Monday, January 25, 2010

Zambry atau Nizar: Mahkamah buat keputusan 9 Februari

PUTRAJAYA 25 Jan. – Siapakah Menteri Besar Perak yang sah? Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir atau Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin?

Jawapannya akan diketahui apabila Mahkamah Persekutuan membuat keputusan pada 9 Februari ini. - Utusan

sumber : http://utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0125&pub=Utusan_Malaysia&sec=Terkini&pg=bt_17.htm

Kelantan tolak tawaran

KOTA BHARU - Kerajaan Negeri Kelantan menolak tawaran yang dikemukakan oleh Kerajaan Pusat untuk melantik wakil Kerajaan Negeri dalam jawatankuasa pembangunan wang ihsan di Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP).

Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, beliau sama sekali tidak akan menerima sebarang rundingan mengenai pemberian wang ihsan malah akan bertindak menyebarkan kepada rakyat bahawa Kerajaan Pusat mencuri harta milik Kerajaan Negeri.

Nik Aziz berkata, beliau juga tidak akan memenuhi jemputan malah, tidak akan membenarkan mana-mana wakil daripada kerajaan negeri menduduki jawatankuasa itu.

“Kalau dijemput semata-mata untuk menerima wang ihsan, saya tidak akan pergi dan benarkan, 100 peratus Kerajaan Kelantan akan tolak,” katanya pada sidang media selepas menerima kunjungan rombongan ekspedisi penyerahan memorandum menyokong tuntutan royalti petroleum oleh Pas Kawasan Batu, di kediaman rasmi Menteri Besar di sini, semalam.

Kelmarin, Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr Awang Adek Hussin berkata, satu jawatankuasa pembangunan wang ihsan akan ditubuhkan di peringkat JPP dalam tempoh terdekat bagi menentukan kaedah menyalurkan peruntukan itu kepada Kelantan.

Untuk tujuan tersebut, Dr Awang berkata, wakil Kerajaan Negeri akan dilantik untuk memberi ruang terlibat dalam perbincangan dan memberi pandangan tentang apa yang akan disalurkan oleh Kerajaan Pusat.

Nik Abdul Aziz berkata, lebih penting dari penubuhan jawatankuasa itu adalah memastikan dahulu bentuk perundingan yang ingin dibuat sama ada rundingan soal royalti atau wang ihsan.

“Pasti dahulu perundingan yang ingin dibuat, nak runding soal royalti atau wang ihsan. Kalau nak beri wang ihsan tak payah rundinglah, sebab dia paksa kita.

“Saya tidak akan terima wang ihsan dan saya akan beritahu pada rakyat semua, Pusat telah merampas mencuri, menyamun harta Kelantan,” katanya.

Terdahulu dalam ucapannya, Nik Aziz menjelaskan Kerajaan Kelantan menuntut royalti mengikut landasan Islam, di mana Allah memberikan hasil bumi seperti logam, emas, batu, besi dan sebagainya termasuk minyak adalah di bumi Kelantan.

“Sesiapa yang mengambil hak orang lain, dia akan berdosa dunia akhirat, di dunia dia dikutuk dan di doa musnah oleh rakyat Kelantan, di akhirat dia akan dimamah oleh api neraka.

“Mereka sebelum ini mendakwa Kelantan tiada hak tetapi, sekarang ada hak, cuma dengan nama ihsan, kita berdoa pada Allah, sama ada awak (pemimpin UMNO) nak kata ada hak atau tak ada hak, petrol ni tak ada di Kuala Lumpur," katanya.

sumber : http://www.sinarharian.com.my/com/content/story6440683.asp

Saturday, January 16, 2010

Pesakit mental dikategori OKU

MERUJUK laporan dalam Berita Harian pada 3 Januari lalu yang membawa berita petikan Bernama melaporkan saya atas kapasiti sebagai Pengerusi Institut Keselamatan Pekerja dan Kesihatan Kebangsaan (Niosh) mencadangkan kepada kerajaan untuk memasukkan pesakit mental di bawah kategori orang kurang upaya (OKU).

Perhatian saya dialihkan kepada fakta bahawa kerajaan pada Julai 2009 meluluskan tujuh kategori OKU dengan mengambil kira individu yang mengalami sakit mental.

Di sini saya ingin membuat penjelasan bahawa saya tidak sedar mengenai kemasukan kategori itu ketika membuat komen di media oleh kerana sejak beberapa tahun lalu, saya mencadangkan supaya pesakit mental di negara ini di letakkan dalam kategori OKU.

Saya menyambut baik dan menyokong langkah kerajaan untuk memasukkan pesakit mental dalam katergori OKU.

Saya turut yakin ia akan dikongsi bersama oleh semua pihak yang terbabit membantu golongan pesakit mental.

TAN SRI LEE LAM THYE,
Kuala Lumpur.

sumber : http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Friday/Surat/20100114230334/Article/index_html

Thursday, January 14, 2010

Sistem e-tukar milik mudahkan proses jual beli kereta

BUTTERWORTH 14 Jan — Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) sedang dalam proses menyediakan infrastruktur sistem e-tukar milik bagi memudahkan pengusaha kereta terpakai dan orang ramai membuat semakan dalam proses jual beli kereta.

Pengarah Korporat JPJ, Zairi Mohd Ali berkata pihaknya kini dalam proses melatih tenaga kerja untuk menggunakan sistem baru tersebut yang akan dilaksanakan dalam tempoh terdekat.

"Sebenarnya sistem ini sudah lama ada tetapi tidak pernah dikuatkuasakan, kini pihak JPJ hanya tunggu kelulusan berhubung beberapa polisi dan peruntukan kewangan,” katanya kepada pemberita selepas majlis dialog bersama pengusaha kereta sewa dan kereta terpakai, di sini hari ini.

Katanya dengan penggunaan sistem itu sepenuhnya nanti, ia akan memudahkan orang awam dan pengusaha kereta sewa membuat semakan berhubung maklumat pemilik asal dan butir-butir penting dalam urusan jual beli kereta.

"Sebelum ini ada juga masalah apabila pemilik asal kenderaan telah meninggal dunia, bankrup atau disenarai hitam sedangkan surat tukar hak milik belum ditandatangani. Ini menyukarkan proses jual beli antara pengusaha dengan pembeli baru,” katanya.

Mengenai majlis dialog tersebut, Zairi berkata pertemuan dan dialog yang pertama kali diadakan antara JPJ dengan pengusaha kereta sewa dan kereta terpakai itu telah menyelesaikan banyak isu antara ketiga-tiga pihak.

`Antara isu lain yang dibangkitkan dalam dialog itu ialah mengenai permohonan untuk nombor pendaftaran perdagangan, proses transaksi JPJ dan pemeriksaan kereta berkomputer oleh Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (Puspakom).

— BERNAMA

sumber : http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0114&pub=Utusan_Malaysia&sec=Terkini&pg=bt_11.htm

Monday, January 04, 2010

Penjelasan YB Taib Azamudden Mengenai Isu penggunaan nama Allah

Berikut adalah petikan dari hansard Parlimen:

Tuan Haji Taib Azamudden bin Md. Taib [Baling]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan Yang Berhormat Menteri serta permintaan sahabat-sahabat. Saya terpanggil untuk bercakap ini bukan dia atas bermaksud dengan kepartian. Akan tetapi, lebih fokus kepada kesucian Islam itu sendiri. Itu terpulang kepada tafsiran oranglah kalau dia hendak meletakkan kedudukan di mana yang sekali gus juga menghormati pandangan yang diberi oleh Yang Berhormat Bintulu.Sebenarnya persoalan ini mungkin kita tidak begitu selesa sangat perbahasan danpenghujahannya kita gunakan dalam Dewan ini.

Kalau pun ia selepas kita dapat hadamkan di luar, di tempat lain bahawa kita confirmkandi Dewan tetapi walau macam manapun, saya faham daripada apa yang telah diberikan oleh Yang Berhormat Shah Alam, Yang Berhormat Kuala Selangor dan sahabat-sahabat yang lain.Sekarang ini yang sebenarnya perlu kita dapat penjelasan, Allah yang mana yang kitaperbincangkan ini tapi kalau Allah S.W.T yang berkonsepkan tauhid dengan Allah hus samad...Dia tauhid As-samadiah dengan tauhid al-ahadiah yang bergantung rapat dengan yang lain-lain, uluhiah dan rububiah hanya ada pada Islam dan tidak ada pada yang lain.

Sebab itu kalau kita nak bahaskan masalah Allah yang disebut dalam Al-Quran, kita kena lihat juga sababul nuzul dan kalau kita nak buka mengenai Allah kepada yang lain-lain, Al-Quran juga pernah mendedahkan dalam surahtul Taubah... [Membaca sepotong ayat Al-Quran]“Orang Yahudi dia kata, Uzir anak Allah. Orang Kristian dia kata Al-Masih anak Allah”.Daripada penjelasan ringkas ini, kita nampak Allah yang dimaksudkan oleh Yahudi lain daripada Allah tauhid kita.

Allah yang dimaksudkan oleh orang-orang Masihi dan orang-orang lain adalah lain daripada Allah yang dimaksudkan oleh Islam sebab ketauhidan as-samadiah dan alahadiah itu tidak menjadi suatu tonggak kepercayaan kepada yang lain daripada Islam. Sebab itu bagi yang agama lain tadi dia mendakwa itu sedangkan kita Allah bukan ada anak, tidak diperanakkan dan tidak beranak. Jadi, ini persoalannya. Jadi yang saya rasa ialah pihak kementerian, pihak kerajaan mesti menegaskan Allah dalam bentuk mana.Kalau kita cakap Allah dalam bentuk umum, betullah kita boleh dakwa.

Orang Hindu,orang Kristian, orang lain pun dia kata kita tuhan Allah juga. Jadi Allah yang mana? Jadi mungkin di sini kita perlu mendapat suatu garis panduan yang jelas yang kita kata tak boleh digunakan oleh orang lain itu Allah dalam kedudukan mana tapi kalau Allah dalam kedudukan Islam yang ahadiah dan as-samadiah, memang tak boleh orang lain guna yang saya rasa ini wallahualamlah. Apa yang saya nampak daripada sudut itu, jadi kalau itu kita boleh terima, sebenarnya kita tidak ada pertelingkahan apa-apa.

Cuma yang kita hendak sekarang ialah penegasan daripada pihak kerajaan daripada sudut mana, Ilah kita dan saya rasa dalam perbahasan ini agak tak berapa munasabah kalau kita bawa daripada segi bahasa.Bahasa Ilah, bahasa... hak itu panjanglah isu kita. Sebab itu kalau kita lihat dalam kitab-kitab yang sempat dirujuk, pertelingkahan ini berlaku atau khilaf ini berlaku di antara ulama-ulama yang lebih muktabar daripada kita sekarang tetapi semuanya memberi hujah-hujah yang kenapa mereka kata boleh dan kenapa ada yang mereka kata tak boleh.

Dalam kita menangani di antara dua perselisihan pendapat ulama muktabar ini, maka apa yang perlu bagi kita sekarang ialah kita perlu memahami wakik. Wakik kita di Malaysia mahu tidak mahu dengan ketimuran kita, dengan budaya Melayu kita sebelah sini dan juga budaya orang kita lain daripada yang berlaku di Eropah atau berlaku di dunia lain.Wakik kita yang saya yakin setakat hari ini, wallahualam akan datang akan menjadi satuconfuse, akan menjadi suatu pertelingkahan dan perbalahan yang mungkin sengit apabila benda ini dibuka ke mana-mana.

Misal kita katakan, minta maaf kepada saudara-saudara kita yang bukan Islam sama ada dalam agama Buddha, dalam agama Hindu ataupun Kristian dan sebagainya, andai kata saya bertanya kepada sahabat saya yang beragama Hindu,“Sahabat, kamu nak pergi mana?” “Saya nak pergi sembah Allah”. Tanya pula sahabat saya Yang Berhormat Batu Pahat ataupun Yang Berhormat Sri Gading, mana nak pergi “Saya nak pergi sembah Allah”.Jadi ini confuse kepada anak dan keturunan kita. Allah yang mana ini?... [Tepuk] Allah yang nak pergi kah, ini kah Allah, yang mana?...Saya rasa penjelasan ini sangat segar dan meyakinkan dan malah tepat dan selaras sebagaimana pandangan Tuan Guru Presiden PAS dan Tuan Guru Mursyidul Am.

http://www.tranungkite.net/v10/modules.php?name=News&file=article&sid=1527