Tuesday, November 20, 2012

BRIGED ELIT AL-QASSAM



Jika Britain mempunyai British Special Air Service
(SAS), Amerika Syarikat dengan Navy Sealsnya dan Israel dengan Shayetet 13, Palestin turut berada di dalam kelas tersendiri dengan barisan tentera penggempurnya yang berani mati, Briged Izzuddin al-Qassam atau lebih dikenali sebagai al-
Qassam; sebuah unit elit yang amat digeruni oleh rejim Zionis.

Al-Qassam, sebuah sayap tentera Hamas, dipelopori penubuhannya oleh pejuang Palestin seperti Syeikh Ahmed Yasin, Dr. Ibrahim Al-Maqadema dan Syeikh Salah Shehada pada tahun 1984.

Nama al-Qassam diberi bersempena nama seorang pejuang ulama' yang syahid berdekatan Jenin pada tahun 1935, Syeikh Izzuddin al-Qassam.

Baru-baru ini, penulis yang berada di Gaza atas tujuan rakaman siri dokumentari telah dijemput oleh kerajaan pemerintah Gaza, Hamas untuk mengunjungi pusat latihan Al-Qassam bagi menyaksikan satu demonstrasi latihan taktikal serangan briged itu. Difahamkan peluang sebegitu jarang sekali dibuka kepada rakyat Palestin; apatah lagi kepada orang luar.

Penulis diberi taklimat oleh komander yang tidak mahu dikenali atas tujuan keselamatan. Beliau berkata, briged elit itu dianggotai oleh pemuda yang berusia 30 tahun dan ke bawah sahaja.

"Objektif utama penubuhan al-Qassam adalah untuk mempertahankan tanah suci Palestin daripada penjajahan Zionis yang zalim, membebaskan
tanah Palestin dan seluruh tanahnya yang dirampas di Tebing Barat serta memantapkan semangat jihad dalam kalangan orang Palestin," katanya.

Apabila ditanya jumlah tentera al-Qassam pada
masa ini, komander tersebut yang pada mulanya engga menjawab memberitahu, bilangannya dalam lingkungan 25,000
orang.

SYARAT UTAMA KEANGGOTAAN SEBELUM DIPILIH

[1] Mesti menjaga solat 5 waktu secara berjemaah.
[2] Kuat mengamalkan sunnah Rasulullah SAW.
[3] Gigih berpegang dengan ajaran Islam.
[4] Mengimani perjuangan pembebasan al-Aqsa dan Palestin.
[5] Berdisiplin dan mentaati amir.
[6] Mencintai dan bersedia untuk syahid.

Sudah menjadi perkara biasa apabila kedengaran letupan dan bunyi tembakan di Gaza, bukan kerana serangan tentera Israel tetapi sebaliknya ia merupakan sesi latihan tentera al-Qassam yang dijalankan.

Briged ini juga terkenal dengan roket al-Qassam, roket artileri buatan sendiri yang dikeluarkan dalam tiga model sepanjang tahun 2001 hingga 2011. Roket itu ditembak dari Gaza dan sering membawa kemusnahan yang dahsyat sehinggakan media Israel menggelarkan setiap roket yang memasuki Semenanjung Barat
sebagai Qassam.

Penulis juga dibawa berjumpa dengan beberapa anggota elit al-Qassam sebelum mereka bergegas untuk menunaikan solat Asar. Namun penulis diberitahu rakaman gambar tidak dibenarkan sama sekali kerana ingin merahsiakan identiti setiap anggota mereka. Penulis sungguh terkejut apabila mereka membuka topeng hitam mereka, kesemuanya memiliki wajah yang berseri, muka bersih dan bersinar.
Jelas nampak keikhlasan pada raut wajah mereka untuk menjadi tentera Islam yang tidak takut mati.

Keimanan para anggota Briged al-Qassam ini cukup tinggi sehinggakan ada di antara mereka menyatakan bahawa mereka tak perlukan apa-apa bantuan, cuma cukuplah sekadar minta didoakan. Bukan doakan
mereka selamat tetapi doakan agar mereka cepat menemui syahid! Inilah kunci kekuatan dan rahsia sebenar kehebatan mereka yang amat digeruni oleh 700,000 ribu tentera Israel di sana!

Semoga Allah terus bantu dan hadirkan pertolongan buat pejuang Islam seperti mana yang Dia telah bantu dan beri pertolongan kepada umat-umat yang terdahulu dalam menentang golongan kuffar ini. Sesungguhnya tiadalah daya dan upaya kami melainkan dengan kekuasaan-Mu. Bantulah mereka....Ya Qahhar Ya Jabbar Ya Mutakabbir!

via Dr. Zainur Rashid Zainuddin

Wednesday, October 24, 2012

Teruskan perjuangan Islam selepas saya tiada – TG Nik Aziz

KOTA BHARU: Bagi Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat kejayaan paling bererti sepanjang 22 tahun pentadbirannya apabila berjaya mengasingkan wang kerajaan daripada sistem riba.

“Paling cukup bererti bagi saya kerana kita berjaya mengasingkan wang kerajaan negeri daripada sistem riba dengan memindahkan kesemua wang dari bank yang tidak menepati syariat ke Bank Islam.

“Apa yang kita lakukan adalah mengikut garis panduan yang diajar Islam dan bukan pandai-pandai kita berbuat demikian,” katanya di sini.

Ekoran itu kata beliau menyebabkan beberapa wakil dari bank bertemu dengannya untuk menyatakan rasa kecewa berhubung tindakan kerajaan tersebut.

Ketika itu hanya Bank Islam sahaja yang tiada sistem kewangan berunsur riba di negara ini.

Menurutnya bermula dari situlah institusi kewangan lain di negara ini menubuhkan kaunter perbankan Islam sehingga berkembang pesat sekarang.

Begitu juga kata beliau sistem Ar-Rahn sehingga ditiru banyak pihak lain.

Ditanya konsep berkebajikan yang diuar-uarkan, katanya sebelum Kelantan melaksanakan dasar kebajikan, Islam sebenarnya agama berkebajikan.

“Bersesuaian dengan itu kita meneruskan program dan bantuan untuk membantu rakyat. Bantuan baja padi, al-It’aam, dividen Ladang Rakyat, skim Kifaalah, az Ziwaaj dan pelbagai lagi program kebajikan dilaksanakan untuk manfaat rakyat,” ujarnya.

Pada pertemuan itu beliau juga berharap generasi pelapis hari ini meneruskan perjuangan Islam apabila ketiadaannya nanti.

“Pemimpin lain hendaklah sambung dan teruskan perjuangan memarbatkan Islam. Syukur di Kelantan dan di negeri-negeri lain golongan profesional semakin ramai menyertai PAS termasuk juga di Sabah dan Sarawak.

“Ramai yang meninggalkan Umno dan menyertai PAS. Rakyat boleh lihat sendiri apa yang berlaku di Kelantan.

“Saya lebih pentingkan kehidupan yang mewah di akhirat berbanding di dunia sekarang. Saya tanamkan dalam jiwa saya, apabila meninggal dunia nanti saya pasti tanpa meninggalkan sebarang hutang.

“Ini sudah cukup bagi saya. Paling saya takut meninggalkan hutang di kedai runcit atau sebagainya,” katanya.


Sunday, October 21, 2012

KELANTAN Juara Treble 2012


KELANTAN membuktikan kehebatan sebagai gergasi Pantai Timur apabila mencatat kejuaraan treble musim ini dengan merangkul Piala Malaysia 2012 setelah menewaskan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) 3-2 di Stadium Shah Alam, malam ini.
Sebelum ini, Kelantan menjuarai Liga Super dan Piala FA. Pencapaian Kelantan ini kali terakhir dilakukan oleh Kedah selama dua musim berturut-turut pada 2007 dan 2008.
Indra Putra Mahayuddin menjadi wira pasukan Kelantan apabila menjaringkan gol kemenangan sekali gus memastikan Piala Malaysia menjadi milik The Red Warriors setelah hampa pada tahun lepas.
Kelantan, juara Piala Malaysia 2010, tiga kali mendahului ATM sebelum wisel penamat masa tambahan.
Tahun lalu, Kelantan kalah Negeri Sembilan.
Dalam perlawanan malam ini, ATM  hampir mendapatkan jaringan awal pada babak awal perlawanan menerusi pemain pertahanannya bagaimanapun, sepakannya tersasar.

ATM sekali lagi hampir menjaringkan gol tetapi percubaan Kaptennya, Hairuddin Omar berjaya dikekang oleh pertahanan Kelantan.

Kelantan terus mengatur strategi dan melakukan serangan, namun percubaan Muhammad Afiq Azmi berjaya ditepis oleh Mohd Farizal Harun pada minit keenam.
Pada minit ke-12, Kelantan sekali lagi hampir mendahului lawan tetapi tendangan Norshahrul Idlan Talaha sedikit melencong ke tepi tiang gol.
Susulan serangan pasukan Kelantan, ATM melakukan serangan balas. Kali ini tandukan Hai-0 sekali lagi melambung tinggi pada minit ke-13.
Kelantan mula menemui rentak permainan apabila terus melakukan serangan diketuai Kaptennya, Mohd Badhri Radzi.

Begitupun, serangan menerusi Indra Putra dan Afiq terus gagal membolosi gawang lawan apabila berjaya didakap oleh Farizal Harun.

Keghairahan Kelantan dalam memburu gol pertama akhirnya tertunai apabila rembatan kencang NorShahrul Idlan Talaha berjaya menewaskan Farizal Harun pada minit ke-43.

Bersambung babak kedua, tidak sempat Kelantan mengatur rentak permainan, ATM terlebih dahulu menjaringkan gol penyamaan menerusi Rezal Zambery Yahya iaitu minit ke-48.

Selang satu minit kemudian, Kelantan memperkemaskan corak permainan dengan aksi lebih tersusun dan Mat Yo sekali lagi menjadi wira apabila menjaringkan gol kedua.

Kegembiraan Kelantan bagaimanapun tidak bertahan lama, apabila jaringan Marlon Alex James pada minit ke-61 berjaya menyamakan kedudukan, sekali gus menggegarkan stadium dengan sorokan penyokong ATM.

Setelah kedua-dua pasukan terikat 2-2, perlawanan diteruskan di masa tambahan selama 30 minit.

Umpama mendapat semangat dari gol kedua, anak didik B.Sathianathan melancarkan gerakan bertali arus melalui kombinasi pemain Hai-0, Marlon dan Aidil namun berjaya dikekang oleh pertahanan Kelantan.

Sebaliknya, Kelantan yang mendapat sorokan lebih 60,000 penyokong nyata menyuntik semangat dalam diri mereka.

Dengan itu, pada minit kelima masa tambahan, gerakan menarik Indra Putra akhirnya berjaya menewaskan penjaga gol ATM, Farizal Harun sekali gus memadam impian skuad The Army untuk menjulang Piala Malaysia buat julung kali.
Pencapaian anak buah Bojan Hodak mendakap piala keagungan bola sepak tanah air itu kali ini adalah yang kedua selepas kali pertama memenanginya pada 2010 apabila menumpaskan Negeri Sembilan 2-1 di Stadium Nasional Bukit Jalil.
Walaupun turun tanpa penyerang import dari Lubnan, Mohamed Ghaddar di jentera serangan, ia tidak sedikit pun menjejaskan asakan pasukan dari Pantai Timur itu bagi menyekat ATM daripada melakar sejarah menjulang piala berprestij itu buat pertama kali.
Berikut kedudukan jaringan:
ATM (2) mln Kelantan (3)

Jaringan ATM:
Rezal Zambery Yahya minit ke-48
Marlon Alex James minit ke-61
 
Jaringan Kelantan:
Norshahrul Idlan Talaha minit ke-43 dan minit ke-49
Indra Putra minit ke-95

PERKEMBANGAN SEMASA PERLAWANAN:

1m: Cubaan jaringan gol oleh Amir Ridzuan gagal menembusi gawang Kelantan
2m: Sepakan penjuru pertama, cubaan dibuat Aidil Zakuan
5:58m: Cubaan Kelantan jaringkan gol oleh Afik Nizam Zain gagal
7.50m: Marlon Alex James alami kecederaan
22m: Norshahrul gagal melepasi gawang ATM, kecuaian kali kedua
23m: Kad kuning dilayang kepada Obinna Nwaneri
26m: Syakir menjatuhkan Hai-O
27m: Sepakan percuma diambil Aidil Zakuan
28m: Sepakan penjuru diambil Kelantan
30m: Cubaan dari jarak jauh Farizal berjaya ditangkap penjaga gol ATM
30m: Kedudukan masih 0-0
31m: Tolakan Ruben ke atas Norsharul Idlan Talaha
33m: Sepakan penjuru ATM, cuba cari tandukan Hai-O tapi gagal
34m: Tendangan Zaquan Adha jauh dari sasaran
35m: Kad kuning ke atas Shahrul. Kad kuning kedua buat Kelantan
41m: Cubaan Kelantan gagal
43m: Gol pertama Kelantan, dijaringkan oleh Norsharul Idlan Talaha
45m: Masa tambahan dua minit diberikan
45 + 2m: Separuh masa pertama selesai. Kedudukan Kelantan 1, ATM 0
46m: Perlawanan separuh masa kedua bermula.
46m: Subamaniam tidak dapat meneruskan permainan kerana mengalami kecederaan.
48m: ATM dapat gol penyamaan oleh Rezal Zambry
49m: Gol bagi Kelantan, oleh Norshahrul
51M: Cubaan Hai-O tapi gagal hantaran
53m: Cubaan Zaquan hantaran jarak jauh tp ofsaid
54m: Cubaan Kelantan gagal ditepis Zaquan
55m: Sepakan percuma Kelantan kerana Afiq ditolak
55m: Sepakan penjuru ATM ke-6
57m: Sepakan penjuru Kelantan diambil Afiq terlalu rendah, gagal rai gol
59m: Azmi Muslim masuk, Fitri Omar keluar
61m: Kad kuning bagi Kelantan
61m: Gol ATM oleh Alex James, tandukan hasilan gol penyamaan
64m: Cubaan gol ATM tetapi gagal dihalang
67m: Cubaan Rizal Fahmi ke arah pintu gol Kelantan tapi tersasar
68m: ATM hantar bola ke pintu gagal
69m: Zaquan buat hantar tapi dihalang Syakir
69m: Obina ditolak Marteleto
71m: Cubaan Alex James hantar jaringan jarak jauh gagal tersasar
72m: Zaquan ambil sepakan penjuru ATM
75m: Sepakan penjuru buat Kelantan
77m: Indra Putra cuba sepak ke gawang, tersasar tinggi
79m: Cubaan Rizal ke gawang Kelantan gagal
88m: Cubaan Venice Elpe dihalang daripada melakukan 'crossing' ke gawang Kelantan
90m: Masa tambahan 3 minit
90+1: Alex James gagal ambil hantaran tinggi ke gawang Kelantan tapi diselamatkan Apex
90+2: Sepakan percuma kepada Kelantan, tetapi tendangan tinggi, diambil oleh Indra Putra
90+3: Perlawanan separuh masa kedua tamat. Kedudukan terikat 2-2
95m: Kelantan tambah gol, menerusi Indra Putra. Kedudukan Kelantan 3, ATM 2.
97m: Jaringan ATM, tandukan oleh Alex James, tetapi ofsaid.
100m: Ruben ditukar.
104m: Sepakan penjuru kesembilan ATM, gagal raih gol
105m: Kedudukan semasa Kelantan 3, ATM 2
106m: Babak kedua masa tambahan bermula
106m: Mohd Daudsu cedera, diusung keluar padang
107m: Pergeseran Martoloto dan Syakir
108m: Martoloto diberi kad kuning
110m: Azlan Ismail masuk padang
115m: Kad kuning untuk Rizal
117m: Indra kasari Martoloto
118m: Sepakan percuma ATM diambil Fitri Omar
119m: Sepakan percuma jark jauh oleh ATM
120+4: Masa tambahan
120+4: Kelantan muncul juara, jaringan 3-2



Wednesday, September 12, 2012

Iklan : Appartment utk disewa Putra Suria


Assalamualaikum wbt

Address : PUTRA SURIA RESIDENSI, NO 29A, JALAN JELAWAT 2, CHERAS

at GPS coordinate : 3.113038,101.717654

  • Nice View facing KLCC
  • 5 mins walking distance to LRT Cheras
  • Near to Commercial shops and Restaurants
  • Mosque Azzubair Ibnu Awwam
  • 20 min drive to KL CC
  • Easy access to MRR2, LEKAS, Plus Highway and Jalan Loke Yew (to KL)



RATE : RM 1100 per month

Can contact me thru:
 1.  email 
 2.  or sms/whatsapp at 019-218 
tawaran terhad satu unit sahaja.. (tawaran telah ditutup : Oct 2012)

Thursday, August 23, 2012

Turunkan harga kereta: BN jangan bermuka-muka

Saya merujuk kepada laporan The Star bertarikh 21 Ogos 2012 bertajuk “Car Prices In Malaysia To Drop Gradually?”. 

Laporan itu memetik sumber dalaman yang rapat dengan kerajaan berhubung cadangan rombakan Dasar Automotif Kebangsaan (NAP2012) untuk mengurangkan harga kereta. Saya mengalu-alukan perkembangan ini kerana ia jelas mengesahkan pendirian PKR selama ini bahawa penurunan harga kereta melalui pengurangan cukai eksais secara berperingkat-peringkat adalah sesuatu yang mampu dilakukan. Ia juga membuktikan bahawa kajian PKR mengenai kesan buruk harga kereta yang tinggi turut dipersetujui oleh pakar-pakar dan pegawai kerajaan.

NONEPun begitu, ia membayangkan sikap bermuka-muka dan hipokrasi pimpinan BN yang secara berterusan mengkritik cadangan PKR tersebut atas alasan ia akan memufliskan negara. Pemimpin seperti Ketua Pemuda Umno saudara Khairy Jamaluddin, dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Nor Yaakob telah membuat kenyataan rasmi menolak cadangan mengurangkan harga kereta seperti yang dibawa PKR.

Oleh kerana adanya pertembungan maklumat yang disampaikan oleh pimpinan BN setakat ini, saya menyeru supaya Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), Datuk Seri Mustapa Mohamad yang bertanggungjawab merombak Dasar Automotif Kebangsaan (NAP2012) supaya berterus terang kepada rakyat apakah sebenarnya dasar kerajaan BN berhubung penurunan harga kereta?

Sekiranya beliau bersetuju dengan cadangan PKR untuk mengurangkan cukai eksais secara berperingkat dan menurunkan harga kereta, beliau wajar memanggil kepimpinan Pakatan Rakyat untuk mengadakan rundingan meja bulat membincangkan pelaksanaan dasar ini kerana penurunan harga kereta adalah satu-satunya isu nasional yang mendapat konsensus di kedua-dua belah pihak (Pakatan Rakyat dan BN).

Saya juga menyeru supaya Saudara Khairy Jamaluddin dan Tan Sri Nor Yaakob menarik balik kenyataan mereka sebelum ini mengkritik cadangan PKR. Malah, saya mengalu-alukan Saudara Khairy untuk turut serta bersama-sama mempromosikan kempen #turunkanhargakereta dengan menaiki kereta rasmi Cheapmobile ke tempat-tempat strategik di sekitar Kuala Lumpur dan mengedarkan pelekat kereta kempen.

Saya masih yakin bahawa penurunan harga kereta melalui pengurangan cukai eksais secara berperingkat adalah langkah pertama untuk menyelesaikan pelbagai masalah berhubung ekonomi rakyat, pengangkutan, keselamatan dan pencemaran alam sekitar.
PKR percaya dengan harga kereta yang murah:

  • Beban hutang isi rumah rakyat akan diringankan dan wang lebihan boleh digunakan untuk pelaburan lain yang lebih penting seperti rumah, pendidikan, kesihatan dan lain-lain;
  • Liberalisasi pasaran kenderaan di Malaysia memaksa kerajaan meningkatkan kapasiti dan mutu pengangkutan awam di negara ini bagi mengimbangi risiko kesesakan jalan raya;
  • Harga kereta yang lebih murah memungkinkan dasar tempoh umur kereta (car scrap policy) dilaksanakan untuk mengurangkan jumlah kenderaan persendirian yang telah mencecah 10 juta;
  • Harga kereta yang lebih murah membolehkan rakyat memiliki kereta yang lebih berkualiti dan selamat, seterusnya mengurangkan kemalangan jalan raya;
  • Kereta yang lebih berkualiti dan berteknologi hijau mampu dimiliki rakyat dan mengurangkan pencemaran alam sekitar; dan
  • Lebih banyak kereta berteknologi hijau dan lebih berkualiti akan mengurangkan penggunaan petrol dan seterusnya mengurangkan beban subsidi bahan api negara.

Oleh kerana dasar harga kereta yang lebih rendah ini mempunyai kesan yang besar kepada negara seperti yang dijelaskan di atas, PKR akan bekerjasama dengan rakan-rakan di dalam Pakatan Rakyat untuk membawa kempen ini ke bawah tanpa mempedulikan tindakan BN yang seterusnya kerana saya yakin BN tidak ikhlas untuk menurunkan harga kereta.


NONERafizi Ramli merupakan pengarah strategi PKR. Tulisan ini merupakan pandangan peribadi beliau dan tidak menggambarkan pendirian rasmi Malaysiakini





sumber : http://www.malaysiakini.com/news/206891

Sunday, July 29, 2012

Ku Li mahu BN selesai isu royalti sebelum PRU

SHAH ALAM - Veteran Umno Tengku Razaleigh Hamzah mengulangi pendiriannya bahawa kerajaan Barisan Nasional (BN) perlu menyelesaikan segera isu royalti minyak yang dituntut Kerajaan Kelantan sebelum Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).


Katanya, isu itu perlu diselesaikan sebelum PRU13 untuk menarik sokongan rakyat Kelantan kepada BN.

Pas mengekalkan kerajaan negeri yang dirampas daripada BN pada 1990. Beberapa kajian terbaru, termasuk yang diumumkan minggu lalu menunjukkan negeri itu akan kekal di tangan Pas pada PRU13.

Dipetik laporan Astro Awani, Tengku Razaleigh mengulas perkembangan selepas laporan beberapa bulan lalu bahawa Umno Kelantan mahu mendapatkan pandangannya untuk persiapan menghadapi PRU13.
Razaleigh, yang pernah mengeluarkan pandangan yang sama tahun lalu, mengakui bahawa beliau ada didatangi oleh beberapa pemimpin Umno Kelantan yang meminta pandangan bagaimana untuk menguatkan semula Umno di Kelantan.
"Saya kata apa yang dilakukan oleh mereka sudah cukup kecuali hendak digerakkan di peringkat 'grass root' supaya mereka tak tunggu pemimpin datang baru nak bergerak. Tengok parti-parti lawan bergerak sepanjang masa. "Jadinya, saya cadang kalau boleh diatasi atau diselesaikan dua perkara yang dihadapi oleh rakyat Kelantan, saya rasa masalah boleh selesai...
"Satunya mengenai tuntutan rakyat Kelantan terhadap royalti minyak yang sememangnya sudah pun ditentukan oleh Akta Kemajuan Petroleum yang dibuat pada tahun 1974 atas kehendak Tun Razak yang juga menjadi Perdana Menteri dan Presiden Umno ketika itu," kata beliau lagi.

Ahli Parlimen Gua Musang ini menambah, satu lagi isu yang perlu ditangani ialah infrastruktur bagi kemudahan rakyat terutamanya jalan raya.Tengku Razaleigh pada masa yang sama menepis kritikan kononnya beliau menyokong kerajaan Pas yang menuntut royalti petroleum.

"Saya cakap bukannya kerana saya memihak kepada pembangkang, tidak. Saya cuma hendak jelaskan apa yang terkandung dalam Akta Kemajuan Petroleum yang saya tolong gubalkan atas arahan arwah Tun Razak."Kalau itu boleh diterima oleh Umno pada ketika itu, masa Tun Razak jadi Presiden, saya jadi Naib Presiden, mengapa Umno sekarang ini tidak boleh pakai, tidak munasabah," katanya yang pernah menjadi Menteri Kewangan.

Pada Ogos 2010, Kerajaan Pas Kelantan mengemukakan saman di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur terhadap Petronas berhubung tuntutan royalti minyak yang didakwa dikeluarkan dari perairan negeri itu. Dalam kes saman itu kerajaan negeri tidak menetapkan tuntutan yang dibuat, sebaliknya terserah kepada mahkamah menentukannya. Semalam, Timbalan Menteri Kewangan Senator Datuk Dr Awang Adek Hussin menyifatkan penganjur Konvoi Royalti, yang menjelajah negeri ini, sepatutnya menunggu mahkamah membuat keputusan mengenai kes tuntutan royalti minyak oleh kerajaan Kelantan terhadap Petronas.

"Jika mereka mengambil langkah sebelum mahkamah membuat keputusan, ia dibimbangi tidak selari dengan keperluan undang-undang," katanya. Gabungan Profesional Menuntut Royalti, Pendaratan Minyak dan Gas ke Kelantan (Royalti) menganjurkan Konvoi Royalti, yang diketuai Menteri Besar Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, ke Gua Musang selama dua hari bermula kelmarin.

Awang Adek, yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengagihan Wan Ehsan Kelantan berkata, pemberian wang itu dilaksanakan mengikut keperluan undang-undang dan dilakukan dengan telus membabitkan semua golongan seperti pelajar, mangsa kebakaran rumah dan bencana alam, tanpa mengira fahaman politik. Kerajaan Persekutuan meluluskan peruntukan kira-kira RM24 juta setahun bagi tujuan berkenaan, kata beliau. Kerajaan Pas Kelantan menuntut Kerajaan Pusat membayar royalti minyak RM1 bilion bagi pengeluaran petroelum dan gas di perairan negeri itu antara 2004 hingga 2009.

Kerajaan Pusat menolak tuntutan itu.

Tengku Razaleigh adalah Pengerusi Petronas semasa perjanjian royalti petroleum itu ditandatangani dengan Kerajaan Negeri Kelantan lebih tiga dekad lalu.

sumber:http://www.sinarharian.com.my/politik/ku-li-mahu-bn-selesai-isu-royalti-sebelum-pru-1.71181

Thursday, June 28, 2012

kenangan sekolah rendah

Lama masa berlalu, berkebetulan hujung minggu lepas pulang ke kampung halaman.
berkesempatan bertemu teman-teman sekolah rendah..after 20 years x berjumpa..memang membangkitkan memori..

dalam banyak-2 cerita..rupanya untuk sampai ke usia ini, ada pelbagai cerita. rupanya my best fren std 1-3 dua orang...dua-dua dah kembali ke rahmatullah..innalillah dan al fatihah utk mereka. mereka meninggal kerana pengambilan dadah! satu kesilapan....tp, itu semua ujian... apa yang utama kita mengambil pelajaran dan pengajaran disebalik kisah hidup itu.

dan terfikir aku, di suasana persekitaran sekarang hidup penuh cabaran...susah untuk kita mendidik generasi supaya terselamat dari cabaran-cabaran yang ganas ini..selain berdoa pada Allah yang Esa mohon di jauhkan kita,...

perit dan pedih,

dulu dadah dan sekarang pun
ganja
pil kuda
estacy
merempit
tu x masuk yang x solat

mmm..Ya Allah lindungi kami dan zuriat kami daripada menerima musibah ini...

Wednesday, June 06, 2012

Ukays : Kita akan dijemput


Kita Akan Dijemput



Di dalam hidup kita seharian
Ada persamaan inginan
Mencari harta sebanyak mana
Masa terdaya

Bila mentari menyulubungi
Kitapun bangkit dari mimpi
Menyambung semula pencarian yang
Terhenti semalam

Kepuasan terpancar jelas
Bila yang dimimpi terbukti
Dengan kekayaan yang di miliki
Masih tidak lagi mencukupi

Memang begitu sikap manusia
Tidak puas dengan yang ada
Seolah harta di dunia bisa
Bawa ke sana

Kita terlupa harta yang nak dibawa
Amalan seharian itu yang pasti
Harus di hati

Sudah terlewat bila tubuh terbujur kaku
Tidak berfungsi di saat itulah
Terlihat semua di mana tempat kita

Harus diingat kita hanya musafir
Yang didatangkan hanya sementara
Menghunikan alam
Dan pasti akan dijemput untuk pulang

Dijemput pulang…
Dijemput pulang…

"Konsep wakaf bagi pembinaan lebuhraya ini turut dicadangkan. Sumbangan boleh disalurkan ke akaun Bank Islam : 03036 01 0003031 atas nama Baldah Toyyibah (Prasarana)Kelantan Sdn Bhd atau dulu dikenali sebagai Rowstead Systems Sdn Bhd."

Pujian yang setinggi tinggi, kekal bersama kekalnya Allah dan seindah-indahnya kepada Allah - Maha Pencipta dan Maha Berkuasa atas semua urusan - saya lafazkan, Selawat tanda kasih yang seindah dan selengkapnya dikirim kepada Junjungan Mulia yang menjadi sumber inspirasi orang-orang yang beriman Pada pagi ini, Rejab 1433 Hijrah kita berhimpun di sini, untuk menjelmakan impian menjadi kenyataan, harapan lama rakyat kelantan , mempunyai sebuah jalan perhubungan utama yang selesa dan sesuai. Tidak syak lagi, perhubungan jalan raya yang baik adalah antara katalis utama perubahan landskap ekonomi, pembangunan dan sosial. Dari sudut sejarah, dari segi infra- baik daratan, lautan dan udara, Kelantan terpencil secara semula jadi. baik semasa penjajah bertapak mahu pun selepas kita telah merdeka. Lapangan terbang kita belum dinaik taraf sebagai lapangan terbang antarabangsa. secara rasmi, kita belum mempunyai pelabuhan dan syukur Alhamdulillah, atas inisiatif Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Al Sultan, kita bakal mempunyai sebuah pelabuhan yang dinantikan. Kelantan terlepas dalam pelan landasan berkembar keretapi. Kita belum dihubungi oleh lebuhraya lingkaran tengah dan lebuhraya pesisir pantai. Setiap tahun, anak Kelantan diperantauan bagaikan didera, dengan perjalanan pulang yang lambat dan ada kalanya memakan korban kerana jalan sedia ada yang sempit dan sesak. Seperti makluman ramai, cadangan pembinaan lebuhraya ini pernah di war-warkan akan dimulakan dalam Rancangan Malaysia tetapi kemudiannya, atas apa jua sebab, tertangguh kembali. Atas permintaan YAB Tuan Guru MB supaya diteliti kemungkinan kerajaan negeri mengambil inisiatif menerajui pembinaan lebuhraya ini, satu jawatankuasa teknikal telah dibentuk. Ini memandangkan keperluan negeri kepada perhubungan tulang belakang seperti ini, lebih-lebih lagi jalan sedia ada sudah tidak mampu menampung pertambahan kenderaan. Usaha ini hendaklah dilihat dari sudut positif. Ia tidak berniat mencabar mana-mana pihak melainkan semata-mata berusaha melaksanakan apa yang diperlukan supaya semangat persaingan memberikan perkhidmatan kritikal dapat diwujudkan. Insya-Allah dengan langkah ini, keperluan mendesak rakyat tidak lagi dijadikan ransom atau tukaran berdasarkan ihsan dan menunggu restu melainkan ditimbang berdasarkan merit keperluan yang sebenar. YAB, YB-YB dan hadhirin hadhirat sekalian, Selepas kerajaan negeri mengeluarkan request for proposal atau jemputan mengemukakan cadangan - sejumlah syarikat telah mendaftarkan minat. Saringan telah dilakukan sebanyak dua pusingan dengan harapan mencari kontraktor yang dapat melaksanakan hasrat kita membina lebuhraya ini seperti dirancangkan. Pada akhirnya, dua syarikat telah dipilih iaitu Menta Construction bagi pakej yang pertama dan Temokin Villa Jelas untuk pakej yang kedua. Pakej pertama dimulakan dahulu memandangkan adanya sejumlah tanah milik kerajaan negeri dan dengan itu proses pengambilan balik semula tanah tidak perlu dilakukan. Pengambilan balik tanah selebihnya insya-Allah akan dijalankan serentak. Insaya-Allah kerajaan negeri akan menubuhkan sebuah taskforce khas pengambilan balik tanah bagi mempercepatkan prosesnya. Panjang asal lebuhraya empat lorong dua hala dari Kota Bharu ke Dusun Damar di Kuala Krai adalah sejauh 73 km. Namun, selepas penelitian dibuat, jawatankluasa teknikal mencadangkan kajian semula penyuraian trafik dibuat bermula dari Nilam Puri ke Kota Bharu. Kaedah pembiayaan kewangan yang digunakan bagi pelaksanaan pembinaan lebuhraya ini adalah melalui pembayaran tertangguh dengan pembayaran balik disusun untuk tempoh 25 tahun. YAB, YB-YB dan hadhirin hadhirat sekalian Ayat ayat yang dibaca oleh adik qari jemputan kita tadi menjelaskan beberapa perkara; Satu: Zulkarnain yang ditonjolkan sebagai salah satu model pemerentahan bertaqwa tidak melupakan pembangunan infra. Dua: Sungguhpun Zulkarnain sebagai pemerintah agung mempunyai semua keperluan pembinaan dan pembangunan seperti besi atau hadid, tembaga, design kejuruteraan, arkitek, jurutera dan tenaga pakar yang lain, namun Zulkarnain tidak melupakan aspek mobilisasi rakyat. Oleh kerana kemudahan yang akan dibina adalah untuk kemaslahatan ramai, rakyat jelata diminta mengambil bahagian sama. Dalam contoh ini, dua tugas diminta oleh Zulkarnain dari rakyat setempat: 1. Membawa ketulan besi 2. Menuangkan tembaga cair ke dalam acuan Semangat dan jalin gabung seperti ini telah diasaskan oleh YAB Tuan Guru dato’ Bentara Setia sejak hari pertama beliau mentadbir Kelantan lagi. contohnya adalah Tabung Serambi Mekah di mana rakyat diminta menderma dan pemimpin turut memotong gaji untuk dicarumkan sebagai teladan kepada rakyat jelata dan amalan ini kekal sampai sekarang. Oleh itu, konsep wakaf bagi pembinaan lebuhraya ini turut dicadangkan. Sewaktu pemerintahan Khalifah Othmaniah, sistem wakaf telah berkembang sehingga adanya hospital wakaf termasuk hospital psikiatri, selain jalan dan peruntukan makanan untuk binatang buas di hutan dimusim salji. Dana wakaf ini saya cadangkan diletakkan langsung di bawah kerajaan negeri - samada di letakkan di bawah Tabung Serambi Mekah sedia ada dengan satu akaun khas atau apa apa bentuk yang difikirkan sesuai oleh kerajaan. Bukan pula bermakna bayaran kepada kontraktor bergantung kepada kutipan wakaf ini tetapi penglibatan rakyat perlu turut dilakukan. YAB , YB-YB dan hadhirin hadhirat sekalian, Doakan impin bersama rakyat Kelantan yang dahagakan kesaksamaan ini menjadi kenyataan serta usaha kita yang kecil ini dihitung berguna di sisi Allah. Juga, apa yang nanti akan diwakafkan oleh kita semua menjadi buah pahala sampi bila-bila. Sampai dunia ini kiamat. Jutaan terima kasih saya rakamkan kepada semua ahli jawatankuasa, ahli MMK, pegawai dan kakitangan yang telah terlibat, perunding perunding dan semua pihak yang telah memberikan idea dan sumbangan pandangan termasuk menerusi email dan face book. Terima kasih khas saya kepada YAB Tuan Guru Dato’ Bentara Setia MB yang memberikan kepercayaan kepada saya untuk memikul beban yang tidak mudah tetapi tidak pula mustahil ini. Ucapan Aluan Majlis Pecah Tanah perasmian Lebuhraya Rakyat Kota Bharu – kuala Krai 7 Rejab 1433 / 28 Mei 2012

Monday, March 19, 2012

Flight KB-JB

Firefly Lancar Penerbangan Kota Baru-JB, Subang-Hat Yai

KUALA LUMPUR: Syarikat penerbangan komuniti, Firefly, memperkenalkan dua laluan baru iaitu Kota Baharu-Johor Baharu (JB), mulai 26 April dan Subang-Hat Yai, bermula 2 Mei.

Dalam satu kenyataan pada Khamis, Firefly berkata penerbangan Kota Baharu-JB adalah bagi setiap Selasa, Khamis dan Ahad manakala Subang-Hat Yai setiap Isnin, Rabu, Jumaat dan Ahad.

Ketua Pegawai Operasi Jarak Dekat Malaysia Airlines dan Firefly, Ignatius Ong berkata penerbangan baru ini bagi memenuhi keperluan pelanggan perniagaan dan liburan dari Kota Baharu yang mahu penerbangan terus dengan masa yang sesuai ke Johor.

"Perkembangan pantas di Iskandar Malaysia menjadikan Johor destinasi yang semakin menjadi pilihan memandangkan ia juga bertindak sebagai pintu masuk yang sesuai ke Singapura.

"Hat Yai juag merupakan pintu masuk ke wilayah Satun dan Trang, kedua-duanya destinasi pulau popular," kata beliau.

Ong berkata penumpang bagi laluan Subang-Hat Yai akan terdiri daripada warga Malaysia serta pelancong asing.

Jualan tiket ke destinasi baru ini akan bermula 16 Mac dan boleh dibeli daripada laman sesawang www.fireflyz.com.my, lapangan terbang Firefly dan pejabat tiket bandar serta melalui ejen pelancongan. - BERNAMA

source : http://mstar.com.my/berita/cerita.asp?file=%2F2012%2F3%2F15%2Fmstar_berita%2F20120315194017&sec=mstar_berita


my comment: cuma x de weekend

Thursday, March 08, 2012

Skim SBPA dimansuh, pelarasan gaji 7 - 13%

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hari ini mengumumkan Skim Saraan Baru Penjawat Awam (SBPA) yang sepatutnya dikuatkuasakan pada 1 Januari tahun ini dimansuhkan.

Dalam pengumuman di depan ribuan penjawat awam di Putrajaya hari ini, Najib berkata keputusan itu dibuat setelah mendengar rintihan penjawat awam yang tidak berpuas hati.

"Dengan keputusan ini, Skim Saraan Malaysia (SSM) dikembalikan dengan penambahbaikan," katanya pada majlis Perhimpunan Khas Penjawat Awam bersama Perdana Menteri di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) hari ini.

Berhubung pelarasan gaji pula, ia dibuat berdasarkan jadual gaji matriks SSM mengikut peratusan gred yang ditetapkan
seperti berikut:

Kenaikan 13 peratus bagi kumpulan pengurusan, profesional dan pelaksana dari gred 1 hingga 54.
Kenaikan 9 peratus untuk gred utama kumpulan JUSA C, B dan A.
Kenaikan 8 peratus untuk turus 3 dan 2.
Kenaikan 7 peratus untuk turus 1 dan ketua setiausaha.
Najib mengakui sepanjang tempoh tiga bulan SBPA diperkenalkan, kerajaan menerima hampir 1,000 aduan dan memorandum, termasuk cadangan daripada 23 persatuan berkaitan.

"Saya harap semua pihak reda dan tak ada lagi yang tak puas hati di semua peringkat. Saya doakan ini jadi penyelesaian terbaik.

"Kita bukan seperti puak-puak yang belum berjaya membentuk kerajaan sudah mahu membuang kakitangan awam," kata Perdana Menteri sambil menjelaskan bahawa berikutan rasa tidak puas hati itu, kerajaan pada 12 Jan lalu memutuskan supaya SBPA dikaji semula.

Sebuah pasukan petugas yang dipengerusikan oleh bekas Ketua Pengarah Jabatan Perkhidmatan Awam TanSri Ismail Adam kemudiannya ditubuhkan dan diberi tempoh tiga bulan untuk meneliti semua aduan serta maklumat balas yang dikemukakan.

Ia diberi tanggungjawab mengemukakan cadangan penyelesaian kepada kerajaan.

Najib juga berkata kerajaan turut bersetuju elaun bantuan sara hidup (COLA) bagi kawasan B dan C masing-masing dinaikkan daripada RM150 kepada RM250 sebulan.

Sebelum ini, COLA bagi kawasan B dan C masing-masing ditetapkan pada kadar RM200 dan RM100.

Beliau juga mengumumkan pembentukan suruhanjaya yang dianggotai pihak berkepentingan, seperti kementerian kewangan dan Cuepacs bagi mengkaji tuntutan-tuntutan lain penjawat awam.

Sementara itu, Presiden Cuepacs Datuk Omar Osman berkata, beliau akan membangkitkan beberapa perkara yang belum diputuskan dalam suruhanjaya yang dibentuk itu.

"Kita rasa lega sikitlah dengan adanya suruhanjaya. Kalau tak, kita kena buat jawatankuasa itu, jawatankuasa ini," katanya.

Omar juga berharap kenaikan gaji yang diberikan tidak diikuti dengan kenaikan harga barangan yang boleh membebankan pengguna.

Thursday, March 01, 2012

Incometax 2011

mulai hari ini (1 March 2012) anda boleh lah membuat dan pengisi income tax online at :
https://e.hasil.gov.my/

http://www.hasil.org.my/


mmm...terlebih bayar ke x cukup bayar?

list of tax relief...

1 Self and Dependent
2 Medical expenses for parents (scope extended from YA 2011, see Budget 2011 summary)
3 Basic supporting equipment
4 Disabled Individual (in addition to self relief above)
5 Education Fees (Individual)
6 Medical expenses for serious diseases
7 Complete medical examination
8 Purchase of books, journals, magazines and publications
9 Purchase of computer (once every 3 years)
10 Net saving in Skim Simpanan Pendidikan Nasional
11 Purchase of sport equipment for sport activities
12 Subscription fees for broadband registered in the name of the individual (from 2010 to 2012)
13 Income Tax Relief on Interest of Housing Loan (YA2010 only)
14 Husband/Wife (for joint assessment) /Alimony Payments
15 Disable wife/husband
16 Ordinary child relief (regardless number of children)
17 Child age 18 years old and above, not married and receiving full-time tertiary education
18 Child age 18 years old and above, not married and pursuing diplomas or above qualification in Malaysia @ bachelor degree or above outside Malaysia in program and in Higher Education Institute that is accredited by related Government authorities
19 Disabled child
Additional relief of RM4,000 disable child age 18 years old and above, not married and pursuing diplomas or above qualification in Malaysia @ bachelor degree or above outside Malaysia in program and in Higher Education Institute that is accredited by related Government authorities

Monday, February 27, 2012

"bakat-bakat Malaysia menjadi perhatian dunia"

Oleh SARAH NADLIN ROHIM
bisnes@utusan.com.my
KUALA LUMPUR 26 Feb. - Talent Corporation Malaysia Bhd. (TalentCorp) sepatutnya ditubuhkan pada 10 tahun lalu dalam usaha mengekalkan bakat-bakat berkualiti tinggi di negara, kata Naib Presiden Asia Pasifik, Kelly Outsourcing & Consulting Group (KellyOCG), Anthony Raja Devadoss.

Devadoss berkata, bakat-bakat Malaysia menjadi perhatian dunia kerana mereka mudah menyesuaikan diri serta mampu bertutur dalam pelbagai bahasa dan berkualiti tinggi.

''Apa yang diberikan oleh TalentCorp pada masa ini adalah terbaik dalam usaha memanggil semula bakat-bakat Malaysia berkemahiran tinggi pulang ke tanah air dan berkhidmat bersama-sama dalam membangunkan negara.

''Tarikan utama yang ditawarkan TalentCorp kepada mereka yang bekerja di luar negara adalah menjanjikan 'Malaysia baharu' kepada mereka selain bantuan dari syarikat-syarikat tempatan dalam memberikan modal untuk memanggil pulang bakat-bakat tersebut,'' katanya kepada Utusan Malaysia di sini.

Tambah Devadoss, selain bergerak sendiri, agensi kerajaan seperti Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) boleh membantu dengan membawa wakil TalentCorp semasa misi perdagangan mereka.

''Cara tersebut telah dilakukan oleh banyak negara dalam mencari bakat-bakat yang bersesuaian untuk sektor dan industri,'' jelasnya.

Sementara itu, ketika ditanya mengenai situasi pasaran pekerjaan semasa terutama bagi lepasan universiti, Devadoss menasihatkan mereka supaya tidak terlalu memilih atau hanya tertumpu kepada syarikat-syarikat multinasional sahaja.

''Tidak salah bagi mereka sekiranya menyertai syarikat-syarikat milik kerajaan terutama untuk latihan pengurusannya selain menyertai kerajaan kerana menawarkan peluang yang luas.

''Selain itu, mereka juga boleh menimba pengalaman bekerja di luar negara dalam memantapkan kemahiran serta pengetahuan sebelum pulang semula dengan memberikan sumbangan kepada negara.

''Pilihan lain yang boleh diteroka oleh lepasan universiti atau kolej ini adalah menyertai kerja-kerja amal dalam memberikan pengalaman bekerja sebelum mereka bertukar kerja pada masa hadapan,'' katanya.

Dalam memastikan lepasan universiti bersedia untuk menghadapi cabaran alam pekerjaan, Devadoss berkata, pihak institusi pengajian tinggi perlu lebih kreatif dalam menyediakan latihan sewajarnya kepada pelajar-pelajar mereka.

Katanya, mereka boleh melakukan kerjasama dengan pemain- pemain industri terutama dalam memenuhi permintaan pasaran supaya proses mendapatkan kerja pada masa hadapan adalah lebih mudah.

''Pihak universiti juga disaran untuk mewajibkan latihan amali kepada para pelajar bermula dari tahun pertama berbanding pada tahun ketiga atau akhir.

''Ini akan membolehkan para pelajar menerima pendedahan awal. Syarikat-syarikat juga digalakkan untuk mengambil universiti angkat dalam memastikan latihan amali dapat dibuat bermula dari tahun pertama,'' ujarnya.

sumber : http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2012&dt=0227&pub=Utusan_Malaysia&sec=Ekonomi&pg=ek_02.htm

Monday, February 20, 2012

Masa berlalu

hari nie 20 Feb 2012...

pantas sungguh masa berlalu...
semalam takkan mungkin aku bertemu dengannya lagi,
pergi ia tiada lagi kembali,

namum,
hari ini..aku ada hari ini...
barangkali dia juga akan menjadi semalam
dan tiada akan kembali lagi kepadaku..

mmm...esok?
adakah aku akan bertemu dia..
dia yang tak pernah muncul..
jenuh menunggu esok..
cemuh dibuatnya...

esok...bilakan kita akan bersua?

semalam sering meninggalkan ku...
hari ini..sentiasa bersama ku...
esok ..tidak pernah menjenguh ku..

dari itu,biar saja aku memanafaatkan hari ini sepenuhnya..
moga aku terus berjumpa dengan hari ini... dengan penuh manafaat...
biar lah semalam terus tinggal dalam lipatan sejarah..
esok! hanya lah satu impian..

Friday, February 10, 2012

Hasan Ali disaran berdakwah tanpa bayaran: Dr Maszlee

YB Datuk Hasan Ali yang saya hormati,

Saya kira tidak perlulah saya perkenalkan diri saya memandangkan Datuk merupakan tokoh dan sahabat yang saya kagumi. Saya kira, Datuk juga tetap menganggap saya sebagai kenalan rapat Datuk sekeluarga.

Secara ikhlas, saya mula mengkagumi Datuk sebagai motivator semenjak saya di bangku sekolah lagi, sehinggalah Datuk menceburkan diri ke dalam bidang politik. Walau bagaimanapun kekaguman saya tidaklah menjadi penghalang untuk saya menyatakan sedikit pandangan terhadap pendirian Datuk mutakhir ini berdasarkan neraca ilmu dan keadilan.

Kesedaran bahawa apa yang telah Datuk lemparkan kepada mantan parti Datuk sendiri, iaitu PAS, di dalam kenyataan-kenyataan Datuk di media dan juga lewat ceramah-ceramah Datuk yang bercanggah dari amanah keilmuan dan kebenaran, maka saya terdorong untuk menulis surat terbuka ini.

Sebagai ahli akademik yang mengkaji bidang gerakan Islam, politik Islam dan juga Usul al-Fiqh, saya berasa terpanggil untuk mengarang surat terbuka ini kepada Datuk untuk menilai beberapa kenyataan Datuk dari pertimbangan ilmu dan kacamata ilmiah di dalam bidang pengkajian saya.

Saya kira tulisan surat terbuka saya sebagai ahli akademik ini adalah sebagai tanggungjawab saya kepada kejujuran terhadap disiplin ilmu yang saya pikul dan bukannya sebagai ahli politik.

Islam moderat

Saya bukanlah ahli parti PAS, yang tampil untuk membela PAS dari serangan Datuk. Maka saya bertegas menyatakan apa yang saya tulis ini hanyalah semata-mata pendangan orang luar dan ahli akademik yang neutral dan tidak berpihak, baik kepada Datuk mahupun kepada parti PAS yang telah memecat Datuk.

Saya kira Datuk mungkin telah maklum dengan pencapaian gerakan-gerakan Islam moderat di utara Afrika seperti Ikhwan Muslimun di Mesir, parti Ennahda di Tunisia, parti keadilan dan pembangunan (PJD) di Morocco dan juga parti-parti Islam lain selepas kebangkitan rakyat (Arab Spring).

Kemenangan semua gerakan-gerakan tersebut secara empirikalnya seperti yang telah dianalisis oleh pakar politik di rantau berkenaan merujuk kepada tiga perkara utama: ‘Wacana Islam moderat yang segar’; Kesediaan ‘perkongsian kuasa’ (power sharing); dan juga ‘pengaruh di kalangan rakyat’ melalui jaringan kerja kebajikan dan juga pendidikan yang menyeluruh, berterusan serta meluas.

Apa yang dimaksudkan dengan wacana moderat yang segar ialah kemampuan gerakan-gerakan tersebut untuk menawarkan apa yang diperlukan oleh rakyat dan apa yang diperlukan oleh sesebuah Negara di dalam pendekatan mereka.

Wacana moderat juga telah memperlihatkan bagaimana gerakan-gerakan Islam, tidak lagi memaksakan apa yang mereka mahukan atau percaya ke atas rakyat tanpa kerelaan majoriti. Maka, di dalam wacana baru mereka, gerakan-gerakan Islam tidak lagi menawarkan retorik ‘Dawlah Islamiyyah’ (Negara Islam) yang agak bersifat utopia dan tidak tentu apakah modelnya.

Mereka juga tidak menawarkan hukuman jenayah Islam ‘secara paksaan’ seperti yang pernah dilakukan oleh Taleban di Afghanistan, sebelum keadaan ekonomi dan kebajikan yang kondusif disediakan di dalam negara mereka.

Mereka juga tidak mempamerkan diri sebagai penghukum, tetapi mereka muncul sebagai pembawa harapan, pejuang kebebasan dan pelaksana keadilan setelah rakyat ditindas dan dizalimi selama berdekad-dekad lamanya oleh para diktator.

Proses kematangan

Perkara ini telah membuatkan ramai dari kalangan pengkaji di barat telah mula mengatakan bahawa golongan ini telah merubah sikap dan prinsip mereka, lantas menggelar fenomena ini sebagai post-Islamism (pasca-Islamisme).

Saya konsisten untuk tidak menyokong istilah pasca-Islamisme yang sarat dengan makna neo-kolonialisme. Hakikatnya gerakan-gerakan Islam yang terlibat tidak pernah merubah prinsip.

Mereka juga tidak meninggalkan landasan perjuangan, apatah lagi mengubah pendirian. Apa yang berlaku ialah proses kematangan gerakan-gerakan terlibat untuk melihat Islam dalam kerangkanya yang lebih luas dan komprehensif. Kejayaan beberapa individu berlatarbelakangkan Islamis di Turki melalui agenda neutral AKP, telah menjadi sumber inspirasi gerakan-gerakan tersebut.

Wacana ini juga bertunjangkan konsep Maqasid al-Shariah dan melihat ajaran Islam dari aspek yang holistik, terutamanya aspek moral dan keadilan. Gelombang perubahan pada pendekatan inilah yang telah melanda kebanyakan gerakan Islam di seluruh dunia mutakhir ini, tidak ketinggalan PAS yang Dato pernah sertai dahulu.

Gelombang ini sekaligus melenyapkan pengaruh model Iran yang pernah mendominasi wacana gerakan-gerakan Islam sedunia dengan melaungkan pembinaan sebuah republik Islam dan juga pemerintahan mutlak golongan agama (Wilayatul Faqih).

Bapa parasit

Realitinya kini, gerakan-gerakan Islam moderat yang wujud lebih memilih ruang demokrasi untuk membawa perubahan. Mereka juga melaungkan pembentukan negara sivil milik semua warga dengan menjamin kebebasan politik, penegakan keadilan, hak upaya masyarakat sivil, hak wanita, tatakelola yang baik, kebajikan rakyat yang terpelihara, ekonomi yang lebih berdaya saing serta bebas dari korupsi, pecah amanah dan rasuah, serta perkongsian kuasa bersama rakyat dari segala lapisan dan kumpulan.

Menurut kajian saya ke atas wacana baru PAS, terutamanya melalui konsep ‘Negara Berkebajikan’, PAS juga tidak terlepas dari arus perubahan ini. Jika Datuk merasakan pendekatan baru PAS ini bermakna PAS telah meninggalkan perjuangan Islamnya, saya kira Datuk tersilap.

Perubahan pada PAS bukanlah kerja parasit sepertimana yang Datuk dakwa, tetapi ia merupakan satu dinamisme tabi’i bagi sebuah gerakan Islam yang matang. Jikalaulah parasit yang telah menyebabkan perubahan pada PAS, maka pastinya kesemua gerakan Islam di Utara Afrika dan Asia Barat, termasuk Ikhwan Muslimin di Mesir dan juga parti Ennahda juga telah dilanda parasit.

Timbul dilemma di dalam pemikiran saya, apakah pemimpin dan tokoh ideolog gerakan Islam sedunia, Rashid Ghannoushi yang telah mencetuskan wacana gerakan Islam yang baru itu juga telah dijangkiti parasit? Apakah mungkin Datuk ingin mengatakan bahawa Rashid Ghannoushi yang merupakan sumber inspirasi perubahan fikrah pada gerakan-gerakan Islam moderat sedunia itu pula merupakan bapa parasit?

Ditakuti Umno

Yakinlah Datuk, sepertimana gerakan-gerakan tersebut telah berjaya mendapatkan majoriti undi di dalam pilihanraya di negara-negara mereka kerana pendekatan baru ini, PAS juga sedang meniti langkah tersebut.

Inilah yang ditakuti oleh Umno dan kerajaan BN. Pihak lawan tidak mahukan PAS mendapat sokongan majoriti masyarakat Islam dan bukan Islam di Malaysia. Pihak lawan mahu PAS kekal sebagai parti kampung milik Pak Lebai dan Pak Haji.

Pihak lawan juga tidak mahu PAS bangkit sebagai parti milik semua rakyat Malaysia, mereka lebih selesa PAS dikenali sebagai parti ekstrimis dan fundamentalis yang hanya tahu memotong tangan orang sahaja. Hanya dengan wacana Islamis global yang baru ini sahajalah niat buruk mereka akan terhalang.

Malang sekali apabila Datuk pula yang mula bercakap senada dan seirama dengan pihak lawan menentang perubahan pada PAS. Lebih malang lagi kini Datuk menjadi suara pihak lawan untuk memaksa PAS kembali ke kerangka persepsi lama rakyat terhadap mereka yang telah dilelong oleh pihak Umno dan BN.

Saya yakin, di dalam PAS masih terdapat segelintir yang termakan umpan Datuk lantas mempercayai kewujudan parasit. Mereka ini golongan yang ikhlas tetapi hanya kurang mendapat pendedahan terhadap dunia luar sahaja.

Ada di antara mereka juga yang berkepentingan, lantas menggunakan hujah Dato’ untuk kekal berpengaruh, tetapi saya yakin mereka ini teramat kecil bilangannya. Melalui pengamatan saya, PAS akan terus menggalas harapan rakyat dan juga kefahaman Islam yang sebenar berteraskan wacana baru gerakan Islam sedunia untuk menempuh hari muka mereka.

Gelombang perubahaan

Seperkara yang perlu Datuk ketahui, wacana baru gerakan Islam moderat ini juga telah mendapat restu dari para ulama terkemuka seperti Dr Yusuf al-Qaradawi, Dr Tawfiq al-Wa’ie, Dr Rashid al-Ghannoushi. Amat kasihan kerana Dato’ tidak dapat bersama lagi dengan realiti baru ini.

Apabila melihat kepada isu ‘Negara Berkebajikan’ pula, pada hemat saya, setelah meneliti dokumen ‘Negara Berkebajikan’ PAS dan membandingkannya dengan manifesto parti-parti Islam moderat lain di dunia Arab, saya mendapati PAS ternyata senada dengan mereka yang telah berjaya di negara masing-masing.

Saya berkeyakinan gagasan ‘Negara Berkebajikan’ merupakan satu langkah drastik PAS di dalam membawa perubahan dan menyuarakan persiapan mereka untuk muncul sebagai alternatif kepada parti pemerintah yang sedia ada. Prinsip-prinsip konsepsual ‘Negara Berkebajikan’ yang dibentangkan di dalam dokumen tersebut dan juga cadangan mekanisme perlaksanaannya merupakan satu anjakan paradigma bagi sebuah gerakan dakwah dan parti politik yang telah matang seperti PAS.

Jelas sekali PAS sudah melayakkan dirinya untuk menyertai gelombang perubahan yang melanda gerakan Islam di seluruh dunia dengan membuktikan bahawa golongan Islamis mampu dan bersedia untuk berkongsi kuasa dan memerintah di dalam kerangka demokrasi dan tatakelola yang baik. Malangnya, hal ini tidak disambut positif oleh Datuk, malah dipandang sinis.

Melihat kepada isu hudud yang Datuk anggap telah ditinggalkan oleh PAS, saya kira itu juga agak kurang tepat. Sebagai sebuah parti Islam, saya berpendapat PAS dilihat amat konsisten memperjuangkan apa yang mereka yakini, iaitu kewajipan melaksanakan hukum hudud.

Memaksakan hudud

Apa yang menarik ialah pendekatan PAS yang terbuka untuk membicarakan isu tersebut di ruang umum dan bersedia untuk meyakinkan rakyat melalui proses pendidikan dan dakwah adalah sesuatu yang patut dihargai.

Apa yang saya dapati melalui metod obervasi ke atas ruang ‘discursive’ PAS selama ini, PAS tidak memilih untuk memaksakan hudud ke atas orang lain secara kekerasan. Malah di dalam banyak kenyataan PAS, mereka bersedia untuk mendengar suara majoriti di dalam melaksanakan hukum jenayah Syariah itu.

Pendekatan diplomasi PAS ini harus dihormati kerana ia mencerminkan sikap professionalisme PAS dan keterbukaan para pimpinannya. Saya kira kerana sikap konsisten PAS inilah yang menyebabkan parti itu telah berjaya meraih sokongan ramai bukan Islam melalui ‘Kelab Penyokong PAS’.

Akhirkata, jika Datuk benar-benar ingin memperjuangkan aqidah dan memerangi gejala murtad yang dikatakan sebagai mengancam umat Islam di Selangor, saya mempunyai pelan tindakan yang boleh Datuk lakukan berdasarkan kekuatan yang ada pada diri Datuk.

Turun padang tanpa bayaran

Sebagai seorang motivator yang begitu meyakinkan dan berupaya bermain dengan emosi orang ramai, saya rasa sudah sampai waktunya Datuk untuk turun padang bertemu dengan mereka yang didakwa murtad berdasarkan senarai yang rakan-rakan Datuk miliki.

Mungkin juga Datuk boleh menggunakan kemahiran tersebut juga untuk berdakwah kepada mat-mat rempit, tahi dadah, remaja berpeleseran yang terdapat di dalam negeri Selangor secara sukarela tanpa sebarang bayaran.

Jika dulu mungkin Datuk sibuk dengan tugas exco, kini Datuk lebih mempunyai waktu lapang. Buktikanlah kata-kata Datuk yang ingin menjaga aqidah itu.

Saya kira Datuk juga boleh berdakwah di Hard Rock Café menyeru umat Islam agar bertaubat dan menghayati agama Islam. Saya pasti pemilik Hard Rock Café tidak akan menghalang kerja murni Datuk itu.

Saya yakin 10,000 atau lebih orang yang turut berHIMPUN bersama Datuk untuk menyelamatkan aqidah umat Islam boleh Datuk kerahkan dari seluruh negara untuk sama-sama turun padang demi menyelamatkan aqidah umat Islam secara praktikal.

Saya amat meyakini, jika Datuk berdakwah seperti itu, Datuk akan tetap dikenang kawan ataupun lawan sebagai ‘pejuang aqidah yang sebenar!’.

Penulis adalah ahli akademik politik warga UIAM.
http://www.malaysiakini.com/news/188691

Wednesday, January 04, 2012

Update Pertama 2012

....?

menutup tirai 2011...
dan lembaran 2012 telah dibuka...
semakin tua usia
semakin ke penghujung

perancangan dan azam setahun lalu
ada yang berjaya
ada juga yang gagal
yah...kita manusia
seorang hamba
ciptaan Allah
qada dan qadr ketentuan ilahi
pasrah...
namum merancang dan usaha paling utama

apa azam baru anda?
where are you at the end 2012?
where are you for the next 5 years?
have you plan?