PUTRAJAYA 29 Julai – Kerajaan tidak akan melayan tuntutan menaikkan tambang bas ekspres dan berhenti-henti sehingga 100 peratus tetapi sedia menimbangkan kadar kenaikan yang tidak membebankan para pengguna.
Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Noh Omar berkata, pihaknya akan berunding dengan para pengusaha bas bagi menentukan kadar kenaikan yang sewajarnya menjelang Hari Raya Aidilfitri, bermula pertengahan September ini.
‘‘Kalau naik sampai 100 peratus, sudah pasti kita tidak akan luluskan. Namun berdasarkan kajian kementerian, kenaikan tambang bas adalah suatu perkara yang tidak dapat dielakkan dan ini sungguh berat bagi kita,” katanya kepada pemberita selepas majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2007 kementerian tersebut di sini, hari ini.
Beliau mengulas memorandum Persatuan Bas Seluruh Malaysia (PMBOA) mengenai kenaikan harga tambang yang dibincangkan dalam mesyuarat Jawatankuasa Menangani Inflasi di sini, semalam.
Kali terakhir tambang bas dinaikkan ialah pada 2005 tetapi kadar tersebut berjaya dikekalkan sehingga hari ini meskipun berlaku beberapa kali kenaikan harga minyak dengan yang tertinggi berkuat kuasa 5 Jun lalu.
Menurut Noh, kerajaan bagaimanapun akan mendahulukan kepentingan rakyat dalam sebarang keputusan mengenai tambang.
‘‘Salah satu sebab kita akan melihat secara serius permohonan pengusaha bas ialah kos pengurusan yang tinggi menyebabkan mereka tidak berani menjual tiket bagi musim perayaan kerana bimbang tidak mampu menyediakan bas mencukupi,” katanya.
Mengenai syor pengusaha bas sekolah dibenarkan mengambil penumpang awam selepas menghantar murid-murid ke sekolah atau ketika musim cuti sekolah, Noh berkata, cadangan itu akan dikaji.
“Ini melibatkan kawasan luar bandar dan kawasan tidak strategik yang kalau syarikat bas hendak beroperasi memang tidak akan menguntungkan,” katanya.
Beliau menambah, pihaknya sebenarnya telah membenarkan mereka yang ingin menjalankan operasi bas mini desa termasuk van di kawasan kampung atau taman perumahan...
----------------
Apa cerita pulak nie?
Bila masa kenaikan x membebankan rakyat?
any way, tahniah kepada kerajaan concern kepada pengusaha-pengusaha bas..kesian depa noh!
kepada pengguna-2, esp yang nak balik kampung dan yang guna perkhidmatan bas henti2.. sediakan duit lebih...kerajaan LEBIH kesian kat pengusaha..nok buat lagu mana...
Dan yang x ada duit..mungkin kena naik basikal lah.. x pun tumpang member-2..
entahlah..x ada idea..asyik naik..beras dah, elektrik dah, petrol dah,..... banyak lgi yang belum kot.. ataupun x di register naik...
ada komen ka?
Untuk mengulas isu ni, kena faham konsep Demand & Supply.
ReplyDeleteKerajaan sekarang berada di pihak pengguna iaitu tidak membenarkan tambang naik, kecuali 30% surcaj untuk hari raya nanti.
Masalahnya, apabila tambang tidak dinaikkan, pengusaha - pengusaha bas sekarang bersikap protes dengan tidak menyediakan bas tambahan.
Maknanya, kalau tambang tak naik, bas tak ada, pengguna marah.
Kalau tambang naik, pengguna lagi marah. Habis kena kutuk BN.
Apa yang kita kena buat ialah, tambang naik, kita ajar pengusaha bas dengan boikot untuk naik.
Dengan itu, pengguna bas terpaksa menurunkan harga, kalau tidak rugilah mereka.
Soalnya, mampukah kita?