Tuesday, December 22, 2009

Petronas penaja utama pasukan Mercedes GP

KUALA LUMPUR - Petronas telah memeterai perjanjian lima tahun dengan syarikat pengeluar kenderaan Mercedes untuk menjadi penaja utama pasukan Mercedes GP yang menjuarai perlumbaan Formula Satu (F1) musim ini.

Pasukan itu, mulai 2010 akan dikenali secara rasmi sebagai Pasukan F1 Mercedes GP PETRONAS.

Petronas dalam satu kenyataan, semalam berkata, kerjasama itu membolehkan urusan perniagaan dengan Mercedes yang akan menyokong usaha-usaha pengembangan antarabangsanya, terutamanya dalam perniagaan minyak pelincir dunia.

Menurut kenyataan itu lagi, hak eksklusif sebagai rakan kongsi dan kaitannya dengan jenama premium Mercedes yang dikenali di seluruh dunia, akan meningkatkan kedudukan jenama global Petronas dan Malaysia.

Malah, ia juga membolehkan Petronas meneruskan peluang daripada pendedahan antarabangsa yang ditawarkan oleh sukan itu untuk membangunkan aktiviti perniagaannya.

Usahasama itu juga memberikan peluang kepada Petronas untuk mengambil kesempatan ke atas sejarah sukan bermotor Mercedes yang panjang menjadi tambahan kepada usaha pembangunan kemahirannya, sebagai sumbangan ke arah pembangunan sukan bermotor di Malaysia.

Selain Mercedes, syarikat itu akan meneruskan usahasama sebagai penaja utama Grand Prix F1 PETRONAS Malaysia, yang telah terbukti pentas terbaik mempromosikan Malaysia secara berkesan di peringkat antarabangsa.

sumber : http://utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=1222&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sukan&pg=su_03.htm

No comments:

Post a Comment