Pertamanya : berkenaan dengan tajuk muka hadapan ...PILOT peluk Islam setelah pesawat bawa jenazah ulama dipayungi awan!!!
Tajuk diatas ialah tajuk sebuah artikel diruangan Pedoman & Iktibar majalah Mastika keluaran Julai 2008 (ms118). Subhanallah... Meremang bulu roma saya setelah membaca kehebatan ulama tersebut sehinggakan didalam perjalanan terakhir beliau menuju ke alam barzakh pun masih lagi “berdakwah” hingga pilot terbabit dengan izin Allah memeluk Islam.
Bukan itu sahaja, menurut pilot tersebut, di sepanjang penerbangan tersebut awan memayungi pesawat tersebut sedangkan tempat lain keadaan panas terik. Kejadian tersebut juga disaksikan oleh krew pernerbangan tersebut. Melihat kepada kejadian aneh itulah, pilot tersebut mengambil keputusan untuk memeluk Islam. Subhanallah.
Artikel di dalam Mastika tidak dinyatakan nama ulama berkenaan tetapi banyak fakta2 yang menarik berkenaan ulama tersebut yang boleh membawa kita mengenali siapakah beliau. Antaranya :
- Beliau merupakan seorang yang terkenal yang berjuang atas nama Islam.
- Beliau meninggal dunia akibat serangan sakit jantung 6 tahun yang lepas di sebuah Hospital di Kuala Lumpur
- Jenazah beliau diterbangkan ke sebuah negeri di utara dengan pesawat Hercules TUDM daripada airport Subang. Selain itu jenazah beliau juga diiringi oleh polis.
- Disemadikan di sebuah madrasah negeri kelahiran beliau sesuai dengan wasiat beliau.
- Ribuan rakyat hadir dari seluruh pelusuk negara untuk memberi penghormatan terakhir kepada beliau, sehinggakan setiap orang yang datang berebut-rebut hendak mengangkat jenazah beliau.
Almarhum meninggal dunia akibat serangan sakit jantung di HUKM pada 23 Jun 2002. Almarhum disemadikan di Madrasah Darul Ulum, Pokok Sena, Kedah negeri kelahirannya. Jenazah Almarhum diterbangkan dengan pesawat Hercules TUDM di Subang dan tiba di airport Kepala Batas dengan disambut lebih 20,000 orang. Ramainya orang yang datang untuk memberi penghormatan terakhir kepada Almarhum sehinggakan jalan raya sesak teruk lebih 20 km. Kesan kesesakkan tersebut telah bermula dari tol-tol yang menghala ke Kedah, dan orang ramai terpaksa berjalan kaki ke Darul Ulum sejauh 10 km. Subhanallah.
Cerita awan memayungi pesawat yang membawa jenazah Almarhum Ustaz Fadhil Nor ini mungkin baru kita dengar. Dan ia diceritakan oleh pilot yang membawa kapal terbang tersebut. Inilah bila berjuang dengan keihklasan, balasan yang Allah tunjukkan dengan jelas kepada kita dan ia sebagai pemangkin semangat kita untuk terus memperjuangkan agama Allah. Kehebatan & keihklasan Almarhum berdakwah dan berjuang untuk agama sehinggakan didalam perjalanan terakhir beliau menuju ke alam barzakh pun masih lagi “berdakwah” hingga pilot terbabit dengan izin Allah memeluk Islam. Sememangnya Almarhum berjuang tanpa mengenal erti penat dan lelah untuk memartabatkan agama Allah di bumi Malaysia ini. Almarhum disegani teman dan lawan.
Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh Almarhum. Al-Fatihah.
Soalnya...bagaimana kita yang tinggal ini....berapa ramai dah dapat hidayah atas usaha kita....termasuk diri penulis sendiri
---------------------
Artikel kedua mengenai Tok Guru Nik Abdul Aziz di ms 84. Berkisar harapan seorang wartawan yang bercita-cita menemubual Mursyidul Am PAS secara in-person...Mencuba selama 3 hari dari sebelum subuh hingga larut malam...akhirnya dapat tanya hanya 3 soalan???!!!
Bacalah...tuan-puan..
kerdil benar rasa nak bagitahu dan compare dengan diri kita yang barangkali usia kita jauh lebih muda dan cergas berbanding dia....seorang Menteri Besar lagi... moga Allah merahmati beliau untuk terus meminpin...
teringat saya peristiwa kira-kira 3++ tahun lalu, bila tersebar berita kematian beliau...saya yang kemudiannya bersolat zohor berjamaah di surau UMW boleh menitis air mata (ketika bersolat) sedih..dan kemudiannya berkira-kira nak ke kelantan... x dapat nak bayang..jalan KL-kel, timur barat...jem..alhamdulillah x berlaku...
apapun...maghilah kita renung-renungkan kehidupan 2 Ulama' ini untuk dijadikan iktibar dan panduan..Jangan dikejar dunia sampai lupa Akhirat...yeee tak?
No comments:
Post a Comment