaulah 'peninggalan BN' itu pun dah rasa susah, takkanlah 'peninggalan penjajah' itu lebih mudah?
Kesimpulannya, kalau tak mahu rundingan dengan UMNO, tak apalah. Tapi, jangan kata tak mahu runding sebab dasar kebangsaan yang SEBENARNYA ia untuk orang Islam juga.
Lebih musykil lagi apabila boleh pula berunding dengan mereka yang dasarnya anti Islam.
1. Merujuk perlembagaan? Sememangnya perlembagaan itu penting untuk dasar Negara, tiada pula dinafikan dalam perkara itu.. dan memang benar perlembagaan menyatakan melayu itu islam. Tapi hakikatnya, bukankah ada orang yang menyatakan dirinya melayu..tp, bukan menganut islam. Apa tindakkan kepada yang melanggar perlembagaan ini?
ReplyDelete2. Bukankah ada hadis nabi saw yang mulia yang bermaksud : bukan dari kalangan kami orang yang menyeru kea rah asshobiyyah? Maksud nya apa ya? Adakah masih islam sebenar dari nabi atau islam lain, mungkin hadari?
3. Betul, setiap kaum mempunyai parti sendiri peninggalan penjajah.. tapi bukan kah ada parti yang membawa islam sebagai matlamatnya? Tidakkah anda mempunyai pilihan?
4. Betul, memang susah untuk menghapuskan peninggalan kilang arak dari peninggalan UMNO/BN. Ia bukan perubahan yang boleh dilakukan dalam tempoh sehari… tapi lihat dulu dasar yang dibawa? Bandingkan?
5. Kesimpulan anda telah dijawab pada poin yang ke 2.
6. Pernahkah anda mendengar kisah nabi berdakwah ketaif? Ya benar penduduk taif anti islam. Tp rasulullah yang mulia bersabar dengan mereka. Walau Jibril as mengoffer diri untuk menterbalikkan gunung untuk menimpa mereka. Dan bukan kah juga anda mengenali Abdullah bin Ubai? Islam dia.. benar.. tapi adakah dia MU’MIN? pastinya tidak.. Dia bapak segala MUNAFIK? Bukankah jua dia berbangsa Arab? Bukankah ia sama dengan Nabi SAW?
Nampak gayanya panjang jugak 'lebih kurang' tu Ril hahaha
ReplyDeleteJawaban yang juga lebih kurang:
1)Langgar perlembagaan, kena ambil tindakanlah. Polis dan Jabatan Agama laksanakan tugas berdasarkan maklumat kita. Yang mahu disampaikan di sini ialah UMNO bukan perjuangkan bangsa semata-mata. Mereka perjuangkan Melayu Islam.
2)Maksud asabiyah ialah 'berpuak'. Oleh kerana kita juga 'puak orang Islam' maka kita juga amalkan asabiyah agama kita. Adakah ini salah? (Ini perlukan tajuk lain untuk dihuraikan)
3)Asas cerita 'peninggalan BN' dan 'peninggalan penjajah' itu digunakan untuk menerangkan tahap kesusahan kita untuk membetulkan sesuatu yang sudah ada. PAS mungkin masih cuba membetulkan, sepertimana UMNO dengan 1Malaysianya. Kita sama-samalah berusaha.
4) Memang rakyat sedang melihat kepada apa yang PAS mampu buat. Rakyat juga melihat sejauh mana UMNO mampu berubah. PRU13 nanti kita tahulah keputusan rakyat itu.
5 & 6) Hamba tak nampak apa kaitannya cerita Taif dan Abdullah b Ubai dengan perbincangan kita. Kalaulah nak dikatakan UMNO itu semuanya munafik atau fasiq, tentulah mereka halang ditubuhkan mahkamah syariah, halang KAFA dari dilakukan malah halang semua benda berkaitan Islam tapi itu tidak berlaku. Kalaulah akidah mereka terpesong, sudah tentu mereka tidak tahu apa itu Islam, Iman dan Ihsan dan menghalang untuk melaksanakan 5 rukun islam dan 6 rukun iman.
Abdullah bin Ubay ada kisah-kisahnya yang diperincikan satu persatu yang menjadikan dia bapa munafik. Malangnya orang munafik seperti Abdullah ini tidak hanya ada dalam satu parti, mereka ini ada dimana-mana termasuk di dalam PAS.
Isu munafik adalah isu lebih besar dari parti.
Manakala isu diatas ialah perpaduan.
Kenapa PAS menolak perpaduan gunakah hujah dasar sedangkan mereka mampu berbaik-baik dengan dasar yang tidak mahu Islam sekalipun?
Nabi SAW sendiri tidak pernah berbaik dengan orang yang menghalang Islam setahu hamba yang daif ini. Baginda baik dengan orang kafir adalah tapi bukannya mereka yang menghalang negara Islam seperti DAP.
Itukan dasar?
bole jadi wakil rakyat BN la bang...jawapan skema calon2 B-End..pandai memutarbelitkan fakta dan mengelirukan rakyat, tapi org2 kampung bolela anda gorengkan .rakyat sekarang sudah pandai berfikir dan menilai sendiri...tunggu dan lihat sajalah nanti.
ReplyDelete