Tuesday, October 28, 2008

AMBILLAH IKHTIBAR: Sebelum Terlambat

Kepada semua, ingin saya kongsikan artikel kat bawah yang sesuatu untuk diambil pengajaran…satu artikel yang amat2 berguna..fikir-2kan!

----------------
Saudara,

Saya menerima sebuah bingkisan yang ingin saya kongsi bersama. Kita renunginya untuk ikhtibar sebelum kita terlewat….

“Aku mempunyai seorang ibu yang hebat. Beliau menyayangiku dengan sepenuh hatinya. Berkirban dan membantuku dalam segala hal. Ibu membesarkan aku seperti menatang minyak yang penuh. Membiayai pengajianku dan dan memenuhi segala permintaanku. Hari ini, wanita yang hebat itu telah pergi untuk selamanya”.

Dapatkah anda bayangkan perasaanku apabila ke bilik tinggalan ibu, aku menemui serangkap puisi di dalam laci mejanya yang berbunyi:..

Inilah masanya
Jika kau ingin menyintai ibu,
Cintailah ibu sekarang,
Supaya ibu tahu keindahan dan kelembutan kasih,
Yang mengukir kudus daripada sanubari mu,

Cintailah ibu sekarang
Semasa ibu masih hidup
Usah tunggu sehingga ibu telah pergi
Kemudian barulah diukir di batu nisan
Dengan kata-kata yang indah pada sekujur batu yang sepi

Jika kau memiliki ingatan manis buat diri ibu
Tunjukkan pada ibu sekarang
Jika kau tunggu sehingga ibu mati
Sudah pasti ibu tidak dapat mendengar
Kerana kita dibatasi kelemahan

Oleh itu, jika kau menyintai ibu
Walaupun hanya secebis daripada lautan hidupmu
Lafaz dan buktikan sekarang
Sementara ibu masih hidup
Agar ibu dapat menikmati dan menyanjunginya….

Kini, ibu telah pergi dan aku menderita dengan rasa bersalah kerana tidak pernah menyatakan berapa besar nilai ibuku selama ini. Aku tidak pernah melayan ibuku dengan sewajarnya. Perasaan bersalah menghantui hidupku. Aku melayani orang untuk semua urusan tetapi aku tidak pernah meluangkan masa yang cukup untuk ibuku sendiri. Sebenarnya aku mampu menuangkan air ke dalam cawannya, kemudian memeluknya ketika bersarapan, tetapi aku lebih mengutamakan rakan-rakan dan pekerjaanku.

Sekarang baru aku terfikir, pernahkan rakan-rakan melayaniku seperti ibu?. Dulu apabila aku menelefon ibu, aku sentiasa tergesa-gesa, cepat dan ringkas. Aku benar-benar kesal mengingati zaman lampauku terhadap ibu.
Masa dan pengorbanan ibu terlalu banyak diberikan kepadaku tetapi masa yang aku berikan padanya boleh dibilang sehingga hari tuanya berlalu sepi. Aku diburu rasa bersalah. Dunia ini dipenuhi oleh anak-anak sepertiku. Aku berharap kepada rakan-rakan..
"insaflah. Ambil ikhtibar dan manafaat daripada surat ini. Aku sudah terlewat dan kini menyesal teramat sangat…”
----------------

No comments:

Post a Comment