Perancangan Kewangan : Asas Kejayaan dan Kebahagian
Kenapa Perlu Perancangan Kewangan
• Menguruskan rezeki yang dikurniakan Allah dengan lebih baik dan berobjektif
• Untuk kesejahteraan masa depan
• Mengurangkan pembaziran
• Mengurangkan hutang dan masalah-masalah yang berkaitan dengannya
• Cabaran memenuhi keperluan hidup disebabkan keadaan semasa yang tidak menentu
• Membina kekayaan diri, keluarga dan umat
• Ke arah ‘Kebebasan Kewangan’
Objektif (Jangka Pendek)
– Melangsaikan hutang tertunggak
– Memulakan pekerjaan (untuk graduan baru)
– Memulakan hidup baru selepas mula bekerja seperti sewa rumah, tambang, dll.
– Membantu ibubapa dan keluarga
– Keperluan harian seperti makanan, barangan kebersihan, dll.
– Memulakan simpanan dan pelaburan
– Zakat dan Cukai
– Infaq
Objektif (Jangka Sederhana)
–Membeli kenderaan dan penjagaan kenderaan
–Membeli rumah kediaman dan renovasi
–Perlindungan (Insurans dan Takaful)
–Pertunangan/Pernikahan/Majlis Perkahwinan
–Keperluan rumahtangga dan utiliti
–Kelahiran dan penjagaan anak
–Haji dan Umrah
–Bercuti dan Melancong
–Pendidikan diri dan anak-anak
Objektif (Jangka Panjang)
–Persaraan
–Pendidikan tinggi anak-anak
–Perniagaan
–Faraid dan pembahagian harta pusaka
–Tabarruat’ (Amal Jariah)
Kesilapan dalam Perbelanjaan
•Kad kredit - satu kad lebih dari mencukupi
•Telefon bimbit dan Bil telefon bimbit
•Suka berhutang di dalam pembelian
•Kenderaan - membeli model yang terlalu mahal, banyak membazir untuk aksesori dan modifikasi
•Rumah - Harga terlampau tinggi, isi rumah yang mahal dan renovasi yang melampau
•Perbelanjaan perkahwinan yang tinggi dan tidak dirancang dengan teliti
•Perniagaan/pelaburan yang tidak menguntungkan
•Percutian dan hiburan diluar kemampuan
•Bermewah-mewah dalam berbelanja
Asas-asas Perancangan
•Pengurusan hutang
•Simpanan kecemasan
•Insurans dan perlindungan
• Simpanan dan pelaburan
•Perancangan cukai
Rahsia Kekayaan
•Hidup di dalam kesederhanaan dan tidak terikut dengan orang lain
•Berbelanja mengikut kemampuan
•Belajar dari kesilapan dan tidak mengulanginya
•Mengurangkan hutang dan tanggungan faedah
•Menyimpan dan melabur
•Bersedekah
Hutang
Hutang Terbahagi 2:
1) Hutang Yang Baik
Hutang untuk aset yang akan meningkat nilaiannya di masa hadapan seperti pinjaman
untuk harta (spt. rumah, ladang, tanah), perniagaan dan pendidikan.
2) Hutang Yang Tidak Baik
Selain daripada di atas (aset yang akan merosot nilai). Jika hutang baik itu membebankan, ia menjadi hutang tidak baik
Pengurusan Hutang
•Meminjam hanya untuk aset yang akan meningkat nilai (hutang baik)
•Meminjam pada nilaian yang mampu, terutamanya untuk hutang tidak baik (ie kereta)
•Membayar balik semua hutang sehingga habis
•Jangan menambah hutang baru
•Tetapkan jumlah hutang jangan melebihi 40%-50% pendapatan bulanan
Simpanan untuk Kecemasan
•Sebelum merancang untuk melabur di mana-mana, kumpulkan dahulu simpanan untuk tujuan kecemasan (nilaian 3 hingga 6 bulan gaji). Contoh kecemasan/kejutan yang memerlukan persediaan kewangan :
–Sakit, penyakit kronik, kemalangan, kecederaan
–Kematian diri, pasangan atau ahli keluarga
–Kehilangan kerja/ mata pencarian
–Saman (trafik, mahkamah, dll.)
–Perniagaan/pelaburan yang rugi
–Hutang lapuk dan tunggakkan (cukai, bil, dll.)
–Bencana (rompakan, banjir, kebakaran,dll.)
Perlindungan (Takaful)
•Perlindungan (insurans/takaful) merupakan satu instrumen kewangan yang perlu untuk persediaan terhadap masalah-masalah yang tak terjangka seperti kematian, kemalangan, hilang-upaya dan kehilangan harta-benda
•Ramai berpendapat bahawa mereka mempunyai perlindungan syarikat dan mendapat pencen/caruman KWSP selepas bersara dan mampu menyara kehidupan mereka
•Perlu diingatkan bahawa semakin umur meningkat, semakin banyak penyakit. Kos perubatan juga sangat tinggi. Perlindungan syarikat juga tidak akan meliputi semua tanggungan dan terhad kepada sesetengah penyakit/keadaan dan hanya sewaktu mereka bekerja di syarikat tersebut
•Perlindungan takaful ini sangat berbaloi untuk orang-orang yang sudah berkahwin dan mempunyai anak, lebih-lebih lagi isteri yang tidak bekerja dan anak-anak yang bergantung hidup kepadanya.
•Untuk orang-orang bujang, dicadangkan supaya memilih opsyen premium yang asas dahulu dan ditambah dengan premium yang komprehensif setelah berkahwin. Ini kerana keadaannya yang tiada tanggungan (kecuali ibubapa) untuk mengambil peluang premium yang murah disebabkan usia yang masih muda.
•Jika ibubapa bergantung penuh kepada saraan daripada anaknya, maka anaknya perlu mengambil opsyen yang terbaik untuk kesejahteraan mereka sekiranya berlaku kematian dsb.
Pelaburan
•Setelah Simpanan Kecemasan telah dikumpul dan mencukupi, kita digalakkan melabur untuk menjadikan wang titik peluh kita ‘bekerja’ untuk kita.
Tanggapan Yang Silap Mengenai Teknik Menyimpan:
Pendapatan – Perbelanjaan = Simpanan
Tanggapan Yang Sepatutnya:
Pendapatan – Simpanan = Perbelanjaan
•Untuk memulakan menyimpan, mulakan dengan 10% pendapatan bulanan dahulu. Setelah biasa, nilai simpanan boleh ditingkatkan secara berperingkat
•Jika ada pendapatan sampingan, elaun atau bonus, semua atau sebahagian wang tersebut boleh dimasukkan ke dalam akaun simpanan khas sebagai simpanan tambahan
•Syarat-syarat melabur:
–Menentukan objektif pelaburan secara spesifik
–Menentukan jangka masa pelaburan sama ada jangka pendek (<2>5 tahun)
–Kepelbagaian (diversification)
–Tidak tamak
–Berdisiplin di dalam melabur
–Melabur dengan bijak
•Pelaburan ada 5 jenis:
1.Harta – emas, berlian, antik, lukisan, setem,dll.
2.Hartanah – rumah, tanah, rumah kedai, dll.
3.Bon – bon kerajaan, bon swasta
4.Saham – MSEB, Kospi, Hang Seng, NYSE, dll
5.Amanah saham – ASB, Dana Syariah, dll.
Cukai
•Cukai perlu dibayar sebagai rakyat Malaysia tetapi Zakat itu wajib sebagai orang Islam. Mengelak cukai boleh dikenakan tindakan undang-undang tetapi pengurusan cukai yang baik boleh mengurangkan cukai.
Pengurusan Cukai
•Di antara teknik mengurangkan cukai ialah mendapatkan pelepasan dan rebet seperti:
–Mengutamakan pembayaran zakat kerana zakat dikecualikan dari cukai
–Perlindungan insurans/takaful dikecualikan sebanyak RM5000 maksimum
–Dividen dari Bank-bank Islam, ASB, Bank Rakyat dan BSN dikecualikan cukai
–Deposit dan dividen di Tabung Haji dikecualikan cukai
–Pembelian buku/majalah dari kedai buku dengan bukti pembelian boleh dikecualikan cukai sebanyak RM500 maksimum
No comments:
Post a Comment