Monday, December 01, 2008

Catatan Disember

Alhamdulillah
Tiada perkataan yang lebih baik untuk kugambarkan
Atas rahmat dan kasih-Mu tuhan
Masih lagi beri daku peluang untuk terus bernafas
Menghirup udara-Mu segar percuma
Mennikmati nikmat-Mu yang banyak
Tiada siapapun mampu nafi

Syukur pada tuhan
Sudah hampir setahun berlalu
Dan tidak berapa lama lagi 2008 akan melabuhkan tirainya

Bagiku
Tahun ini
Satu tahun yang “tough”

Barangkali,
Terlalu banyak yang ingin ku kongsikan untuk tatapan pembaca,

Namum, tidak termampu untuk aku lakukan semua itu
Biar pun barang untuk dijadikan pengiktibaran

Sesekali
Merenung detik-2 yang ditinggalkan jarum saat
Nampak ia nya suatu yang simple
Tapi hakikatnya,
Saat itu telah meninggalkan kita,
Dan ia tidak akan kembali lagi
Buat selama-lamanya

Mudahkan!
Masa berlalu,
Tak semudah menghadapi dan memanafaatkannya

Syukurku pada tuhan,
Kerana apa?
Kerana dikurniakan iman dalam islam
Barangkali banyak manusia lupa akan nikmat ini.

Apa tidaknya,
Mana mungkin kita menulusuri nikmat ini
Jika kita tidak kenal dan kasih nabi-nabi-Nya
Khususnya Nabi Muhammad S.A.W

Kenal kita akan sirah nabi junjungan
Barulah kita akan mengerti akan makna hidup ini

Yaa lah,
Hidup ini bukan untuk harta, wanita/lelaki, tanah etc
Tapi
Untuk diri kita sendiri

Untuk diri,
Menghambakan diri kepada tuhan yang Esa

Manamungkin ia mudah
Ia pasti datang dengan pelbagai ujian
Langit tidak selalunya cerah
Dan tidak selalunya hujan
Itulah hakikatnya

Dah melencong dah…

Ada baiknya untuk kita bermuhasabah
Apakah matlamat @ cita-2 yang ingin kita gapai untuk 2008.
Adakah sudah tercapai?

Jika tidak?
Masih lagi tinggal beberapa hari untuk itu?
Dan ada baiknya untuk guna masa ini untuk merencana 2009

Agar ia dijadikan tahun yang terbaik
Untuk apa jua cita dan harapan,

Yaa..kan kita selalu dengar
“Fail to plan is plan to fail”

No comments:

Post a Comment