Semalam,
Ya semalam...
terpahat satu sejarah yang besar dalam hidupku...
dan pada tarikh yang sama berlaku perlbagai peristiwa bersamanya...
antara perkara yang menarik dalam lipatan sejarah semalam...
1. berlakunya 3 pilihanraya kecil serentak di negara ku bertuah Malaysia...
1.1 DUN di Batang Ai Sarawak, yang menyaksikan persaingan mudah 2 penjuru. antara keputusan terawal disiar oleh media, barangkali kerana undi nya sedikit..(tapi lebih banyak dari undi untuk Ketua Pemuda UMNO tempoh hari..:)) BN mengekalkan status qou dengan majoriti bertambah 1,854 mengalahkan calon PKR yang hanya mendapat 2,053 undi. Satu keputusan yang sebenarnya didalam jangkaan ramai pihak.. tahniah BN, berjaya mengekalkan kepercayaan penduduk Bumi Kenyalang.
1.2 DUN di Bukit Selambau Kedah.. banyak sejarah tercipta, antaranya pertandingan 15 penjuru PKR, BN dan 13 calon bebas..pada saya, sukar untuk menjangkakan siapa yang akan menang dari pertandingan itu, maklum saja 15 penjuru.. Pada asasnya, untuk bertanding pada pilihanraya perlu mempunyai jentera dan kewangan yang kukuh. itu antara sebab barangkali, bebas gagal untuk mendapatkan undi yang cukup dalam pilihanraya ini.. Dan saya tidak menjangkakan keputusan berpihak kepada calon PKR S Manikumar yang mendapat undi sebanyak 12,632 undi meninggalkan pencabar sengit dari BN Datuk S Ganesan 10,229 undi.. yang menyebabkan semua calon bebas hilang wang pertaruhan..sedihnya..
1.3 Parlimen di Bukit Gantang, Perak menyaksikan persaingan 3 penjuru (PAS, BN dan Bebas) yang pada akhirnya memihak kepada parti Islam se Malaysia yang meletakkan
calonnya Datuk Seri Nizar Jamaluddin yang juga merupakan menteri besar (bekas atau bukan terpulang kepada anda untuk menafsirkan undang-undang tubuh negeri Perak).
Kemenangan yang agak signifikan kepada PR dengan Majoriti yang agak besar 2,789 undi.
PAS 21,860 undi, BN 19,071 undi manakala Bebas 62 undi dan 456 undi rosak.
walaupun, BN atau UMNO khususnya berada dibawah kepimpinan yang baru untuk semua peringkat, BN masih lagi gagal bangkit dari kekalahan yang mereka alami pada pilihanraya umum yang lalu. Adakah ini merupakan tamatnya riwayat UMNO/BN? sama-sama kita saksikan pada masa akan datang, hanya Allah yang Maha Mengetahui.
Dan terlalu amat jarang berlaku parti pemerintah mengalami kekalahan didalam pilihanraya kecil secara berturut-turut.. Bermula dengan Permatang Pauh, diikuti Kuala Terengganu, Bukit Gantang dan Bukit Selambau... cuma hanya mampu mendapat mata di Sarawak...Batang Ai.. Umum tahu, parti pemerintah mempunyai segala bentuk media dan jentera untuk meyakinkan rakyat, namum mereka masih gagal.. Pada saya, UMNO/BN perlu bangkit dengan segera dengan bedah siasat yang lebih dalam untuk mengenal pasti punca kekalahan yang berturut-turut ini! Sekurang-kurang bagilah cabaran sedikit kepada Pakatan Rakyat..Wujudkan satu persaingan yang sihat.
2. Kekalahan pasukan sokongan Kelantan segali lagi kepada pasukan N.9 . Sebelumnya Kentan tewas kepada N.9 dilaman sendiri pada persaingan liga dengan 1-2, semalam juga sekali lagi Kelantan tewas pada saingan FA cup semi final kepada pasukan yang sama 0-1. Kedua-dua pertemuan ini di Kota Bharu yang melibatkan rusuhan. Terlipat dalam lipatan sejarah semalam, sebuah trak polis di bakar oleh penyokong fanatik Kelantan...mengecewakan dan memalukan apa yang berlaku semalamam, yang sepatutnya, penyokong menggunakan akal yang waras untuk membuat sebarang tindakan..Pada saya, dah kalah, kena menerima kekalahan dengan mengkaji kelemahan dan kesilapan yang telah dilakukan untuk diperbaiki pada saingan mendatang.. Tiada guna merusuh dan mengganas.. Pada peristiwa yang sama pengjaga gawang Kelantan Halim Napi digantung KAFA..
Nasihat saya kepada para penyokong Setia Kelantan, bola itu hanya bola, walau apapun keputusan nya menang piala atau kalah.. ia tidak akan merubah kehidupan kita para penyokong..Hidup tetap perlu diteruskan.. Ceria selalu, majulah sukan untuk kesihatan jasmani dan fikiran.. :)
3. Jaringan lewat, Pasukan Porto keatas pasukan favorite Man United mengikat perlawanan 2-2 juga berlaku awal pagi...
Tapi semalam juga berlaku perkara yang besar dalam hidupku semalam,......... semalam
tinggal semalam... Live must go on...
harap maaf siaran tergendala.....
No comments:
Post a Comment