Kesempatan ini dizahirkan semasa saya dalam perjalanan dari office ke sebuah stesyen bas di ibu kota. Seperti biasa, ku ingin pulang berpuasa bersama keluarga dan anak-anak pada tanggal 1 ramadhan...
Lepas office, saya decide untuk terus ke stesyen bas. Lepas je solat maghrib, maka saya pun terus mengambil teksi... Macam biasa, naik je teksi...(drebarnya berbangsa Tiong Hwa), katanya.. "Encik, meter saya belum ubah lagi, sekarang nie dah naik 1 ringgit!?, sambil memperkenalkan dirinya Boon" mmm..apa lagi, nak buat macam mana.. dah memang naik..aku pun kata "ok".
Dalam perjalanan, saya ingat nak bersembang pasal politik dengan drebar nie. Tp tak tahu pulak nak bukak topik apa... walaupun masa itu pilihanraya permatang pasir dah dekat... duduk termenung... sesekali memandang, keadaan teksi yang agak bersepah dengan timbunan kertas... lalu, saya terpandang sekeping kertas bertulisan jawi... "doa apa pulak" kata hati ku... lalu ku ambil dan kubaca.. rupa-2nya sebuah sajak deklamasi Pak Lah.."kucari damai abadi!"
"apa pulak sajak nie kat sini" maka bermulalah perbualan kami berkenaan sajak dan seterusnya Boon mencapai majalah Mastika.."Orang Melayu patut malu pada Boon Ka Kong" begitulah tajuk Mastika jan 2009(Pg52-55). apa yang mengkagumkan, Boon ini telah belajar untuk membaca dan menulis jawi hanya pada usia 54 thn, belajar bersendirian pula? Saya sempat juga minum-minum dengan Boon, sambil dia menunjukkan bakatnya menulis jawi.
harapan beliau untuk membuka sebuah sekolah untuk belajar English, Chinese dan Jawi? mungkin sesiapa yang ingin mendapatkan perkhidmatan teksi beliau boleh hubungi beliau di talian 016-6189473 (Boon Jawi) beliau tinggal di Ampang Tambahan.
insha allah gambar akan disertakan akan datang
No comments:
Post a Comment