Thursday, February 05, 2009
Today is The Day..for PR di Perak
Pergh...kalut ribut satu malaya!!
Kerajaan Perak nampaknya akan berkutar tangan ke Barisan Nasional kembali..
Setelah Sultan tidak memperkenankan permohonan DSIr Nizar untuk membubarkan DUN.
Pada saya, alangkah lebih baik jika di adakan semula pilihanraya kembali..
barulah dapat menilai siapa yang akan mentadbir negeri.. dengan kelebihan yang BN ada sekarang hanya 3 kerusi!! setelah 3 anggota PR keluar, BN 28 PR 28..
Tapi perlu diingat peringatan yang Tun Dr Mahathir lemparkan... 2 Adun PR yang join UMNO ada kes di mahkamah!!..
Cuba bayangkan jika kes mereka sangkut!! akan ada pilihanraya kembali? Tukar lagi kerajaan?
Jika tidak bersalah pun!, BN akan dianggap sebagai parti yang korup kerana mengambil orang yang mempunyai masalah..
Dan yang sebenarnya, apakah matlamat yang DS Najib kehendaki?
Dengan hanya 3 kerusi? pun nak memerintah!!
adakah dengan itu akan memperbaiki reputasi beliau?
Pada saya, kemasukan sementara Datuk Nasa ke dalam PKR pun ada agendanya!!
Barangkali, untuk mencari "kambing hitam"... maka DS Tajol (x-pengerusi perhubungan negeri BN) dikorbankan!!
Maka, terserlah kehebatan DS Najib..ambik aje Jaw. Pengerusi Perhub. Negeri Perak.. Terus dapat tukar kerajaan..Calon PM yang hebat bukan!
Apa pun pada saya, Proses ini telah mempercepatkan BN untuk memasuki ruang pamiran di Mezium..
ada banyak sebab!
1. Sebab pertama, rakyat mula menolak BN setelah 2 pilihanraya kecil berlangsung.
2. jentera BN, terlalu mengharap kekuatan material untuk bergerak..jika tidak akan lumpuh!.
3. Perebutan untuk menjawat jawatan besar... (barangkali, ada yang akan keciwa di perak..jika gagal jadi MB atau EXCO..lalu tukar parti lagi!.
4. Terlalu banyak salah guna media! rakyat naik jemu dan bosan..
5. Yang paling utama!! tiada hala tuju yang jelas..kenapa mereka harus menang!! masing-2 sibuk untuk membesarkan perut masing2...
alangkah malangnya kepada Rakyat Perak hari ini.. Tp, ia nya hanya untuk sementara pada pandangan saya...
Elok saja Perak election lagi..
jika tak tunggu je keputusan Mahkamah 2bekas exco dan kes sirul...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment