Wednesday, October 15, 2008

Entah...

Apa nama?

Entah...

merapu pe ke benda tah!

  1. melangkah dan mengurus kehidupan adalah suatu seni ada memerlukan akan panduan atau manual. Tanpa panduan hidup ini akan jauh tersasar. Kerana apa? Kerana hidup ini terlalu, TERLALU mempersonakan.
  2. Syukur pada Tuhan yang Esa..lahir kita di dunia yang fana ini sebagai MUSLIM. Tapi, paling kurang tak perlu lagi mencari..mencari arah hidup.
  3. Automatiknya as a MUSLIM..panduan dan manualnya adalah kitabullah dan sunnaturasul. Dalam apa-pun... dari urusan kendiri hingga ke tadbir dunia.
  4. Dikala dunia dihujung usia..tak berapa lama untuk hancur musnah..(qiamat).. kita masih alpa ...jauh untuk refer kepada manual kita..hidup umpama lalang..ikut saja mana arah angin..Sekejap kiri kemudian kanan.
  5. Bimbang Rasul pada ummat-nya akan kena penyakit "Wahn" - tp itu lah hakikatnya. Penyakit ini memang membarah dalam masyarakat. Suka akan kita untuk tunjuk akan kehebatan diri. Semua yang "latest" ada pada kita.
  6. akhirnya..ke mana? untuk apa semua itu?
  7. Bukan tak penting!! tapi asasnya..semua itu adalah "alat" untuk abdikan diri kepada Maha Pencipta.
  8. Lupa kita matlamat kita..atau barangkali x pernah set...Lupa untuk sebarkan ajaran mulia ini kepada rakan-2 yang masih belum dapat hidayah.
  9. Barangkali, kita terlalu harapkan orang yang bertitle ustaz atau hanya pada ulama' semata.. abis tu kita buat apa?
  10. entah!
  11. apa pun doa ku ..moga kita terus di beri hidayah untuk memelihara kemurnian ISLAM...takkan itu pun nak harapkan orang lain!!
  12. Allah suka suatu amalan soleh yang konsisten walaupun ia sedikit.
  13. entah!
  14. hanya titik nokhtah...

No comments:

Post a Comment