Friday, October 24, 2008

Kakitangan kerajaan akan diberhentikan kerajaan?

UTUSAN : 50,000 kakitangan awam kontrak mungkin diberhentikan
KUALA LUMPUR 23 Okt. – Kira-kira 50,000 kakitangan awam yang berkhidmat secara kontrak mungkin ditamatkan perkhidmatan mereka menjelang akhir tahun ini berikutan kekangan kewangan kerajaan, kata Presiden Kongres Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) Omar Osman.
Mereka adalah kakitangan yang kontrak disambungkan dari setahun ke setahun, yang berkhidmat di semua jabatan dan kementerian di seluruh negara dan tidak menikmati kemudahan seperti yang diterima kakitangan awam tetap, tetapi melakukan tugas yang sama.
Omar memberitahu Bernama, Cuepacs tidak boleh menerima alasan kekangan kewangan, kerana kerajaan masih mampu mengekalkan perkhidmatan golongan ini.
Cuepacs, katanya, telah menghantar rayuan kepada Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) untuk mengekalkan kakitangan ini, yang kebanyakannya telah berkhidmat antara lima hingga 10 tahun malah terdapat yang berkhidmat lebih 20 tahun.
“Cuepacs telah mencadangkan sama ada JPA mengambil semula pekerja ini atau menyerap mereka ke dalam kedudukan tetap,” kata Omar.
Beliau berkata, isu ini akan dibincang pada persidangan perwakilan Cuepacs bulan depan.
– Bernama asal :
----------------------------------------------------------
1. apakah perkara ini akan berlaku?
2. jika benar akan berlaku, apa kata anda?
3. kata saya...
pertamanya, adalah tidak adil untuk perkerja-2 kontrak..mungkin setelah sekian lama memberikan khidmat kepada kerajaan, akhirnya mereka ditamatkan perkhidmatan...dah laa jumlahnya ramai 50,000..
keduanya, kesan kepada institusi kekeluargaan pasti banyak dan hebat dalam keadaan ekonomi yang tidak menentu... tetiba ada ayah yang hilang punca pendapatan..
ketiganya, kesan kepada ekonomi pasti tidak sedikit terkesan, pasti ramai yang tidak dapat berbelanja keperluan, membayar kereta, membayar sewa rumah, membayar housing loan, kad kredit..dan akhirnya..bila banyak tertunggak..pastinya..semuanya akan ditarik!! dan dilelong!! dan banyak yang akan di istihar MUFLIS!!
keempat, jenayah terus meningkat naik..!!
argh.. harapnya semua ini tidak berlaku!!
berapa banyak anak bangsa yang akan terjejas!!

No comments:

Post a Comment