Ceritanya….
Di bumi Iraq dahulu pernah mempunyai seorang ulama yang hebat dan tersohor… (sebenarnya banyak ulama-ulama dunia islam lahir di Iraq).. apapun..untuk cerita ini, tidak pula diketahui nama sebenar Ulama ini…dan itu pun x lah penting… namum, peranan yang dimainkan oleh Ulama’ ini amat berkesan kepada seluruh penduduk di tanah Iraq ini..Dengan siri kuliyyahnya dihadiri oleh ribuan umat, baik kulliyyah subuh nya hingga maghribnya sentiasa mendapat sambutan hangat daripada penduduk…malah sentiasa hadir dalam forum-forum soal jawab dengan memberikan penyelesaian kepada setiap masalah yang dihadapi oleh insan…
Pendek kata, peranan yang di mainkan oleh Ulama’ ini amat baik untuk Islam…. Yaa Lah, “disebalik kejayaan sorang lelaki, pasti dibelakangnya adalah seorang wanita yang hebat”..itu pepatah yang benar..mungkin hampir x ada seorang lelaki yang akan menafikannya…. Dan dikurnia Allah ulama nie seoarang Isteri bak bidadari dunia…solehah, cantik dan rajin…mana tak nya…makan, pakai dan segala keperluan ulama’ ini dijaga dengan baik…..
Dengan jadual yang padat..bermula dengan seawal pagi untuk tahajud, ke kulliyah subuh hingga ke ceramah ke malam hari…Isterinya memang seorang perfect…sabar dan setia menunggu si suami setiap hari. Paham akan tugasan dan peranan yang dimaikan oleh sang suami….
Ulama’ itu pula, begitu dan sentiasa memberikan sesuatu yang terbaik untuk ummat tanpa rasa prejudis terhadap isteri...
Namum, takdirnya suatu ketika...isterinya jatuh sakit dan meninggalkan suami yang dicintainya..sedihnya... memangpun...kata p.ramlee ”sapa yang x sayang bini oi“
Jadual dan kehidupan si suami yang setia ini terus berubah..tiada lagi kulliyah mahupun forum yang dihadirinya menyelesaikan masalah ummah.....kerjanya menangis dan menangis..menangisi pemergian isteri yang dicintainya...dan hanya berulang alik ke masjid berdekatan untuk menunaikan solat fardhunya berjamaah...
Sebulan, dua bulan berikutnya..malah setahun kemudian..pun begitu...sayang sungguh kepada isterinya..... “di mana kan ku cari ganti..serupo dengan mung”
Hilanglah mutiara..penyuluh ummah di masa itu..bumi menjadi suram atas kehilangan peranan yang di mainkan oleh ulama’ ini sebelumnya….
Sekian,lama menyepi diri..akhirnya datanglah seorang perempuan dari parsi untuk bertanya soalan kepada ulama’ ini..
Wanita : Tuan Guru, saya punyai satu kemusykilan…jauh saya merantau untuk bertanya tuan…boleh saya tanya?
Ulama : Tidakkah engkau tahu, aku sedang bersedih sekarang...pergilah tanyakan kemusykilan mu kepada orang lain….
Wanita : Jauh saya dating..dari parsi..kasihanilah saya……
Ringkasnya, akhirnya..Tuan Guru itu pun bersetuju
Ulama : Oklah… boleh lah sila tanya..tapi hanya untuk satu soalan..saya masih sedih….
Wanita : Dahulu saya punyai satu RANTAI EMAS yang kemudiannya saya pinjamkan rantai tersebut kepada kakak saya…. Selepas 5 tahun kemudian,saya ingin mengambilnya kembali..tetapi dia tidak mahu memulangkannya….kepada saya….
Ulama : ok..dan apa masalahnya
Wanita : Yaa..kemudian saya ragut jee rantai tuuu... salah kah saya..
Ulama : Rantai itu kepunyaan kamu?
Wanita : Yaa… benar…
Ulama : Jika benar Rantai itu rantai kamu..pada saya ia TIDAK SALAH
Wanita : Terima Kasih tuan guru..Habis tuu kenapa tuan guru MENANGIS???
Ulama : !!!!!!
Sedarlah ia akhirnya.....semuanya adalah milik-NYA...dan tidak perlu BERSEDIH....
“Life must go on..dude”
No comments:
Post a Comment