Monday, August 08, 2016

BAGAIMANA NAK TUKAR KE SIMPANAN KWSP PATUH SYARIAH



1. Pendaftaran bermula Isnin 8 Aug16 8:15 pagi di semua pejabat/cawangan KWSP.

2. Hanya perlu bawa IC. Dokumen lain tidak diperlukan.

3. Tuan badan perlu hadir sendiri untuk  akad dan menurunkan cap jari.

4. Proses pengeluaran Simpanan Shariah masih sama macam Simpanan Konvensional dulu.

5. Walaupun sudah daftar mulai 8 Aug 16, tarikh berkuatkuasa Simpanan Shariah hanya akan bermula pada 1 Jan /1/17 (tahun depan).

6. Hanya RM100 billion dana diperuntukkan untuk Simpanan Shariah tahun 2017. First come first basis. Jika kuota RM100 billion habis, kena tunggu peruntukkan dana untuk tahun 2018 pulak.

7. Muzakarah Khas Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia (18 Ogos 2015) dan Jawatankuasa Penasihat Shariah KWSP (JKPS) telah memutuskan KWSP tidak diwajibkan untuk melakukan penyucian terhadap dividen simpanan semua ahli KWSP yang bersetuju untuk bertukar ke Simpanan Shariah.

Maknanya, 100% duit KWSP yang ada sekarang dalam akaun kita, boleh dipindahkan terus ke Simpanan Shariah. Walau bagaimanapun, kalau masih ada yang nak buat "penyucian" dividen, boleh ikut garis panduan penyucian dividen yang akan dikeluarkan oleh Jawatankuasa Penasihat Shariah KWSP (JKPS), insya-Allah pada WorkWeek 32.

Untuk maklumat lanjut, boleh gi http://www.kwsp.gov.my/shariah/bm/faq.html

Selamat mendaftar...

No comments:

Post a Comment