Monday, June 14, 2010

Al-Fatihah : Ustaz Hassan Shukri kembali ke rahmatullah

KUALA LUMPUR, 14 Jun: Bekas Timbalan Presiden PAS, Ustaz Hassan Shukri meninggal dunia di Hospital Selayang kira-kira jam 2 petang sekejap tadi.

Beliau yang dimasukkan ke hospital Selayang pagi ini baru sahaja pulang dari Kota Bharu jam 10.30 malam tadi selepas menyertai Muktamar PAS ke 56 di sana. Turut serta bersama beliau malam tadi adalah Haji Subky Latif dan Haji Abdul Rahman.

Ustaz Hassan telah berada di Kota Bharu sejak Rabu 9 Jun lagi kerana menyertai mesyuarat Majlis Syura Ulama pada petang hari tersebut. Pada malamnya beliau menyertai majlis perasmian dewan-dewan oleh Mursyidul Am di Putik dan pada hari Khamis beliau menyertai Muktamar Dewan Ulama di Markas Dewan Ulama (Madu) di Machang.

Menurut Puan Naznah Taha, isteri Haji Subky, Ustaz Hassan telah membawa kereta yang dinaiki mereka bertiga dari Kuala Krai namun berhenti di Kuala Lipis kerana mengadu sakit dada.

Sesampai mereka di rumah jam 10.30 malam tadi, Ustaz Hassan terus mengadu sakit dada tetapi hanya mengesyaki akibat dari pajeri nenas yang beliau makan malam tadi.

Selepas tidak berhenti sakit, kira-kira jam 9.00 pagi tadi, Ustaz Hassan dihantar anak beliau ke Hospital Selayang. Selepas itu dibawa ke Unit Rawatan Jantung (CCU) dan meninggal dunia kira-kira jam 2.00 petang.

Jenazah beliau masih lagi di hospital kini.

Naznah yang merupakan rakan rapat keluarga Ustaz Hassan ketika bercerita kepada Harakahdaily berkata, buat pertama kalinya beliau dan isteri Ustaz Hassan, Puan Hamidah tidak mengiringi bersama suami masing-masing ke muktamar.

"Kali ini, Kak Midah berbolak-balik antara hendak pergi atau tidak ke muktamar kerana ada kenduri dekat sini. Hasilnya dia tidak pergi dan saya hanya pergi ke muktamar Dewan Muslimat dan terus pulang," cerita Naznah.

Sebelum timbalan Presiden, Ustaz Hassan pernah menjadi Naib Presiden dan juga Setiausaha Agung PAS. Beliau dianggap arkitek kepada Markas Tarbiyah PAS Pusat, Taman Melewar dan rumah beliau juga adalah bersebelahan dengan markas yang menjadi pejabat PAS sejak sekian lama sebelum berpindah ke Jalan Raja Laut.

Semasa menggulung perbahasan ucapan dasar, Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional PAS, Mujahdi Yusof menyebut Ustaz Hassan adalah orang penting di belakang draf perlembagaan untuk memboleh tertubuhnya Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP).

Ini kerana, Ustaz Hassan adalah Pengerusi Jawatankuasa Teknikal pindaan perlembagaan untuk membolehkan DHPP ditubuhkan.

Jenazah Ustaz Hassan akan disembahyangkan jam 9.00 pagi esok (15 June) di Surau Taman Melewar.

sumber: http://www.harakahdaily.net/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=27120:ustaz-hassan-shukri-kembali-ke-rahmatullah&catid=41:utama-muka-depan&Itemid=124

Thursday, June 10, 2010

Umur mula persekolahan direndahkan

Dalam tempoh Rancangan Malaysia Ke-10 (RMK10), ditetapkan lebih ramai kanak-kanak akan memasuki sekolah pada umur yang lebih rendah iaitu lima tahun selaras dengan amalan di negara maju.


Pelaksanaannya akan dilakukan secara berperingkat dan akan dimulakan di kawasan luar bandar dan perladangan terutama di sekolah yang kurang murid bagi membolehkan pelajar dari kawasan ini mendapat manfaat daripada asas pendidikan yang kukuh pada peringkat lebih awal.

Sehubungan itu kerajaan akan memberi tumpuan untuk meningkatkan dan memperluas pendidikan awal bagi menyediakan asas yang kukuh kepada lebih ramai kanak-kanak supaya mereka boleh berjaya.

Pendidikan prasekolah turut dijadikan fokus utama di bawah Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) Pendidikan.

Ia bertujuan untuk meningkatkan kadar enrolmen kepada 87 peratus pada tahun 2012 dan 92 peratus pada tahun 2015, berbanding sekitar 67 peratus pada masa ini.

Pada masa yang sama, kualiti pendidikan prasekolah akan terus dipertingkatkan.

Dalam tempoh 2010-2012, sebanyak RM2 bilion diperuntukan untuk program ini.

Sementara itu program pembangunan awal kanak-kanak berumur empat tahun dan ke bawah (PERMATA) akan diletak di bawah tanggungjawab Kementerian Pelajaran untuk menyelaras dan mengintegrasikannya ke dalam sistem pendidikan formal.

Tumpuan Permata adalah kepada kanak-kanak daripada isi rumah berpendapatan bawah RM1,5000.

Sebanyak 181 buah pusat PERMATA akan dibina dengan peruntukan RM36 juta dalam RMK10.

sumber:http://www.malaysiakini.com/news/134156

Sunday, June 06, 2010

Hampir kita denganQiamat


..Lama sungguh x update blog...

Apa yang berlaku tempoh hari kepada kapal bantuan Mavi Marmara dan semalam (5 Jun) kepada Kapal Rachel Corrie.. telah menyemarakkan api kebencian kepada Yahudi Laknatullah...Setelah sekian lama ummat ISLAM ini lena.. lena untuk mempertahankan bumi
UMMAT ISLAM...

Barangkali disebabkan oleh ketiadaan pimpinan setegas Saidina UMAR al-Khattab..
Baginda telah menghantar bala tentera ke sempadan dengan hanya maruah muslimah cuba diganggu.. Namum, kini...kita UMMAT ISLAM ini..masih lagi menunggu kepimpinan setegas baginda...

Kejadian pembunuhan petugas-2 bantuan ini telah membuka mata UMMAT ISLAM..bahawa kita tidak boleh bergantung kepada kuasa-2 besar dunia..mereka hanya dan akan terus mendiamkan diri..membenarkan apa sahaja tindakan yahudi..

Sebaliknya, kita kena bergantung kepada DIRI sendiri dan ALLAH taala..

Rasulullah pernah bersabda" Tidak akan terjadi kiamat sampai orang2 Islam membunuh yahudi. Maka seorang yahudi bersembunyi di balik batu dan pohon, lalu batu dan pohon itu akan memanggil dengan berkata "Hai muslim, hai hamba Allah, ini dibelakangku ada yahudi, maka datanglah kesini dan bunuhlah dia""..riwayat bukhari