Thursday, July 31, 2008

Pandangan..kenaikan harga public transport

... cuma sekadar pandangan..
  • kerajaan pernah kata duit subsidi minyak (petrol & diesel) akan digunakan untuk memperelok sistem pengangkutan awam negara..berbilion jugak jumlah nya..(x ada fact currently). bagi membantu rakyat marhain.. TQ
  • itu sebab..(antara sebab) harga minyak naik kepada RM 2.70 petrol.
  • pastu..kononnya juga kerajaan nak menggalakkan rakyat jelata menggunakan sistem pengangkutan awam berbanding menggunakan pengangkutan sendiri..lebih jimat (dulu!).
  • dan jugak nak mengurangkan kadar kemalangan..
  • TAPI...Sekarang:
  • tiba-2, harga tambang pengangkutan awam pulak nak dinaikkan..mungkin as high as 100% atau 30-40%... apa maknanya nie..
  • dah laa.. public transport x effiecient...harga pulak naik...
  • Jika betul naik...banyak laa soalan nya
  • gi kemana duit yang subsidi tuu?
  • betul ka nak galakkan rakyat naik public transport? atau ?

ambo kesian kat rakyat marhain... nak ambik budget tang mana lagi?

dah squeze..sini sana..untuk terus hidup..

yang gaji 2500 pun mungkin dalam ketegori miskin...anak nak sekolah..naik bas..nak antar x leh sebab kija...

entah laa..pakcik pun dah fening laa

Wednesday, July 30, 2008

Utusan : Tambang bas mungkin naik

Oleh HELMI MOHD FOAD

PUTRAJAYA 29 Julai Kerajaan tidak akan melayan tuntutan menaikkan tambang bas ekspres dan berhenti-henti sehingga 100 peratus tetapi sedia menimbangkan kadar kenaikan yang tidak membebankan para pengguna.
Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Noh Omar berkata, pihaknya akan berunding dengan para pengusaha bas bagi menentukan kadar kenaikan yang sewajarnya menjelang Hari Raya Aidilfitri, bermula pertengahan September ini.
‘‘Kalau naik sampai 100 peratus, sudah pasti kita tidak akan luluskan. Namun berdasarkan kajian kementerian, kenaikan tambang bas adalah suatu perkara yang tidak dapat dielakkan dan ini sungguh berat bagi kita,” katanya kepada pemberita selepas majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2007 kementerian tersebut di sini, hari ini.
Beliau mengulas memorandum Persatuan Bas Seluruh Malaysia (PMBOA) mengenai kenaikan harga tambang yang dibincangkan dalam mesyuarat Jawatankuasa Menangani Inflasi di sini, semalam.
Kali terakhir tambang bas dinaikkan ialah pada 2005 tetapi kadar tersebut berjaya dikekalkan sehingga hari ini meskipun berlaku beberapa kali kenaikan harga minyak dengan yang tertinggi berkuat kuasa 5 Jun lalu.
Menurut Noh, kerajaan bagaimanapun akan mendahulukan kepentingan rakyat dalam sebarang keputusan mengenai tambang.
‘‘Salah satu sebab kita akan melihat secara serius permohonan pengusaha bas ialah kos pengurusan yang tinggi menyebabkan mereka tidak berani menjual tiket bagi musim perayaan kerana bimbang tidak mampu menyediakan bas mencukupi,” katanya.
Mengenai syor pengusaha bas sekolah dibenarkan mengambil penumpang awam selepas menghantar murid-murid ke sekolah atau ketika musim cuti sekolah, Noh berkata, cadangan itu akan dikaji.
“Ini melibatkan kawasan luar bandar dan kawasan tidak strategik yang kalau syarikat bas hendak beroperasi memang tidak akan menguntungkan,” katanya.
Beliau menambah, pihaknya sebenarnya telah membenarkan mereka yang ingin menjalankan operasi bas mini desa termasuk van di kawasan kampung atau taman perumahan...
----------------
Apa cerita pulak nie?
Bila masa kenaikan x membebankan rakyat?
any way, tahniah kepada kerajaan concern kepada pengusaha-pengusaha bas..kesian depa noh!
kepada pengguna-2, esp yang nak balik kampung dan yang guna perkhidmatan bas henti2.. sediakan duit lebih...kerajaan LEBIH kesian kat pengusaha..nok buat lagu mana...
Dan yang x ada duit..mungkin kena naik basikal lah.. x pun tumpang member-2..
entahlah..x ada idea..asyik naik..beras dah, elektrik dah, petrol dah,..... banyak lgi yang belum kot.. ataupun x di register naik...
ada komen ka?

Sunday, July 27, 2008

Pendidikan Anak2..#1

Dalam saya termenung dan termanggu mencari bahan untuk mencoret dan sharing di alam mayaini..terbaca buku yang pada saya ianya amat perlu atas setiap keluarga muslim.. "Pendidikan Anak-2 Dalam Islam" karangang Abullah Nasih Ulwan...

Betapa ulama' ini menekankan akan kepentingan dari memilih pasangan sehingga mendidik anak yang lahir..sehingga dewasa.. kita sendiri sebagai orang dewasa pun terkadang hilang punca untuk mendidik diri... Lantas bagaimana untuk kita membina keluarga berlandaskan ISLAM.. Jangan kita mengharap orang lain untuk MEMBELA ISLAM..sebaliknya kita sendiri lah yang patut membelanya...

Entah bahagian mana yang nak ku petik...x tahu..

sekali lalu!!

jilid kedua..dari fasal 7...Tanggungjawab pendidikan Seks..

kepada cara-2 pendidikan berkesan kepada anak sehinggalah

bahagian ketiga (fasal 4) Cadangan-2 Pendidkan Mustahak antaranya:


  1. Menggalakkan anak mencari kerja yang baik

  2. Menjaga bakat-2 anak yang fitrah

  3. Membenarkan anak2 bermain dan bersuka ria

  4. Mangadakan bantuan kpd masjid dan sekolah

  5. mengukuhkan hub antara guru dan anak

  6. Menjalankan dasar pendidikan pada siang dan malam

  7. menyediakan cara2 pengajaran yang berguna untuk anak

  8. menggalakkan anak supaya bermutalaah selalu

  9. MENGINGATKAN ANAK TENTANG TANGGUNGJAWAB TERHADAP ISLAM

  10. Menanamkan semangat BerJIHAD di dalam jiwa anak

Banyak yang menarik!!

jugak disentuh antara sifat-2 asas bagi seorang pendidik (murabittun)


  • Ikhlas

  • Taqwa

  • Berilmu

  • Pemaaf

  • Tanggungjawab terhadap ISLAM


banyak sungguh... mungkin kepada yang bujang-2 perlu align balik hidup anda...jangan terumbang-ambing mengikut arus "kemodenan" ini...hingga kita lupa tentang pendidikan @ tarbiyyah kepada diri kita dan orang dibawah tanggungjawab kita...Kita idup bukan untuk dunia!

Jangan lepa dengan material!! jika banyak perlu kita manafaatkan pada jalan yang betul.. jika sikit..perlu kita syukuri... betapa banyak lg orang yang menderita kekurangan...

maghi kita sama-2 hidupkan budaya tegur dan berlapang dada bila kena teguran... ingat.. sedara kita (se-islam) tidak hidup seperti kita (Malaysia) senang lenang dan banyak hiburan..Geng Star lah!!.. AF lah.. Musik2 lah apa bala lagi.. semua untuk buat kita lepa!!!

Sambung lagi yek.. jika sayang ISLAM dan Diri..pi cari lah buku nih.. :)

Friday, July 25, 2008

Selamat Hari Lahir #2

Hari ini genap hari ke 731 hari untuk anakanda permata hariku


Selamat Hari Lahir untuk anakanda Nur Salihatunnisa' ke 2.



Wednesday, July 23, 2008

Tetamu dari Israel!

menariknya, selepas posting issue on "Kekalahan Israel kepada Hizbullah sebab Merkava".. only a few hour later blog ini mendapat tetamu dari ISRAEL... actually this is second visitor from ISRAEL... cepat dan sensitip betul diorang berkenaan dengan topic-2 seperti Hizbullah ke... Merkava Tank ke..

Sebenarnya, nak posting sekali sebahagian daripada documentary Al-Jazera kat blog nie..tp mungkin filenya terlalu besar dan makan masa terlalu lama untuk di uploadkan..so, is better tengok je kat You Tube.. type jee.. Merkava Tank!! you will find something.
Best jugak ada FEEDJIT.. boleh detect tetamu kita datang dari mana!!
ada list and even map...
Abu Dhabi dah 2 kali..i believe Hj Azhari ex PCSB yang masuk....

Tuesday, July 22, 2008

Kalahnya Israel kepada Hizbullah kerana MERKAVA!!

alhamdulillah diberikan kesempatan oleh-Nya untuk menyaksikan documentary Al-Jazera berkenaan dengan peperangan antara Israel dan Hizbullah last week..

it is very nice documentary... feel free to look on that..


for israelis..MERKAVA tanks is the most sophisticated tanks ever built dan claimed the toughest ever... any how, human still main factor... that why? akhir zaman (now)..ISLAM will win...no doubt on that...

here some detail about MERKAVA!

Merkava Mk 3 Baz Main Battle Tank, Israel

The Merkava is the main battle tank in service with the Israeli armed forces. The first Merkava Mk 1 tanks were supplied to the Israeli Defence Forces (IDF) in 1979. Production of the Mk 1 continued up to 1983, when the IDF began to receive the Merkava Mk 2. The Mk 2 featured improved mobility, fire control system and armour, as well as the inclusion of an internal 60mm mortar. Production of Mk 2 continued until 1990 when it was superseded by the Mk 3.

The Merkava Mk 3 Baz entered service with the IDF at the beginning of 1990. The main features of the Merkava Mk 3 are a new suspension system, a 1,200hp engine and new transmission, a higher power main gun, and particularly new armour protection. Ballistic protection is provided by special armour modules, which are attached to the tank by bolts. These are easily replaced whenever better ballistic technology is introduced. About 1,200 Merkava Mk 2 and Mk 3 tanks are in service with the IDF.

The first battalion of Merkava Mk 4 tanks entered service with the Israel Defence Forces in 2004. Improvements include; new 120mm gun, new modular ballistic armour and new fire control system developed by El-Op.

ARMAMENT

The main gun is a 120mm smoothbore gun developed by Israeli Military Industries. The gun has a Vidco Industries thermal sleeve, which increases accuracy by preventing distortion through the effects of weather, heat and shock. The tank carries an ammunition store of 50 rounds of 120mm ammunition. The tank is also equipped with three 7.62mm machine guns, two roof mounted and one co-axial with the main gun. The tank carries a store of 10,000 rounds of 7.62mm ammunition.

The 60mm mortar system, which is a large calibre gun with a low muzzle velocity, is capable of firing high explosive rounds and illumination bombs. The crew can load, aim and fire the mortar system from within the turret. The mortar system is developed by Soltam Limited of Haifa.

TURRET

Hydraulic systems can be susceptible to impact damage and cause a fire hazard so the electro-hydraulic turret control system installed on the Mk 1 and 2 has been replaced by a totally electrical and electronic system in the Merkava Mk 3 for increased survivability and safety. Either the gunner or the commander operates the turret control system.

The crew is protected against nuclear, chemical and biological warfare by a high positive pressure system with air conditioning and filtration.

PROTECTION

The tank's is fitted with the Amcoram LWS-2 laser warning system, with threat warning display installed at the commander's station.

The turret and the hull are fitted with a modular armour system which can be changed in the field. The forward section of the turret is fitted with additional blocks of armour which provide extra protection against the latest generation of top attack anti-tank missiles.
A skirt of chains with ball weights is installed on the lower half of the turret bustle. Incoming HEAT projectiles detonate on impact with the chains instead of penetrating the turret ring. Sprung armour side skirts protect the wheels and tracks.
The welding and machining technology for the large armour body sections of the Merkava was developed by the Israeli Army Tank Depot, and the casting of ballistic steel materials was developed by Urdan Industries Ltd at Natanya.

FIRE CONTROL AND OBSERVATION

The Knight Mk III advanced fire control system, from Electro Optics Industries (EL-OP) and Elbit Ltd, integrates with the turret control and gun control units and provides the tank with the ability to engage moving targets while on the move.
The gunner's station is equipped with a thermal sight and day television channel, which are stabilised in two axes. A laser rangefinder and target tracker are integrated into the gunner's sight. The Elbit automatic target tracker is able to automatically aim at the target using the image data presented on the day or night sights.

The commander's station is fitted with a sight which can be optically relayed to the gunner's sight. The Merkava 3 is being fitted with a new day/night stabilised panoramic sight, giving hunter/killer capacity.

PROPULSION

The Merkava Mk 3 is equipped with an AVDS-1790-9AR diesel supplied by Teledyne Continental Motors. The air-cooled diesel provides 1,200hp, compared to the 900hp engine installed in the Mk 1 and Mk 2. The tank's transmission system was developed by the Ashot Ashkelon Industries Limited subsidiary of Israel Military Industries. The Merkava Mark-3 carries 1,400 litres of fuel.

...... intersting ha...

Monday, July 21, 2008

Kerja...

mmm... apa ya nak tulih nih!!

lama dok diberi kesempatan oleh-Nya untuk nulih...sibuk (konon) dengan urusan dunia..
sibuk dengan nilaa projek buat platform baru...kat Perairan Sabah baa..

sekarang baru tengah detail design.. untuk 2 bijik platform satu mother platform which is CPP... central processing platform named KNPG-B..(Kinabalu-Bravo) and satu setalit platform KNJT-C (Kinabalu-Carlie)....dan plus baki keja-2 Sumandak platform (pun dua bijik..SUPG-B dan SUJT-C)...mungkin jika ada kesempatan boleh share gambaq lepas nie..

ooo ya..kepada yang nak komen..ka..nak cadang eqpt baru may be boleh komen kat bawah kot..

Seronok juga dapat diberi peluang untuk menjayakan projek nih...

berkhidmat untuk negara...

"Ya Allah, jadikan amal kerja buatku ini..dikira sebagai amal soleh ku sementara idup di dunia fana ini...amin ya rabbal alamin"
Tu jee laa..next time pulak...

Monday, July 14, 2008

makan-2 training stud..for Kinabalu NAG Dev Proj.

adik-adik...firza, sharina, haidar, nuqman, saqilah, mazreen
afiz..dan nizam menikmati makanan
barisan ingineur-2 kinabalu...nag
shahril..din dan daus
sekali lagi..nuqman, din ganu..dan daus johoq
majoriti of prac stud...habis last week...(11 July) kecuali saqilah...

Perkahwinan Nursaaidatul & Fairuz

Besaq nya adiah din (kena delete..tuan dia x suka aa)
fairuz & sai..selamat berbahagia
hazim & hj karimi...sembang apo tu jang?
hj karimi, hj halim, shahril..
din..bila lagi..?

Saturday, July 12, 2008

puisi...cinta?

Hidup ini terlalu indah..
Tercipta ia malam dan siang,
Bulan dan Matahari,
Hitam dan Putih...
terlalu cantik...

Awan tergantung tanpa tali,
Matahari terus bersinar tanpa jemu..
Bumi terus berputar atas orbit..
semua nya patuh akan kehendak-Nya..

Namum...kenapa kita..
kita manusia..angkuh, sombong..bebal..
diberi nasihat dipandang sepi
diberi manual..katanya ketinggalan zaman..

Dunia yang luas terasa sempit..
Langkah kaki terhenti-henti..
Bingung kemana arah tujuan..
Ke syurga atau neraka..

Indah nya dunia sementara ini..
Lupa diri akan ada yang abadi..
Kekal..takkan mati lagi!!
Sibuk kita kumpul harta..
Entah apa kepuasan diri..
Ada saja yang x cukup..

Tanah tinggalku..haru biru...
ada peminpin x tahu memimpin..
rujukan mana jadi rujukan..
fitnah menjadi biasa...
yang berkuasa tiada pernah salah..
belum ada menteri masuk lokap..
hanya manusia biasa terpenjara dunia..

Hiburan melata alam..
kita hilang tumpuan..
jika dulu..
malam hari kanak-2 membaca kitab..
namun..kini,,
sibuk menyanyi-nyanyi...

Tiada lagi guru ngaji..
yang ada hanya guru musik..
katanya kita makin maju..

entah lah dunia..
dikau indah..indah yang sementara..
dikau cantik..cantik yang menipu..

suatu waktu..akan kutinggalkanmu..
ada orang lain terus diuji dari mu..

?

?

?

"jalan kena kedepan"

dan carilah panduan..
moga-moga kita selamat

Thursday, July 10, 2008

Perancangan Kewangan #03: Checklist dan Shopping



Membeli memang seronok…x kira laki atau perempuan..Yang laki jika ada moto/keta..nak pasang sport rim, nak guna cat yang color-2, nak exzos yang bergaung, nak speaker yang meletup-2, dan pelbagai ragam lagi…

Manakala yang pempuan, nak beli emas berkilo, nak beli pakaian baru (kadang-kadang baru jee beli last week), nak handbag yang branded..up to date yaa…

Kekadang, kita banyak berbicara atau membeli sesuatu yang jauh dari keperluan dan kemestian..lebih kepada bermewah-mewahan….for sometimes and somepeople might be WRONG… any way, most of us is like that…

Perlu untuk kita duduk, merenung dan berpikir dengan waras….apa yang patut aku miliki…

Dan perlu diingat ia boleh di kategori kepada tiga :
-Keperluan
-Kemahuan
-Kemewahan

Selalunya kita berbelanja perkara yang jauh dari keperluan kita..lebih parah jika pi shopping x ada checklist...nampak itu nampak ini...ambik..masuk je dalam, akhirnya bayar lebih..habih tu bila nak berjimat..dah laa minyak dah naik, beras dah naik, tambang bas sekolah dah nak naik, sewa rumah pun dah naik...pendeknya semua naik, yang turun duit simpanan..jika ada daaa...

Akhirnya, menjadi satu kemestian untuk kita buat checklist dan berdisiplin berbelanja..belanja apa yang perlu saja.... x payah kan..

Pastu, jika ada duit lebih kita simpan dan sedekah.... Simpan untuk kegunaan time-time yang mendesak...sedeqah untuk kegunaan di alam baqa’ nanti... daaa... itu yang hidup dengan masa yang lebih panjang...

Buatlaa checklist..... Buatlaa checklist..... Buatlaa checklist..... Buatlaa checklist.....
Buatlaa checklist..... Buatlaa checklist..... Buatlaa checklist.....

Then baru gi shopping atau kedai....

Wednesday, July 09, 2008

Lagu mana kita buleh sabaq kalu macam nie …

Ajaib jugakkan?

Apa yang peliknya memang macam tut....

Awatnya...kami x paham apa yang hang cakap nie...

Nie laa kawe nok ghoyat (bagitahu) cito ore (orang) buleh sabar bila kena ujian...

Cerita lagi..ok ko? Cerita nya….

Seorang lelaki yang bergelar pekerja, suami dan bapa...seperti biasa pergi bekerja mencari rezeki untuk menyara kehidupan yang memeritkan ditengah kota ini...yaa laa inflasi negara makin hari hari makin naik…apa maknanya? Maknanya harga barang-barang makin meningkat naik dari hari ke hari.. jika dulu RM 10 mungkin tahan 2 hari..tapi sekarang sekali gi lunch dah 7-8 ringgit…lebih parah lagi..gaji x naik-naik… soo..rakyat jelata makin tertekan dalam suasana ini.. itu lah ujian…

Berbalik cite tadi, di pejabat (site) kerja lelaki ini adalah sebagai seorang welder (kimpalan)..kerjamya di tengah panas terik matahari…begitulah kerjanya seharian… suatu hari….nak dijadikan story dia kena marah teruk kat boss dia sebab kimpalan dia ada banyak defect…soo..repair rate naik laa..nak kena re do lagi welding…dengan hati yang hiba dan geram dia meneruskan kerjanya membaiki kimpalan nya…

Setelah seharian bekerja..berpeluh jantan ditengah panas…masa untuk pulang…harapnya semuanya ok….dah nama ujian…motosikal dia pulak buat hal…pancit… “aduh…moto pulak buat hal!!! Tension aku…kan ada jugak yang aku bakar moto nie kan!!” bentak diri.. nak kena tolak moto nie…ke kedai yang jarak lebih kurang 1.5 kilo dari site office…ditengah panas (petang) bang...

Dah repair, moto meneruskan perjalanan dengan menyelit-yelit ditengah jem jalan...dengan asap CO (karbon monoksida) memenuhi helmetnya..sesak nafas nya...tapi nak buat macam mana hanya mampu naik moto...kalu naik keta lambat sampai dan minyak mahal..gaji ciput...dia terus rem motonya dalam kelam asap CO.

Sesampainya kat ghumah...dengan hati yang panas membara..mana taknya..dah laa kena marah kat boss dah tu pulak moto buat hal... bukak jee helmet...TETIBA....“pang” hinggap kasut lama ke muka nya…

APA LAGI yang hati tengah PANAS..terus matanya mengerling kearah datangnya kasut itu...........seperti sebuat teko air panas yang disiram air batu..hati yang panas terus sejuk nan salju..bila melihat kasut itu datang dari si anak kecil..anak kesayangannya...terus hilang amarah hati terubat dek keletah anak itu...begitulah cite nya..

Moral of the story

Manusia boleh hilang pertimbangan bila dalam keadaan TERTEKAN dan MARAH...Syaitan akan terus buat kerja nyaaa... bagi manusia, perasaan marah itu akan hilang bila mengetahui yang membuatkan kemarahan itu adalah dari insan kesayangan (samada awetnya, isterinya atau anak kesayangannya). KENAPA x percaya?

Contoh cite kat atas..atau masa bercinta bila pasangan kekasih lambat 2 jam pun x marahkan?

Akhirnya, setiap manusia perlu sabar bila menghadapi kemarahan atas setiap ujian yang diterimanya kerana setiap ujian itu datang dari ALLAH..kenapa kita nak marah..kan kita tahu yang hantar ujian itu adalah kekasih abadi kita...

"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka
dibiarkan saja mengatakan;"Kami telah beriman,"
sedangkan mereka tidak diuji? (2)
Dan sesungguhnya kami telah menguji
orang-orang yang sebelum mereka,
maka sesungguhnyaAllah mengetahui
orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia

mengetahui orang-orang yang dusta. (3)"

Surah Al-Ankabut : 2-3

Tuesday, July 08, 2008

Sebarkan Salam



“ Assalamualaikum, apa khabar?”

“ Waalaikumussalam warahmatullahh, ...Alhamdulillah sihat, wa anta?


Suatu perkara yang sering kita abaikan dan kita pandang ringan terhadapnya ..iatu ucapan salam untuk saudara seagama kita. Kita hanya memberi salam kepada rakan-rakan yang kita kenali. Sedangkan para sahabat r.a berlumba-lumba untuk mendahului dalam memberi salam kepada saudaranya walaupun bukanlah seseorang yang dikenali. Dan menunjukan kepada kita semua betapa pentingnya dalam menyampaikan salam. Paling kurang ia dapat membina NETWORK sesama Islam..dan menjadikan kita jenis manusia yang senang ditegur mahupun menegur..

SUATU hari Rasulullah s.a.w berwasiat kepada Abdullah bin Salam dengan sabdanya yang bermaksud: “ Hendaklah kamu memberi salam kepada saudara Islam yang kamu kenali atau yang tidak kamu kenali, selain itu hendaklah kamu mengadakan jamuan dan juga menjalinkan hubungan silaturrahim. Pada waktu malam ketika orang sedang tidur lena hendaklah kamu bangun mendirikan solat malam. Dengan demikian, orang itu akan masuk syurga dengan selamat.”

Sampaikan lah salam...mungkin ini menyingkap lagu kumpulan Allycat..

Anyhow...sebarkan salam dan murahkan senyuman.....

Senyumlah,senyumlah wahai.....


satu dua perkara yang kecil ...tapi...

besaq maknanye

Tuesday, July 01, 2008

Coretan....

Namanya hidup di dunia yang fana…dan nama lagi dunia ini tempat ujian untuk tuhan menguji hambanya yang mana sabar dan beriman dan yang mana kufur…

"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan;
"Kami telah beriman," sedangkan mereka tidak diuji? (2) Dan sesungguhnya
kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya
Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia
mengetahui orang-orang yang dusta. (3)"

Surah Al-Ankabut : 2-3

Terasa berat langkah kaki di kala terkena ujian…setiap orang pasti punyai ujian yang tersendiri… kepada yang pada dirinya rasa tidak pernah terkena ujian…mungkin sesuatu muhasabah perlu dilakukan…dan jangan lupa kesenangan juga adalah satu ujian…. Dalilnya..lihat saja ujian yang tuhan berikan kepada Sulaiman A.S..di kurniakan satu kerajaan yang tidak akan dan pernah diberikan kepada hambanya yang lain… betapa x nya…siap boleh berkata-kata dengan binatang..malah angin…..argh.. mungkin bagi yang x beriman x nak percaya….
“Adakah patut kamu menyangka bahawa kamu akan masuk syurga,
padahal belum sampai kepada kamu (ujian dan cubaan) seperti yang telah berlaku kepada orang-orang yang terdahulu daripada kamu? Mereka telah ditimpa kepapaan (kemusnahan hartabenda) dan serangan penyakit, serta digoncangkan (oleh ancaman bahaya musuh), sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman yang ada bersamanya: Bilakah (datangnya) pertolongan Allah.....”

Surah Al-Baqarah : 214

Yang terkena ujian…dan beriman..x ada perkara yang lebih utama melainkan SABAR…
Hurufnya hanya lima dan ringkas…tapi hakikatnya…berat untuk dipikul…

Sebenar dan hakikat..ujian yang terkena itu..perlu disyukuri..kerana pasti ada orang lain yang lebih teruk dan parah dari kita... simplenya kan??? Buktinya...contoh yang mudah...
Bagi seorang yang punyai kereta buruk yang hampir runtuh...jika dia melihat kepada orang yang punyai kereta baru dan sopistikated memanglah rasa gundah gulana...tapi bila direnung kebawah..kepada orang yang punyai moto, basikal...sekurangnya dapat dia berteduh dikala hujan turun...x laa basah kan??...malangnya sekarang minyak pulak naik!!!.

Dah...bila terkena ujian...sampai kekadang x tahu nak refer kepada sesiapa...buntu dibuatnya....... disimpan mungkin lama-lama boleh jadi gila.....

".....boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan
boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah
mengetahui sedang kamu tidak mengetahui."

Surah Al-Baqarah : 216

Bingung...dibuatnya.... kekadang kita gagal..menyelami hikmah yang tersembunyi disebalik ujian yang terkena atas diri....sehingga kita kerap menyalah kan diri sendiri..jadilah kita seorang yang negatif.....sehingga..timbul pula pelbagai kesan sampingan termasuk terkena penyakit jantung dll..tak pasal-pasal kena makan ubat pastu kena pulak “side effect”....mmm...macam mana pulak nak buang side effect!!!.... senang jee..potong tepi....kih kih kih...(gelak antara ubat hati selain zikir..)

"Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati,
padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya, jika kamu
orang-orang yang beriman."

Surah Al-Imran : 139

Akhirnya...kita terkial-kial...tak tahu nak berhadapan dengan semua ujian yang terletak di bahu ini...... bingung aku bingung..... sebenarnya bila sedar akan kenapa ujian ini terkena atas diri...biarpun x sanggup menghadapinya...kita x sepatutnya terus ingkar kepada-Nya.. perlu kita merapatkan diri dengan penuh keinsafan.. betapa kerdil dan dhaif nya diri ini..ujian yang kecil sebegini pun x dapat nak berhadapan...

"Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala
kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan
kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan
perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di
daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya,
kamu berjaya (mencapai kemenangan)."

Surah Al-Imran : 200

"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan
mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat
kecuali kepada orang-orang yang khusyuk"

Surah Al-Baqarah : 45

Tidak ada nasihat yang lebih utama untuk diriku sendiri melainkan sepotong ayat dibawah.........

"Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain dari-Nya. Hanya
kepadaNya aku bertawakkal.dan Dia adalah Tuhan
yang memiliki Arsy yang agung"


Surah At-Taubah : 129

Moga-moga aku tergolong dikalangan orang yang sabar untuk berhadapan ujian ini.. moga-moga setiap ujian bakal aku lepasi dengan jayanya...doakanku..


Dibalik awan yang terpancar sinar matahari....mengkagumkan...harap nya masih ada sinar!!