Alhamdulillah,
pujian ku rafakkan kepada tuhan pencipta alam ini..memberi aku peluang untuk
mengembara di hujung tahun 2008 ini.. menambah koleksi ke eropah selepas ke amerika latin tahun lalu..
Namun, sampai saja jejak kaki ku kesini ke airport skipol, belanda dikejutkan dengan panggilan telepon yang adik ku (faiz) kemalangan jalanraya... dan mengalami patah kaki..
Berada di Eropah..yang berkebetulan nya berada di musim perayaan krismas..
pada aku, di sini sambutannya bukanlah meriah sangat.. rasanya di negara kita lagi LEBIH!! apa tidak nya..sunyi satu hari pada 25 hb lepas...agak nya dia oroang beraya di rumah jee kot? dan aktiviti kembali seperti sedia kala pada 26 hb...
mmm... cauca kat sini ok... mendung dan berangin temperaturenya around -3 hingga 2 deg C.. yang jagi sejuknya sebab berangin...
nak makan disini, amat senang..banyak kedai yang halal..kedai kebab orng morocco, turki dan sebagainya..malahan di sini ada kedai orang malaysia dan indonesia..
penuh pulak tuh...
nak solat, kat antwerp ini..tak cari pun masjid solat kat hotel jee ;(. tp di brussel and amsterdam masjid banyak, malah kami sempat berjamaah dengan kariah brussel.. ada gambarnya... dan waktu solatnya untuk subuh agak panjang..zohor 12.30 tgh hari, asar kul 2, maghrib kul 4.30 dan isyak kul 6.30.. pukul 4.00 ptg dah gelap dah...dan kul 8.30 pagi baru naik matahari
dan islam bukanlah satu perkara yang asing di sini...
apa lagi yaa..?
pemandangan di sini menarik..satu kota lama yang tersusun dengan pengakutan trem nya..
cuma. cost of living kat sini agak mahal kalu kita konvert dengan rm..harganya lebih kurang sama cuma tukar simbol ringgit.
No comments:
Post a Comment