Monday, July 27, 2009

Menanti Ramadhan Al Mubarak

Biasanya

orang berkata... Penantian Suatu Penyiksaan..
mungkin ada benarnya, namun tidak semua..

sedar tidak sedar, hari ini sudah menjengah ke 5 hb Syabaan..
bermakna tidak berapa hari lagi Ramadhan akan bermula..
bulan yang dinantikan oleh setiap muslim mukmin..

harapannya, kita semua membuat persedian yang cukup
untuk berhadapan dengan bulan yang mulia ini..

berAzam, memenuhi bulan depan dengan amal-amal yang
soleh..
ibadah ialah semua aktiviti yang bertepatan dengan syariah
dengan mengharapkan penerimaan dari Allah Yang Maha Agung..

membuang duri dijalanpun dikira ibadah..
apatah lagi mentekuni Al-quran Al-karim,
beriktiqaf di Masjid,
bersedekah jariah,
zakat,
membaca dan mengajar ilmu,
menyampaikan nasihat-nasihat yang berguna..
saling berpesan pesan dengan perkara makruf
dan mencegah mungkar..

the best mulakan di bulan syaaban ini,
supaya tidak berat di bulan ramadhan nanti,
sambil mengharap Allah memudah segala..

opss,
jangan lupa berdoa pun dikira ibadah,
jangan lah jadi hamba yang sombong
untuk meminta kepada Allah punyai segala.
galanya..

moga doa dibulan Syaaban dan Ramadhan nanti diperkenankan.

yuk..ayuh segera..
jualan murah akan bermula..

No comments:

Post a Comment