Tuesday, October 28, 2008

AMBILLAH IKHTIBAR: Sebelum Terlambat

Kepada semua, ingin saya kongsikan artikel kat bawah yang sesuatu untuk diambil pengajaran…satu artikel yang amat2 berguna..fikir-2kan!

----------------
Saudara,

Saya menerima sebuah bingkisan yang ingin saya kongsi bersama. Kita renunginya untuk ikhtibar sebelum kita terlewat….

“Aku mempunyai seorang ibu yang hebat. Beliau menyayangiku dengan sepenuh hatinya. Berkirban dan membantuku dalam segala hal. Ibu membesarkan aku seperti menatang minyak yang penuh. Membiayai pengajianku dan dan memenuhi segala permintaanku. Hari ini, wanita yang hebat itu telah pergi untuk selamanya”.

Dapatkah anda bayangkan perasaanku apabila ke bilik tinggalan ibu, aku menemui serangkap puisi di dalam laci mejanya yang berbunyi:..

Inilah masanya
Jika kau ingin menyintai ibu,
Cintailah ibu sekarang,
Supaya ibu tahu keindahan dan kelembutan kasih,
Yang mengukir kudus daripada sanubari mu,

Cintailah ibu sekarang
Semasa ibu masih hidup
Usah tunggu sehingga ibu telah pergi
Kemudian barulah diukir di batu nisan
Dengan kata-kata yang indah pada sekujur batu yang sepi

Jika kau memiliki ingatan manis buat diri ibu
Tunjukkan pada ibu sekarang
Jika kau tunggu sehingga ibu mati
Sudah pasti ibu tidak dapat mendengar
Kerana kita dibatasi kelemahan

Oleh itu, jika kau menyintai ibu
Walaupun hanya secebis daripada lautan hidupmu
Lafaz dan buktikan sekarang
Sementara ibu masih hidup
Agar ibu dapat menikmati dan menyanjunginya….

Kini, ibu telah pergi dan aku menderita dengan rasa bersalah kerana tidak pernah menyatakan berapa besar nilai ibuku selama ini. Aku tidak pernah melayan ibuku dengan sewajarnya. Perasaan bersalah menghantui hidupku. Aku melayani orang untuk semua urusan tetapi aku tidak pernah meluangkan masa yang cukup untuk ibuku sendiri. Sebenarnya aku mampu menuangkan air ke dalam cawannya, kemudian memeluknya ketika bersarapan, tetapi aku lebih mengutamakan rakan-rakan dan pekerjaanku.

Sekarang baru aku terfikir, pernahkan rakan-rakan melayaniku seperti ibu?. Dulu apabila aku menelefon ibu, aku sentiasa tergesa-gesa, cepat dan ringkas. Aku benar-benar kesal mengingati zaman lampauku terhadap ibu.
Masa dan pengorbanan ibu terlalu banyak diberikan kepadaku tetapi masa yang aku berikan padanya boleh dibilang sehingga hari tuanya berlalu sepi. Aku diburu rasa bersalah. Dunia ini dipenuhi oleh anak-anak sepertiku. Aku berharap kepada rakan-rakan..
"insaflah. Ambil ikhtibar dan manafaat daripada surat ini. Aku sudah terlewat dan kini menyesal teramat sangat…”
----------------

Friday, October 24, 2008

Kakitangan kerajaan akan diberhentikan kerajaan?

UTUSAN : 50,000 kakitangan awam kontrak mungkin diberhentikan
KUALA LUMPUR 23 Okt. – Kira-kira 50,000 kakitangan awam yang berkhidmat secara kontrak mungkin ditamatkan perkhidmatan mereka menjelang akhir tahun ini berikutan kekangan kewangan kerajaan, kata Presiden Kongres Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) Omar Osman.
Mereka adalah kakitangan yang kontrak disambungkan dari setahun ke setahun, yang berkhidmat di semua jabatan dan kementerian di seluruh negara dan tidak menikmati kemudahan seperti yang diterima kakitangan awam tetap, tetapi melakukan tugas yang sama.
Omar memberitahu Bernama, Cuepacs tidak boleh menerima alasan kekangan kewangan, kerana kerajaan masih mampu mengekalkan perkhidmatan golongan ini.
Cuepacs, katanya, telah menghantar rayuan kepada Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) untuk mengekalkan kakitangan ini, yang kebanyakannya telah berkhidmat antara lima hingga 10 tahun malah terdapat yang berkhidmat lebih 20 tahun.
“Cuepacs telah mencadangkan sama ada JPA mengambil semula pekerja ini atau menyerap mereka ke dalam kedudukan tetap,” kata Omar.
Beliau berkata, isu ini akan dibincang pada persidangan perwakilan Cuepacs bulan depan.
– Bernama asal :
----------------------------------------------------------
1. apakah perkara ini akan berlaku?
2. jika benar akan berlaku, apa kata anda?
3. kata saya...
pertamanya, adalah tidak adil untuk perkerja-2 kontrak..mungkin setelah sekian lama memberikan khidmat kepada kerajaan, akhirnya mereka ditamatkan perkhidmatan...dah laa jumlahnya ramai 50,000..
keduanya, kesan kepada institusi kekeluargaan pasti banyak dan hebat dalam keadaan ekonomi yang tidak menentu... tetiba ada ayah yang hilang punca pendapatan..
ketiganya, kesan kepada ekonomi pasti tidak sedikit terkesan, pasti ramai yang tidak dapat berbelanja keperluan, membayar kereta, membayar sewa rumah, membayar housing loan, kad kredit..dan akhirnya..bila banyak tertunggak..pastinya..semuanya akan ditarik!! dan dilelong!! dan banyak yang akan di istihar MUFLIS!!
keempat, jenayah terus meningkat naik..!!
argh.. harapnya semua ini tidak berlaku!!
berapa banyak anak bangsa yang akan terjejas!!

Newly link!!

Dear all visitors,


Laman web seorang sahabat..terkini banyak sentuh new technology... laman yang menarik..



Satu laman foto terkini.. dia nie as photographer...


Thursday, October 16, 2008

Perancangan Kewangan #06: Tracking Expenses

“Eh..baru jee 2 hari saya dapat gaji..hari nie dah habis..ke mana duit saya pergi?”

Itu antara dialog yang biasa bagi seseorang yang makan gaji....duit hilang!!! Sebenarnya duit itu tidak pernah hilang...cumanya tidak diketahui kemana ia dibelanjakan... akhirnya..setiap yang diimpikan tidak pernah kesampaian..Kerana apa? Kerana... berbelanja tanpa berperancangan...

Salah satu perkara yang tidak pernah dinafikan ialah merekod setiap perbelanjaan yang kita buat…namum, bagi pendapat saya x perlu lah terlalu detail....sekadar ada sebabnya..jika keterlaluan ia akan menjadikan kita Hj Bakhil pula...

Dengan membuat trackin perbelanjaan nie....tidak mustahil kita dapat mengenal pasti perbelanjaan yang tidak perlu..sekaligus dapat mengelakkan kita dari terus membazir...

Untuk membuat tracking nie..bukanlah sesuatu yang sukar sangat...mulakkan dengan buku tiga 5 dan jika rajin..mungkin boleh buat guna computer (microsoft excel)...

Buatlah untuk setiap bulan...kemudian barulah kita tahu kemana duit kita belanjakan...dan lebih penting...dapat review balik..pada masa-masa akan datang...

Wednesday, October 15, 2008

Minyak turun lagi dan lagi..tapi 15 sen

UTUSAN : Minyak turun lagi


Oleh HAMDEN RAMLI


PUTRAJAYA 14 Okt. – Kerajaan menurunkan lagi harga bahan api sebanyak 15 sen bagi petrol dan 20 sen bagi diesel, iaitu penurunan kali ketiga dalam tempoh tidak sampai tiga bulan.
Dengan penurunan harga minyak hari ini, bermakna dalam tempoh tidak sampai tiga bulan kerajaan telah menurunkan harga petrol sebanyak 40 sen seliter berbanding harga RM2.70 seliter pada Jun lalu.
Dalam tempoh yang sama, harga diesel pula telah mengalami penurunan 38 sen berbanding RM2.58 sen seliter ketika harga minyak dinaikkan Jun lalu.
Dalam satu langkah untuk mengurangkan beban rakyat dan menyelaraskan harga bahan api di Malaysia dengan penurunan harga minyak di pasaran dunia, kerajaan mengumumkan harga baru petrol dan diesel itu akan berkuat kuasa esok.
Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dalam satu kenyataan berkata, mulai esok harga runcit petrol RON97 dikurangkan 15 sen iaitu daripada RM2.45 seliter kepada RM2.30 seliter.
Harga diesel diturunkan sebanyak 20 sen seliter daripada RM2.40 seliter kepada RM2.20 seliter manakala pada masa sama, harga petrol RON92 pula dikurangkan sebanyak 10 sen seliter daripada RM2.30 seliter kepada RM2.20 seliter…..


------------------------------
BERITA HARIAN : Minyak turun lagi


Oleh Wan Hazmir Bakarmailto:Bakarbhnews@bharian.com.my


Penurunan kali ketiga 10 hingga 20 sen seliter PUTRAJAYA: Kerajaan semalam mengumumkan penurunan kali ketiga harga runcit petrol dan diesel antara 10 sen hingga 20 sen seliter, berkuat kuasa hari ini. Harga petrol RON97 dikurangkan 15 sen seliter daripada RM2.45 kepada RM2.30, petrol RON92 turun 10 sen seliter daripada RM2.30 kepada RM2.20, manakala diesel sebanyak 20 sen seliter daripada RM2.40 kepada RM2.20.
Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dalam kenyataan media di sini, berkata kerajaan membuat keputusan menyegerakan penurunan harga runcit bahan api itu bagi membolehkan rakyat menikmatinya lebih awal. "Oleh kerana harga minyak dunia sudah turun secara ketara akhir-akhir ini, kerajaan membuat keputusan untuk mempercepatkan pengurangan harga runcit bagi membolehkan orang ramai menikmatinya dengan lebih segera," katanya. Harga minyak mentah turun daripada rekod tertinggi AS$147 dolar setong pada Julai lalu kepada AS$82 dolar sekarang.
Pada 23 Ogos lalu, harga runcit petrol RON97 diturunkan 15 sen seliter daripada RM2.70 kepada RM2.55, RON92 dikurangkan 22 sen seliter daripada RM2.62 kepada RM2.40 manakala diesel lapan sen seliter daripada RM2.58 kepada RM2.50. Pelarasan terakhir pada 25 September lalu pula membabitkan penurunan harga runcit petrol dan diesel sebanyak 10 sen seliter menjadikan petrol RON97 RM2.45 seliter, RON92 (RM2.30) dan diesel (RM2.40). Mengikut formula penyelarasan bahan api yang ditetapkan sebelum ini, harga runcit petrol dan diesel akan ditetapkan pada setiap awal bulan berdasarkan purata bulanan harga minyak mentah dunia ditolak dengan subsidi kerajaan sebanyak 30 sen seliter.


------------------------------

THE STAR : Fuel price cut will have ‘little impact’


By LISA GOH and BAVANI M.

PETALING JAYA: It will provide some relief but will not have much impact — that sums up the sentiments of the public on the fuel price reduction yesterday.
City folk were definitely happy but many doubt that prices of basic necessities would go down in tandem with the reduction.


Bus and lorry operators said it did not really benefit them as prices of other goods had gone up.
Pan Malaysian Bus Operators Association president Datuk Ashfar Ali said the reduction in fuel prices would not affect bus operators.


“For us, it’s still the same. We are still paying the subsidised rate of RM1.43 per litre for diesel,” he said.


He added that bus operators had also not felt the benefit of lower fuel prices as the cost of other products were still high.


“When the fuel prices shot up early this year, the price of everything else — batteries, lubricating oil and tyres — went up. Now, even though fuel prices are down, the price of these items are not coming down,” he said.


Pan Malaysian Lorry Owners Association president Er Sui See said that while he was happy with the reduced diesel prices, lorry owners still would not be able to absorb the escalating transport charges.


“Only a quarter of the diesel we use is subsidised, so yes it’s good that diesel prices are down.
“But all the other costs that have gone up are still going up. We can’t absorb the cost,” he said.
He gave the example of tyres, which would cost 15% more from Nov 1.
Tutor Tan Chin Swee, 48, said: “The sudden jump in petrol price a few months ago resulted in a spiral effect which pushed up the price of many daily necessities. I doubt that the reduction can undo the inflationary impact that an ordinary person is now facing.”
“Recession and inflation are inherent in any economy and are things that we have to live with,’’ Tan added.


Manager Gobal Rajee, 46, said he was happy with the reduction but felt that there would be little effect.“We hope the prices of other goods will go down as well, otherwise it really makes no difference,’’ he said.


Civil servant Karim Jaabar, 37, said it was nothing to rejoice about if the prices of goods remain the same.


Administrative executive Theresa Heng, 49, said it was better than nothing.

Entah...

Apa nama?

Entah...

merapu pe ke benda tah!

  1. melangkah dan mengurus kehidupan adalah suatu seni ada memerlukan akan panduan atau manual. Tanpa panduan hidup ini akan jauh tersasar. Kerana apa? Kerana hidup ini terlalu, TERLALU mempersonakan.
  2. Syukur pada Tuhan yang Esa..lahir kita di dunia yang fana ini sebagai MUSLIM. Tapi, paling kurang tak perlu lagi mencari..mencari arah hidup.
  3. Automatiknya as a MUSLIM..panduan dan manualnya adalah kitabullah dan sunnaturasul. Dalam apa-pun... dari urusan kendiri hingga ke tadbir dunia.
  4. Dikala dunia dihujung usia..tak berapa lama untuk hancur musnah..(qiamat).. kita masih alpa ...jauh untuk refer kepada manual kita..hidup umpama lalang..ikut saja mana arah angin..Sekejap kiri kemudian kanan.
  5. Bimbang Rasul pada ummat-nya akan kena penyakit "Wahn" - tp itu lah hakikatnya. Penyakit ini memang membarah dalam masyarakat. Suka akan kita untuk tunjuk akan kehebatan diri. Semua yang "latest" ada pada kita.
  6. akhirnya..ke mana? untuk apa semua itu?
  7. Bukan tak penting!! tapi asasnya..semua itu adalah "alat" untuk abdikan diri kepada Maha Pencipta.
  8. Lupa kita matlamat kita..atau barangkali x pernah set...Lupa untuk sebarkan ajaran mulia ini kepada rakan-2 yang masih belum dapat hidayah.
  9. Barangkali, kita terlalu harapkan orang yang bertitle ustaz atau hanya pada ulama' semata.. abis tu kita buat apa?
  10. entah!
  11. apa pun doa ku ..moga kita terus di beri hidayah untuk memelihara kemurnian ISLAM...takkan itu pun nak harapkan orang lain!!
  12. Allah suka suatu amalan soleh yang konsisten walaupun ia sedikit.
  13. entah!
  14. hanya titik nokhtah...

Friday, October 10, 2008

Demam Denggi

Apa itu Demam Denggi?

Demam denggi ialah sejenis penyakit bawaan nyamuk yang menjadi masalah utama kesihatan awam antarabangsa dalam beberapa tahun kebelakangan ini. Jenis demam denggi yang lebih merbahaya ialah demam denggi berdarah. Ia merupakan punca utama kematian kanak-kanak di kebanyakan negara hari ini.Demam denggi dibawa oleh nyamuk Aedes kepada manusia melalui gigitannya.

Bagaimanakah penyakit ini merebak?

Demam denggi didapati berlaku di kawasan bandar dan sekitarnya di negara-negara rantau tropika.

Sesiapa sahaja yang digigit nyamuk yang membawa kuman virus denggi menghadapi risiko yang lebih tinggi mendapat denggi. Demam denggi menyerupai demam selsema dan ciri klinikalnya berbeza-beza mengikut umur pesakit.

Pemindahan penyakit:

  • Virus denggi dipindahkan kepada manusia melalui gigitan nyamuk Aedes yang membawa virus denggi.
  • Nyamuk berupaya menyebarkan penyakit berkenaan dalam jangka masa 8 - 12 hari selepas menghisap darah manusia (perumah).
  • Nyamuk betina yang dijangkiti virus denggi boleh memindahkan virus tersebut ke generasi seterusnya melalui pemindahan transovarial (melalui ovari).
  • Manusia masih merupakan perumah gandaan utama bagi virus denggi walaupun terdapat kajian menunjukkan di beberapa bahagian tertentu di dunia, monyet boleh dijangkiti dan menjadi sumber virus bagi nyamuk yang belum dijangkiti.
  • Virus denggi dari perumah pertama (mangsa pertama) hanya dapat menjangkiti/dipindahkan ke perumah kedua 18 jam sebelum suhu badan meningkat dan sekurang-kurangnya 3 hari selepas timbulnya gejala penyakit.

Bagaimanakah terjadinya demam denggi?

Vektor demam denggi adalah nyamuk Aedes betina.

Nyamuk yang telah dijangkiti membawa virus denggi di dalam badannya. Virus ini kemudiannya dipindahkan kepada manusia semasa proses menghisap darah. Sebaik sahaja seseorang itu digigit, virus denggi akan memasuki dan beredar di dalam aliran darahnya, maka bermulalah penyakit ini....

Cegahlah dari binatang ini membiak..saya dah kena denggi.. sakit oi..

Thursday, October 09, 2008

RAHMAN atau RAHMAT

Apakah akan terjadi teori R.A.H.M.A.N?

R… Rahman (Tunku)
A… Abdul Razak
H…. Hussein Onn
M… Mahathir
A…. Abdullah Badawi

Jika N…. most likely Najib
Kalu T… tentunya Tengku Razaleigh

Apakata anda?

Anda lahir bulan Oktober

Adalah anda lahir di bulan ini (okt)? cuba check ada betui ke

  1. suka bersembang
  2. tidak suka terima pandangan orang lain
  3. suka orang yang sayang padanya
  4. emosi yang mudah terusik
  5. suka ambil jln tengah
  6. suka berangan & pandai bercakap
  7. sangat menawan & sopan santun
  8. emosi yang kelam kabut
  9. manja
  10. daya firasat yang sangat kuat (terutamanya perempuan)
  11. kecantikan luar & dalam
  12. suka melancong, bidang sastera & seni
  13. tidak pandai berbohong & berpura-pura
  14. pengasih, penyayang & lemah lembut
  15. mudah rasa simpati, baik pentingkan kawan
  16. romantik dlm percintaan
  17. sentiasa berkawan
  18. mudah terusik hati & cemburu
  19. hatinya mudah terusik tetapi merajuknya tak lama
  20. ambil berat tentang orang lain
  21. cepat marah
  22. suka kegiatan luar
  23. pentingkan diri sendiri
  24. orang yang adil
  25. tidak menolong orang kecuali diminta
  26. boros & mudah dipengaruhi persekitaran
  27. suka melihat dari perspektifnya sendiri
  28. mudah patah semangat