Saturday, May 31, 2008

Gila jee tak bodoh!!...

Hidup di dunia ini, dilengkapi Allah dengan pelbagai sikap dan rupa manunisa, ada yang diangkatnya menjadi Raja, ada yang dijadikan pengemis, ada yang cacat, ada yang buta ada yang kusta, ada juga yang pandai..pandai menipu, pandai merompak, pandai menculik…. ada juga yang bodoh dan ada yang sombong, akhirnya..kita parlu syukuri ciptaan Allah atas kita…


Ceritanya bermula, di suatu petang, seorang manager disebuah syarikat terkemuka di ibu negara telah tersangkut di tepi jalan akibat daripada tayar kereta nya bocor…takdirnya di tepi sebuah hospital mental…dimana pada waktu ini, pesakit-pesakit berada ditepi pagar..ambil angin…

Biasa bagi seorang lelaki untuk menukar tayar nya..”small matter”…dalam kelam kabut menukar tayar, dia terlanggar bekas yang diletaknya nut lalu jatuhlah semua ke dalam longkang yang berpalang dan dalam…

“ Aduh, macam mana nie..aku dah laa loghat nak gi meeting,…jatuh pulak semua nut” getus manager nie kemarahan-marahan…
sambil diperhatikan seorang pesakit dan pesakit tersebut tersengih… dan terpacul di mulutnya … “Bodo!!!"

Apa lagi, marah laa manager nie… “Woi,orang gila…apa kau kata..?”

“Woi Bodo…senang jee…kau ambik jee satu nut setiap tayar..dapat laa tiga…pahtu boleh laa jalan…kedian, gi la kedai ganti…. Itu pun x leh piker..bodo”

Balas manager “ Woi orang gila, kau ingat kau pandai sangat..abis tu kenapa kau masuk hospital gila????".....

“aku gila jee..bukan bodoh…la bodo!!!” Sambil terus berlalu pergi…

Malu si manager..dan terus mengangtikan nut yang jatuh seperti dicadangkan oleh pesakit mental tadi….

Dapat laa pengajaran..yang berguna dia hari ini…dan dia tidak akan memandang rendah lagi sesama manusia…

1 comment:

  1. sapo manager tu ril??
    aku kenal ko?
    hohoho

    -sitikat-

    ReplyDelete