Monday, September 08, 2008

Renungan : Terkenang daku pada Umar Al-Khattab di Ramadhan

Di bulan puasa ini, dalam membesar anakku yang usianya 2 tahun. Bukan apa, sebesar ini dah pandai hidup berdikari…melipat pakaiannya sendiri, makan dan mandi pun dah boleh buat sendiri, pendek kata banyak jugak perkara yang si anak kecil ini membantu orang tuanya..

Cerita Umar Al-Khattab macam mana yaa?

Umar Al-Khattab siapa yang tak kenal sejarah hidupnya.

Suatu ketika, selepas beliau memeluk islam beliau beberapa kali dilihat ketawa dan menangis sendirian dalam sela masa yang sama. Sekejap ketawa dan kemudianya menangis. Lalu ditanya oleh sahabat nie (tak silap Abu Hurairah) kenapa beliau sekejap ketawa dan menangis.

Umar menjawab.. “aku ketawa disebabkan..pada zaman jahiliyyah dulu..aku pernah membuat tuhanku (patung) sendiri dari tepung dan tamar. Dan kemudian aku sembah patung itu. Setelah beberapa hari aku sembah. Dan kemudian, bila tiada makanan dirumahku. Aku pun patahkan telinga nya dan aku makan..aku tengok tuhan itu tak marahpun kepada ku, kemudian, aku patahkan hidung nya dan aku makan..aku tengok tuhan itu tak marahpun kepada ku, kemudian, aku patahkan tangan nya dan aku makan..aku tengok tuhan itu tak marahpun kepada ku, lama-kelamaan habis semuanya aku makan…Tuhan ku itu tidak berbuat apa-apa pun kepada ku..”

“betapa BODOH nya aku, menyembah tuhan hasil citptaan ku (manusia) sendiri, sedangkan tuhan itu tidak pernah memperkenankan permintaan ku apatah lagi memarahi atau melaknati aku… dan aku bersyukur dapat menyembah tuhan yang benar”

Lalu sahabat tadi tanya lagi “dan kemudian kenapa tuan menangis?”

“Menangis, aku sedih teringatkan tangan ini sendirilah yang telah menanam anak perempuanku hidup-hidup ditengah padang pasir. Betapa kejamnya aku ini. Sedangkan anak itu sendiri menolong aku menggali lubang itu, betapa jahil dan kejamnya aku diwaktu itu”

……………………………………….

Ku sedari anak perempuan usia 2 tahun..memang boleh dan sangat suka membantu orang tuanya, tak tergambar difikiran kekejaman yang dilakukan orang jahiliyyah membunuh anak perempuannya…

Tapi, sekarang perkara ini (membunuh anak kecil) terus berlaku..malah lebih kejam dari itu…

Apa dah jadi sekarang?

No comments:

Post a Comment