Berita pengambilihan kuasa dari PR ke BN adalah sepatutnya telah diduga.. Ia adalah satu mainan biasa bagi UMNO khususnya.
Dan sememangnya UMNO tidak pernah konsistan dalam setiap pendiriannya. Menyingkap kes Dato' Zaid Ibrahim yang dipecat tanpa membela diri setelah didapati menghadiri Perhimpunan Agung Keadilan di Shah Alam... baru hadir dan belum lagi menyertai parti tersebut. Dan beliau telah di pecat... Dan tidak dibenarkan untuk membuat rayuan?!
Apa kes pulak dengan Dato' Nasaruddin (ADUN Bota) telah istihar keluar UMNO, malah telah isi borang Parti Keadilan, dan juga siap mencerca UMNO dan Dato Seri Najib!
Tapi masih lagi diterima oleh UMNO!!!
Berikut adalah kenyataan Dato Nasaruddin :
"Saya cukup berani keluar Umno"
Bagaimana pula dengan pandangan Tun Dr Mahathir yang menasihati Pak Lah untuk bersabar menerima dua Exco Perak? Sedang mereka mempunyai kes di Mahkamah!!..
Adakah dengan penyertaan mereka ke dalam kerajaan BN dapat menyelamatkan mereka dari di dapati bersalah?
Tun Dr Mahathir berkata: "Dua wakil rakyat dituduh rasuah. Jika anda bawa masuk orang yang rasuah sebelum mereka didapati bersalah, ia tidak akan meningkatkan kualiti parti. Jika mahu menerima orang yang berhasrat menyertai parti kita, perlu ketahui kualiti orang itu," katanya.
Kekadang, tertawa sendirian memikirkan kehebatan politik UMNO..."What ever it takes"
Apapun, kepada Ahli UMNO selamat memilih AJK baru... Hopefully masih boleh bertahan untuk next election...
Adalah lebih baik Dato' Najib.. ambik alih perhub. negeri lain juga... mana tahu BN dapat tawan lagi?
ReplyDeleteBenar jugak teguran Dr Mahathir tu.
ReplyDeleteTapi, kalau diberi pilihan antara dua keburukan, bak kata Tuan Guru - pilihlah yang paling kurang mudaratnya.
DAP tidak boleh dilanjutkan masa lagi untuk memerintah negeri Perak, musnahnya bukan saja tanah, malah agama Islam pun.
Kenapa?
Ada ke patut didahulukan bantuan kepada Sekolah Cina dari Sekolah Agama Rakyat?