Semua Rakyat Malaysia di Dubai dan
Emirates Utara
Tuan / Puan,
Adalah saya dengan segala hormatnya diarah merujuk kepada perkara di atas.
2. Dimaklumkan bahawa Kementerian Luar Negeri adalah kini dalam
proses untuk mengemaskinikan rekod rakyat Malaysia yang bekerja di luar negara.
3. Pengumpulan data ini adalah penting setelah mengambilkira
isu-isu terkini yang berlaku termasuk insiden serangan di Nice, Perancis (seorang
warga Malaysia telah tercedera), krisis di Juba, Sudan Selatan di mana terdapat
sejumlah petugas PETRONAS di sana (yang akhirnya berjaya dibawa pulang ke
Malaysia) dan juga insiden cubaan rampasan kuasa di Turki.
4. Data ini turut diperlukan oleh Jabatan Tenaga Kerja
Semenanjung (JTKS) yang pada ketika ini sedang mempromosikan sistem pengurusan
pekerja Malaysia di luar negara (MOEMC) iaitu sistem yang dibangunkan oleh JTKS
untuk merekod data pekerja Malaysia di luar negara. Sistem ini juga bertujuan
untuk mengenal pasti masalah-masalah yang dihadapi oleh rakyat Malaysia yang
bekerja di luar negara. Masalah-masalah tersebut boleh meliputi masalah seperti
masalah pampasan, caruman, imigresen, kebajikan pekerja dan sosial (social
welfare and healthcare) atau lain-lain aspek yang melibatkan hak pekerja.
5. Justeru itu, adalah diharap agar rakyat Malaysia yang berada di Dubai dan Emirates Utara ketika ini dapat mengemaskinikan maklumat seperti di Lampiran A (http://www.kln.gov.my/web/are_dubai/forms) dan dapat menghantar kepada penulis sebelum / pada 15 Ogos 2016 melalui emel untuk tindakan penyelarasan. Adalah turut dipohon kepada Tuan / Puan jikadapat mewar-warkan perkara ini kepada rakyat Malaysia yang tiada dalam salinan mesej ini.
6. Kerjasama dan perhatian semua di dalam hal ini amatlah
dihargai.
Sekian, terima kasih dan salam hormat,
Neermal Shunmugam
Konsulat Jeneral Malaysia, Dubai
Mobile : +97156-4061348
Borang di isi dan di hantar ke :
Consulate
General of Malaysia, Dubai Tel: 04 - 337 2152
Fax: 04 - 337 2153 PO Box: 4598 Email: consulate@malaysianembassy.ae