Thursday, December 04, 2008

Zulhijjah …

Bulan-bulan ISLAM…

Muharam, Safar, R. Awal, R. Akhir, J. Awal, J. Akhir, Rejab, Syaaban, Ramadhan, Syawal, Zulkaedah dan Zulhijjah.

Bulan Zulhijjah terkenal dengan dua sebab utama :
1. bulan haji
2. bulan qurban

Haji,

Menyingkap tuntutan Islam yang kelima menerusi rukun Islam.
Manakala qurban mengenang pengorbanan yang dilakukan oleh Nabi Ibrahim as and Nabi Ismail as.

Betapa kedua-2 amalan ini bukan perkara yang mudah untuk dilaksanakan.

Mana tidaknya,

Haji…tuntutan untuk membuktikan dan menguji keimanan manusia.. pada mata kasar ia lebih kepada menghabiskan wang ringgit dan tenaga yang tidak sedikit, yang dapat hanyalah penat dan lelah.. itulah pandangan bagi orang-2 yang tiada iman di dalam dirinya. Dan yang pasti mereka ini tidak akan sampai ke tanah haram ini. Tambahan pula, aktiviti haji ini menjadi tumpuan manusia, terpaksa bersesak-2 dengan jutaan manusia sekaligus meninggalkan keselesaan di tanah air sendiri.

Qurban…menyingkap pengorbanan Nabi Allah Ibrahim dan Ismail anak kesayangannya.. tiada patah perkataan yang hendak ku gambarkan..jika di uji berada di mana-mana posisi baik Nabi Ibrahim mahupun Nabi Ismail… Kuatkah iman kita?

Namun, kita bernasib baik kerana hanya di minta untuk mengurbankan al-an’am sahaja..bahkan lebih dari itu…ia nya di bahagikan kepada beberapa bahagian ie lembu 7 bahagian… wah kalau tidak pasti sedikit yang akan berqurban..sebabnya seekor lembu dah 2,000…

Akhir zaman,
Iman senipis kulit bayang?
Manusia lebih melihat sesuatu kepada untung rugi berbanding mencari keberkatan.
Seolah-olah keberkatan itu tiada lagi pentingnya.

Sempena bulan yang mulia
Selamat menunaikan haji kepada yang ke tanah haram
Selamat berqurban kepada yang berqurban..
Semoga setiap amalan diterima tuhan sekelian alam.

No comments:

Post a Comment