Tuesday, November 18, 2008

Minyak Turun Laei!! Alhamdulillah

Utusan : Turun 15 sen lagi

Oleh HELMI MOHD. FOAD

PUTRAJAYA 17 Nov. – Kerajaan hari ini menurunkan lagi harga minyak sebanyak 15 sen berkuat kuasa esok, kali kelima sejak Ogos lalu sejajar dengan penurunan harga bahan api itu di pasaran dunia.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang mengumumkan penurunan itu berkata, petrol RON97 turun daripada RM2.15 kepada RM2 seliter manakala RON92 dan diesel masing-masing daripada RM2.05 kepada RM1.90 seliter.

Serentak itu, beliau meminta para peniaga mengambil langkah untuk terus mengurangkan harga barang selaras dengan penurunan harga minyak supaya orang ramai mendapat manfaat sepenuhnya.

‘‘Saya ingin memaklumkan bahawa pihak kerajaan telah mengambil keputusan untuk mengurangkan lagi harga runcit petrol dan diesel sejajar dengan penurunan harga minyak dunia yang berterusan.

‘‘Ini merupakan penurunan yang kelima sejak Ogos 2008, sebagaimana janji kerajaan untuk menurunkan harga jika ada penurunan dalam pasaran dunia,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Penurunan harga petrol dan diesel itu dibuat ketika harga minyak mentah di pasaran dunia hari ini berlegar pada kadar AS$55.85 (RM195).

Najib yang juga Menteri Kewangan berkata, kerajaan turut berharap para pengguna akan terus mengamalkan sikap berhemah dalam penggunaan petrol dan diesel walaupun harga bahan bakar itu telah turun.

‘‘Ini selaras dengan hasrat kita memastikan penggunaan tenaga yang efisien,” katanya.

Harga minyak petrol dan diesel telah mengalami kenaikan tertinggi pada Jun lalu apabila kerajaan menaikkan harga runcit petrol kepada RM2.70 seliter dan diesel kepada RM2.58 seliter ketika harga minyak mentah dunia meningkat sekitar AS$125 setong.

Bagaimanapun, dua bulan kemudian iaitu pada 23 Ogos, kerajaan menurunkan harga runcit petrol RON97 sebanyak 15 sen menjadikannya RM2.55 seliter, ketika kadar inflasi bagi bulan Ogos meningkat kepada 8.5 peratus, manakala diesel sebanyak lapan sen menjadikannya RM2.50 seliter.

Pada 24 September lalu, kerajaan sekali lagi mengumumkan harga runcit petrol RON97 dan RON92 dikurangkan 10 sen iaitu masing-masing daripada RM2.55 seliter kepada RM2.45 seliter dan RM2.40 seliter kepada RM2.30 seliter.

Pada 14 Oktober pula, kerajaan menurunkan harga runcit petrol sebanyak 15 sen dan 20 sen bagi diesel ketika harga minyak mentah dunia berlegar sekitar AS$77 setong.

Terakhir, kerajaan menurunkan harga minyak sebanyak 15 sen pada hujung bulan lalu, menjadikan harga runcit dua bahan api itu masing-masing pada kadar RM2.15 dan RM2.05 seliter.

source :
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=1118&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_01.htm

---------------------------

The Star : Petrol and diesel prices reduced by 15 sen per litre
By LESTER KONG and SARBAN SINGH


PETALING JAYA: Petrol and diesel prices have been slashed by a further 15 sen per litre from today.

The new pump price for RON97 is now RM2 per litre while RON92 will be sold at RM1.90 per litre. Diesel will be at RM1.90 per litre.

The latest price cut, the fifth since August, was announced by Deputy Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak yesterday.

Najib said the reduction was made in line with falling global petroleum prices.

Yesterday’s price of a barrel of crude was about US$56.

Najib, who is also Finance Minister, urged traders to lower prices of goods and services to fully benefit the people following the fuel reduction.

“The people should also continue to use petrol and diesel sparingly despite the lower price in line with the Government’s efficient energy consumption plan,” he said.

Prime Minister Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi said the Government had kept its promise to reduce petrol prices.

Abdullah, who is on a working visit to Uzbekistan, said consumers should boycott outlets which refused to lower prices.

“I have been told that there is a non-governmental organisation spearheading this move. They have my support,” he told Malaysian reporters in the Uzbek capital Tashkent.

He said the people would be angry with the Government because prices of goods were still high.

“The Government had kept its promise but traders are not doing their part,” he said.

Abdullah said more NGOs should come forward and advise consumers where to shop.

“You can work together and get consumers to shun traders who pofiteer. We have to do this or else prices would not come down,” he added.

Meanwhile, petroleum dealers said they would feel the pinch with the latest fuel price reduction.

Malaysian Petroleum Dealers’ Association acting president Abdul Wahid Bidin said: “We hope this reduction will be the last. Otherwise, we won’t be able to plan ahead and doing business will be very difficult.”

source :
http://thestar.com.my/news/story.asp?file=/2008/11/18/nation/2574907&sec=nation


---------------------------

Harakah : Harga minyak turun lagi 15 sen

Irwan Muhammad Zain
Mon | Nov 17, 08 | 7:25:45 pm MYT

KUALA LUMPUR, 17 Nov (Hrkh) - Harga runcit untuk petrol RON97 dikurangkan sebanyak 15 sen seliter kepada RM2.00 seliter daripada RM2.15 seliter mulai tengah malam ini.

Timbalan Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Razak berkata ini merupakan penurunan yang kelima sejak bulan Ogos.

Beliau berharap para peniaga mengambil langkah untuk terus mengurangkan harga barang selaras dengan penurunan harga minyak, supaya orang ramai mendapat manfaat yang sepenuhnya.

Selain itu, Najib juga berkata para pengguna juga diharapkan akan terus mengamalkan sikap berhemah dalam penggunaan petrol dan diesel walaupun harga telah turun.

Minggu lepas, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Dato' Shahrir Abdul Samad menyatakan tentang harga minyak yang dijangka turun pada pertengahan bulan ini.

Ini berikutan harga purata minyak yang berada di paras AS$70 setong pada masa ini.

Awal bulan ini, harga petrol RON97 dikurangkan daripada RM2.30 seliter kepada RM2.15 seliter, petrol RON92 dikurangkan daripada RM2.20 seliter kepada RM2.05 seliter dan diesel dikurangkan daripada RM2.20 seliter kepada RM2.05 seliter.

Sebelum ini, harga petrol RON97 turun dari RM2.70 seliter kepada RM2.55, RM2.45 dan RM2.30 manakala petrol RON92 dari RM2.62 seliter kepada RM2.40, RM2.30 dan RM2.20. Diesel pula turun dari RM2.58 seliter kepada RM2.50, RM2.40 dan RM2.20. - mns

source :
http://www.harakahdaily.net/index.php?option=com_content&task=view&id=17940&Itemid=1


---------------------------

Berita Harian : Harga Minyak, beras turun Kerajaan harap peniaga kurangkan harga barang

PUTRAJAYA: Harga runcit petrol dan diesel turun 15 sen seliter lagi berkuat kuasa hari ini, manakala harga siling beras Super Tempatan (ST) lima peratus serta 10 peratus hancur dikurangkan antara 20 dan 30 sen sekilogram, mulai kelmarin.



Penurunan harga bahan api itu adalah yang kelima sejak Ogos lalu, manakala pengurangan harga siling beras pula yang pertama dilakukan sejak harga barangan makanan berkenaan dikawal kerajaan Mei lalu.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, berkata harga petrol RON97 kini RM2 seliter, RON92 pula RM1.90 seliter, manakala diesel RM1.90 seliter.

Dalam kenyataannya semalam, Najib yang juga Menteri Kewangan berkata kerajaan mengambil keputusan mengurangkan lagi harga runcit petrol dan diesel sejajar dengan penurunan harga minyak dunia yang berterusan.

Beliau berkata, kerajaan turut berharap peniaga mengambil langkah untuk terus mengurangkan harga barang supaya rakyat mendapat manfaat sepenuhnya berikutan penurunan terbaru harga bahan api itu.

"Kita juga berharap pengguna akan terus mengamalkan sikap berhemah dalam penggunaan petrol dan diesel walaupun harganya sudah menurun beberapa bulan lalu. Ini selaras dengan hasrat kita memastikan penggunaan tenaga yang efisien," katanya.

Sementara itu, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Mustapa Mohamed, dalam kenyataannya mengumumkan harga siling baru beras ST lima peratus diturunkan daripada RM2.80 kepada RM2.60 sekilogram, manakala ST 10 peratus hancur dikurangkan kepada RM2.40 sekilogram berbanding RM2.70 sekilogram sebelum ini.

Beliau berkata, penurunan harga itu diwartakan kelmarin dan berdasarkan pemantauan kementerian, pengusaha pasar raya sudah pun menurunkan harga beras berkenaan.

Bagaimanapun, katanya, masih ada beberapa kedai runcit yang menjual beras itu pada harga lama.

Beliau memberi amaran tindakan tegas akan diambil mengikut Perintah Beras (Kawalan Gred dan Harga) 1992 terhadap peruncit yang menjual beras berkenaan melebihi harga siling itu.

Harga beras ST5 dan ST10 mula dikawal pada Mei lalu berikutan kenaikan harga beras di pasaran dunia. Sebelum itu, kerajaan hanya mengawal harga beras ST15 sejak 1998.

source :
http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Tuesday/BeritaUtama/20081117224700/Article

1 comment:

  1. Bravo.
    Nice blog.

    Beautiful pictures.

    Please visit:

    http://profitbiz.info

    Keep blogging.
    Good job.

    ReplyDelete