Friday, July 31, 2009

Al-Fatihah : ADUN Permatang Pasir Pulau Pinang meninggal dunia


FRIDAY, 31 JULY 2009 00:24

KUALA LUMPUR, 31 Julai - ADUN Pakatan Rakyat (PAS) bagi DUN Permatang Pasir, Pulau Pinang, Dato' Hj. Mohd. Hamdan Abd. Rahman telah kembali kerahmatullah di Institut Jantung Negara (IJN) Kuala Lumpur pagi ini.

Demikian menurut sumber yang diperolehi sebentar tadi melalui sistem pesanan ringkas (SMS) itu, juga pengesahan dari saudara terdekat Almarhum dan Bendahari PAS Pusat, Dr. Hatta Ramli. Maklumat itu juga telah mengesahkan bahawa sehingga berita ini diterbitkan, jenazah masih berada di IJN Kuala Lumpur.


Pengerusi Lajnah ICT Pas Pusat, Ustaz Abdul Ghani Shamsuddin mewakili warga kerja ICT Pas Pusat menyampaikan salam takziah kepada waris dan kaum keluarga Allahyarham ADUN Permatamg Pasir, Dato' Hj. Mohd. Hamdan Abd. Rahman.


Ustaz Abdul Ghani ketika dihubungi sebentar tadi, mengharapkan semoga keluarga allahyarham sabar dalam menghadapi ujian perpisahan itu.


"Semoga allahyarham ditempatkan bersama golongan yang diganjarkan balasan syurga," tambahnya.

sumber :http://www.pas.org.my/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=2383:al-fatihah-adun-permatang-pasir-pulau-pinang-meninggal-dunia&catid=1:terkini&Itemid=2

No comments:

Post a Comment