Wednesday, July 27, 2016

PENDAFTARAN BAGI WARGANEGARA MALAYSIA YANG MENETAP DI UAE

Semua Rakyat Malaysia di Dubai dan Emirates Utara

Tuan / Puan,

Adalah saya dengan segala hormatnya diarah merujuk kepada perkara di atas.
2. Dimaklumkan bahawa Kementerian Luar Negeri adalah kini dalam proses untuk mengemaskinikan rekod rakyat Malaysia yang bekerja di luar negara.
3. Pengumpulan data ini adalah penting setelah mengambilkira isu-isu terkini yang berlaku termasuk insiden serangan di Nice, Perancis (seorang warga Malaysia telah tercedera), krisis di Juba, Sudan Selatan di mana terdapat sejumlah petugas PETRONAS di sana (yang akhirnya berjaya dibawa pulang ke Malaysia) dan juga insiden cubaan rampasan kuasa di Turki.
4. Data ini turut diperlukan oleh Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung (JTKS) yang pada ketika ini sedang mempromosikan sistem pengurusan pekerja Malaysia di luar negara (MOEMC) iaitu sistem yang dibangunkan oleh JTKS untuk merekod data pekerja Malaysia di luar negara. Sistem ini juga bertujuan untuk mengenal pasti masalah-masalah yang dihadapi oleh rakyat Malaysia yang bekerja di luar negara. Masalah-masalah tersebut boleh meliputi masalah seperti masalah pampasan, caruman, imigresen, kebajikan pekerja dan sosial (social welfare and healthcare) atau lain-lain aspek yang melibatkan hak pekerja.

5. Justeru itu, adalah diharap agar rakyat Malaysia yang berada di Dubai dan Emirates Utara ketika ini dapat mengemaskinikan maklumat seperti di Lampiran A (http://www.kln.gov.my/web/are_dubai/forms) dan dapat menghantar kepada penulis sebelum / pada 15 Ogos 2016 melalui emel untuk tindakan penyelarasan. Adalah turut dipohon kepada Tuan / Puan jikadapat mewar-warkan perkara ini kepada rakyat Malaysia yang tiada dalam salinan mesej ini.
6. Kerjasama dan perhatian semua di dalam hal ini amatlah dihargai.
Sekian, terima kasih dan salam hormat,

Neermal Shunmugam
Konsulat Jeneral Malaysia, Dubai
Mobile : +97156-4061348

Borang di isi dan di hantar ke :

Consulate General of Malaysia, Dubai    Tel: 04 - 337 2152   Fax: 04 - 337 2153  PO Box: 4598    Email: consulate@malaysianembassy.ae

No comments:

Post a Comment