Thursday, September 25, 2008

Minyak Turun!! 10 sen

Semalam kerajaan dapat 'hidayah' untuk turunkan harga minyak...10 SEN..

apa kata anda?

saya kata Alhamdulillah..

komen akhbar-2 tempatan....

--------------------------

UTUSAN : Minyak turun 10 sen lagi

Oleh ZULKIFLI JALIL

PUTRAJAYA 24 Sept. – Kerajaan mengumumkan harga runcit petrol RON97 dan RON92 dikurangkan 10 sen iaitu masing-masing daripada RM2.55 seliter kepada RM2.45 seliter dan RM2.40 seliter kepada RM2.30 seliter berkuat kuasa esok.
Pada masa sama, harga runcit diesel juga dikurangkan 10 sen iaitu daripada RM2.50 seliter kepada RM2.40 seliter.

Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata, Jemaah Menteri dalam mesyuarat hari ini membuat keputusan itu setelah mengambil kira harga purata minyak dunia sebulan terakhir ini yang mengalami penurunan yang ketara.
Harga minyak di pasaran dunia kini ialah sekitar AS$109 setong berbanding hampir AS$140 setong pada Mei lalu..............


--------------------------

Mstar : Harga petrol, diesel turun lagi, kali ini 10 sen

Khamis September 25, 2008

PUTRAJAYA: Harga petrol dan diesel mengalami penurunan sebanyak 10 sen berkuat kuasa hari ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mengumumkan harga runcit petrol RON97 turun sebanyak 10 sen seliter kepada RM2.45 seliter daripada RM2.55.

Harga RON92 juga diturunkan sebanyak 10 sen kepada RM2.30 daripada RM2.40. Diesel juga turun 10 sen seliter kepada RM2.40 seliter daripada RM2.50.

Pagi semalam, mesyuarat Kabinet telah membincangkan perkara berkenaan.
Ini merupakan kali kedua harga runcit bahan api itu diturunkan selepas mengalami peningkatan besar Jun lalu.

Jun lalu, kerajaan menaikkan harga petrol kepada RM2.70 seliter dan diesel kepada RM2.58 seliter ketika harga minyak mentah dunia meningkat sekitar AS$125 setong..............

--------------------------

Bharian : Pelarasan ringankan beban rakyat: PM

PUTRAJAYA: Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi semalam mengumumkan harga runcit petrol dan diesel diturunkan 10 sen seliter, berkuat kuasa hari ini bagi meringankan beban rakyat terutama untuk menyambut Aidilfitri, minggu depan. Dengan penurunan harga bahan api itu yang kedua sejak 23 Ogos lalu, petrol RON97 kini RM2.45 seliter, RON92 (RM2.30) dan diesel (RM2.40). Dalam kenyataannya, Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, berkata
Kabinet memutuskan pelarasan harga bahan api itu pada mesyuarat semalam kerana ia adalah mesyuarat terakhir jemaah Menteri untuk bulan ini dan sebelum hari raya................

--------------------------

The Star : Fuel price cuts to ease burden

By LEE YUK PENG, ROYCE CHEAH and TEH ENG HOCK

PUTRAJAYA: The fuel price cuts will hopefully ease the burden of the people as they celebrate Hari Raya, says Domestic Trade and Consumer Affairs Minister Datuk Shahrir Abdul Samad.
Shahrir said the Government would be paying slightly more in fuel subsidy as the average crude oil price would be only seven sen cheaper but the Government had decided to absorb the difference and lower petrol and diesel prices by 10 sen.

Asked whether the Government would implement a free float system for fuel prices, Shahrir said it was too early to think of that although it was one of the matters discussed.

--------------------------

akhbar harakah belum lagi comment...

No comments:

Post a Comment