Sunday, August 31, 2008

Selamat Datang RAMADHAN 1429

MASA berlalu begitu pantas sekali.. sedar x sedar dah berjumpa dengan siaran Ehsan dari tv1.. pengumuman dari penyimpan mohor besar Raja bermula tarikh puasa... tahun nie kebetulannya 1 Ramadhan = 1 September.. senang nak calculate raya... (belum apa-2 dah nak kira raya..dhaif beno)

Kesempatan ini ingin saya ucapkan kepada semua umat Islam walau dimana anda berada..

"Selamat menyambut Ramahdan Al-Mubarak, moga-2 kita semua dapat menggunakan peluang dan ruang yang diberikan oleh-Nya, dan moga-2 kita dapat bertemu dengan Lailatul Qadr, dan dapat kita memperbanyakkan amalan soleh... seperti bertarawih, berqiamullai, tadarus Quran, bersedekah, beriktiqaf dan berzikir kepada Nya..zakat fitrah jangan ditinggal"

jangan lupe,barangkali ini peluang terakhir untuk kite..

SELAMAT BERPUASA

Monday, August 25, 2008

Anak-2 dan anak sedara

ahmad niyaz dan nur salihatunnisa'

nur hanis safiyyah..baru usia 6 bulan dah buleh duduk dan begitu minat dengan laptop.. pantang bukak laptop..pasti hampiri


hanis ditunjuk ajar kakaknya salihatunnisa'


niyaz (2 1/2 thn) bawak sepupu dia.


bersama-sama anak-2 d kenduri rumah zul

Saat Bahagia: Siti Sakinah & Zul

preparation saat-saat akhir..adinda sakinah potong timun dgan cik yam..

maksu esah dan orang kampung bergotong royong siap kan keperluan dapur..barangkali

kat kl dah x ada situasi ini..maklumlah semuanya catering..senang

sanak sedara dari kedah pun datang

ruang makan depan rumah

ab tengah siapkan buang manggar


nih yang special kat klate..kalu ada kenduri mesti ada nie barang..!!! hehe..nak tahu kena tanya ore klate laa


tengah potong daging..

salihatun..abi dan marini (anak ciktah)


tanggal 17.08.08 sakinah di ijab kabulkan dengan Zul..2 kali lafaz..smoga berbahagia sentiasa


sarung cincin
...romantisnya..
jamuan..makan

gambar kenangan dengan keluarga datang dari kedah..


niyaz, hamdu, zul, sakinah dan salamiah

akhirnya aku berpisah dengan mu..

sekian lama kita bersama..dan tanggal 21.08.2008 kita berpisah..

mungkin untuk selama-lamanya..

walaupun, belumpun setahun kita bersama..seingat aku..Oct 2007 kau mula bersama ku...


kau hilang entah kemana..

apapun, pasrah aku..pemergian-mu aku redha..

mungkin dah cukup masa yang ditentukan tuhan untuk itu.
----
apa pengajarannya?

ku perolehi..every month..need to make a back-up every month..

every contact need to update.. at least not lose all info..

anyway, Nokia 6300 service is very good and tough...

I'm very lucky to own this Nokia 6300...

cuma sekarang ia dah tinggal memory

Friday, August 08, 2008

Puisi ingatan

Melangkah kaki terus menikmati nikmat tuhan di dunia ini.
Perlu disyukuri sebelum ia di ambil kembali.
kerana ia nya adalah pinjaman semata.

dikala ini,
usia kita terus melangkau..
makin dekat ke hujungnya..
makin dekat kita..
makin lepa..

lupa kita akan saat itu..
sibuk kita dengan pesona alam..
masih banyak lagi nikmat yang lum dinikmati..
lupa lagi..

nikmat disana..tak terperi..
tak terjangkau akal dan minda..

dosa terus dibuat..
katanya "tak ape..dosa kecil jee"..
kejahatan dilihat umpama kuman..
kebaikan yang dibuat umpama gajah..
cukup untuk hari kemudian KONON..

Alhamdulillah..

puji hamba kepada tuhan..
ciptaan mu amat sempurna..
awan mu tiada tali..
matahari mu tiada padam..
air mu tak pernah kemarau.'
o2 (udara) terus segar walau udah berjuta tahun.

melihat diri yang kerdil!

alhamdulillah..

kaki ada..tangan ada..
mata tuk melihat/merenung/mena'kul..
tapi selalunya manusia itu angkuh..
tak pernah nak bersyukur
dan sedar akan dirinya sendiri..

pikirnya..aku berkuasa..
pikirnya..semua boleh aku buat..
tiada siapa akan menghalang..
tiada siapa yang boleh menghukum..

teman/diri ini..

dah lamaa daaah...

dah lamaa daaah...kita hidup..

x berapa lama nak pulang balik..
bila dah pulang baru kita sedari..

"ya allah boleh beri aku extension..hambamu ini ingin buat kebaikan..
ingin aku bersedekah..ingin aku ganti balik solat dan apa yang aku tinggalkan"

duhai teman/diri,

dikala itu..tiada guna kesalan..
tiada guna lagi...

oleh itu... gunalah kesempatan yang ada..
buatlah kebajikan dikala ini.
jangan kata lagi..umur aku masih panjang..
tahukah kita!!

jangan laei jang!!!

nice pictures










10 KAEDAH MEMBIMBING





1. MEMBERI contoh teladan yang baik (mauizzah hassanah).
2. MENGIKAT HATI sebelum menjelaskan.
3. MENGENAL sebelum memberikan.
4. BERTAHAP/ BERPERINGKAT dalam pembebanan.
5. MEMUDAHKAN bukan menyulitkan.
6. MENGUTAMAKAN POKOK (UTAMA) sebelum cabang.
7. MEMBESARKAN HATI sebelum memberi ancaman.
8. MEMAHAMKAN bukan menghukum.
9. MENDIDIK bukan memalukan.
10. MURID KEPADA GURU bukan murid kepada buku.


Wallahua’lam…

Petikan daripada:
Fiqh Dakwah, Jum’ah Amin Abdul Aziz, Intermedia

Wednesday, August 06, 2008

Perancangan Kewangan #04: Perempuan dgn Kuasa Membeli

$ebut pasal tanda $,RM and cent…everybody got interesting yaa…it more for women…. It is obvious… kajian selalunya menyatakan banyak bahawa ibu-ibu mempunyai kuasa membeli yang besar berbanding bapa-bapa dan orang lelaki…

Mana tak nya, yang pergi shopping beli barangan anak..pun mak..yang pi beli barangan dapur pun..perempuan,…yang pi beli pakaian untuk suami pun isteri…

Kalu harap orang laki pi beli barangan dapur, pakaian anak dan etc pasti ada yang tak cukup..tertinggal.. malangnya mengharapkan orang laki… tuu laa kelebihan kurnia tuhan kepada orang pempuan…

Key dia..jangan boros..ikut kemampuan bukan kehendak

Friday, August 01, 2008

PENYAKIT CHIKUNGUNYA

FAKTA-FAKTA MENGENAI PENYAKIT CHIKUNGUNYA

1. Apa itu Penyakit Chikungunya?

Chikungunya adalah sejenis penyakit bawaan nyamuk. Chikungunya pertama kali dikesan melalui ujian darah di Tanzania pada tahun 1953. Semenjak itu ia berlaku di negara-negara Afrika, Asia dan akhir-akhir ini ia berlaku di beberapa buah tempat di Negara Eropah. Ia endemik (selalu berlaku) di kebanyakan negara Sub Sahara Afrika, India, Asia Tenggara, Indonesia dan Filipina. Ia bukanlah satu penyakit misteri yang tidak diketahui puncanya.

2. Bagaimana penyakit ini boleh berlaku?

Chikungunya adalah demam yang disebabkan oleh virus daripada genus Alphavirus di dalam keluarga Togaviridae.

3. Adakah ia berjangkit?

Ya. Virus Chikungunya berjangkit melalui gigitan nyamuk Aedes albopictus atau Aedes aegypti yang membawa virus tersebut. Nyamuk Aedes juga menyebarkan virus penyakit demam denggi.

4. Apakah masa pengeraman bagi Chikungunya?

Masa pengeraman bagi Chikungunya boleh menjangkau dari 3 hingga 12 hari tetapi pada kebiasaannya di antara dari 3 hingga 7 hari.

5. Apakah tanda-tanda dan gejala penyakit ini?

· Demam panas mengejut
· Sakit teruk pada sendi
· Ruam pada badan
· Sakit kepala Seorang pesakit boleh demam dari dari 1 hingga 7 hari (kebiasaannya 5 hari).

Penyakit Chikungunya boleh disalah anggap sebagai demam denggi kerana tanda-tanda penyakit yang menyerupai demam denggi.

6. Adakah penyakit ini boleh membawa maut?

Di Malaysia, Chikungunya tidak pernah dilaporkan boleh menyebabkan pendarahan atau kematian. Tetapi, sesetengah pesakit mengalami gejala yang berpanjangan. Pesakit yang berumur boleh mengalami kesakitan berulang pada sendi sehingga beberapa bulan atau tahun.

7. Apakah rawatan bagi penyakit ini?

Seperti penyakit-penyakit yang disebabkan oleh virus, ia tiada rawatan yang khusus. Selalunya rawatan diberi berdasarkan gejala klinikal yang dialami oleh seseorang pesakit. Kebanyakan kes yang terjadi hanya memerlukan rawatan pesakit luar sahaja. Tiada vaksin bagi penyakit ini.

8. Apakah yang perlu dilakukan jika dijangkiti penyakit?

Jika mengalami tanda-tanda dan gejala penyakit Chikungunya, orang ramai adalah dinasihatkan segera mendapatkan rawatan di klinik atau hospital terdekat.

9. Cara pencegahan penyakit Chikungunya

· Bersihkan kawasan rumah dan persekitaran supaya bebas daripada tempat-tempat pembiakan nyamuk Aedes. Ini boleh dilakukan melalui aktiviti gotong royong. Adalah terbukti tiada kes baru yang dilaporkan di kawasan-kawasan yang melakukan gotong- royong.
· Periksa rumah dan persekitaran sekurang-kurangnya seminggu sekali untuk memastikan tiada pembiakan nyamuk Aedes.
· Dapatkan rawatan dengan segera di klinik atau hospital berdekatan sekiranya mengalami tanda dan gejala penyakit.

10. Bolehkah kawasan saya dijangkiti penyakit Chikungunya?

Boleh, kerana penyakit ini dibawa oleh nyamuk Aedes albopictus dan Aedes aegypti yang terdapat di negara kita.

11. Situasi semasa penyakit Chikungunya di seluruh negara

Sila rujuk kenyataan akhbar.

12.Tindakan Kementerian Kesihatan

Langkah – langkah kawalan yang telah diambil:
· Pengesanan kes secara aktif
· Melakukan kajian Aedes
· Semburan kabus dan ULV
· Aktiviti gotong-royong bersama masyarakat setempat
· Aktiviti promosi kesihatan Kejadian penyakit ini adalah terkawal dan terhad kepada kawasan-kawasan tertentu sahaja.

Untuk maklumat lanjut sila hubungi:

Bilik GerakanBahagian Kawalan Penyakit Kementerian Kesihatan MalaysiaAras 3, Blok E10, Parcel E,Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan62590 PutrajayaNo.

Anda Lahir Pada Bulan OGOS

Rahsia kelahiran bulan ini (Ogos)..buleh check kot..betui ka?

  1. suka berlawak
  2. mudah tertawan kepadanya
  3. sopan santun dan caring terhadap orang lain
  4. berani dan tidak tahu takut
  5. orangnya agak tegas dan bersikap kepimpinan
  6. pandai pujuk orang lain
  7. terlalu pemurah dan bersikap ego
  8. nilai harga diri yang sangat tinggi
  9. dahagakan pujian
  10. semangat juang yang luar biasa
  11. cepat marah dan mudah mengamuk
  12. mudah marah apabila cakapnya dilawan
  13. sangat cemburu
  14. daya pemerhatian yang tajam dan teliti
  15. cepat berfikir
  16. fikiran yang berdikari
  17. suka memimpin dan dipimpin
  18. sifat suka berangan
  19. berbakat dalam seni lukis, hiburan dan silat
  20. sangat sensitif tapi tidak mudah merajuk
  21. cepat ditimpa penyakit
  22. belajar untuk relax
  23. sangat kelam kabut
  24. suka mencari kawan

anyway..Selamat Hari Lahir