KELANTAN membuktikan kehebatan sebagai gergasi Pantai Timur apabila mencatat kejuaraan treble musim ini dengan merangkul Piala Malaysia 2012 setelah menewaskan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) 3-2 di Stadium Shah Alam, malam ini.
Sebelum ini, Kelantan menjuarai Liga Super dan Piala FA. Pencapaian Kelantan ini kali terakhir dilakukan oleh Kedah selama dua musim berturut-turut pada 2007 dan 2008.
Indra Putra Mahayuddin menjadi wira pasukan Kelantan apabila menjaringkan gol kemenangan sekali gus memastikan Piala Malaysia menjadi milik The Red Warriors setelah hampa pada tahun lepas.
Kelantan, juara Piala Malaysia 2010, tiga kali mendahului ATM sebelum wisel penamat masa tambahan.
Tahun lalu, Kelantan kalah Negeri Sembilan.
Dalam perlawanan malam ini, ATM hampir mendapatkan jaringan awal pada babak awal perlawanan menerusi pemain pertahanannya bagaimanapun, sepakannya tersasar.
ATM sekali lagi hampir menjaringkan gol tetapi percubaan Kaptennya, Hairuddin Omar berjaya dikekang oleh pertahanan Kelantan.
Kelantan terus mengatur strategi dan melakukan serangan, namun percubaan Muhammad Afiq Azmi berjaya ditepis oleh Mohd Farizal Harun pada minit keenam.
Pada minit ke-12, Kelantan sekali lagi hampir mendahului lawan tetapi tendangan Norshahrul Idlan Talaha sedikit melencong ke tepi tiang gol.
Susulan serangan pasukan Kelantan, ATM melakukan serangan balas. Kali ini tandukan Hai-0 sekali lagi melambung tinggi pada minit ke-13.
Kelantan mula menemui rentak permainan apabila terus melakukan serangan diketuai Kaptennya, Mohd Badhri Radzi.
Begitupun, serangan menerusi Indra Putra dan Afiq terus gagal membolosi gawang lawan apabila berjaya didakap oleh Farizal Harun.
Keghairahan Kelantan dalam memburu gol pertama akhirnya tertunai apabila rembatan kencang NorShahrul Idlan Talaha berjaya menewaskan Farizal Harun pada minit ke-43.
Bersambung babak kedua, tidak sempat Kelantan mengatur rentak permainan, ATM terlebih dahulu menjaringkan gol penyamaan menerusi Rezal Zambery Yahya iaitu minit ke-48.
Selang satu minit kemudian, Kelantan memperkemaskan corak permainan dengan aksi lebih tersusun dan Mat Yo sekali lagi menjadi wira apabila menjaringkan gol kedua.
Kegembiraan Kelantan bagaimanapun tidak bertahan lama, apabila jaringan Marlon Alex James pada minit ke-61 berjaya menyamakan kedudukan, sekali gus menggegarkan stadium dengan sorokan penyokong ATM.
Setelah kedua-dua pasukan terikat 2-2, perlawanan diteruskan di masa tambahan selama 30 minit.
Umpama mendapat semangat dari gol kedua, anak didik B.Sathianathan melancarkan gerakan bertali arus melalui kombinasi pemain Hai-0, Marlon dan Aidil namun berjaya dikekang oleh pertahanan Kelantan.
Sebaliknya, Kelantan yang mendapat sorokan lebih 60,000 penyokong nyata menyuntik semangat dalam diri mereka.
Dengan itu, pada minit kelima masa tambahan, gerakan menarik Indra Putra akhirnya berjaya menewaskan penjaga gol ATM, Farizal Harun sekali gus memadam impian skuad The Army untuk menjulang Piala Malaysia buat julung kali.
Pencapaian anak buah Bojan Hodak mendakap piala keagungan bola sepak tanah air itu kali ini adalah yang kedua selepas kali pertama memenanginya pada 2010 apabila menumpaskan Negeri Sembilan 2-1 di Stadium Nasional Bukit Jalil.
Walaupun turun tanpa penyerang import dari Lubnan, Mohamed Ghaddar di jentera serangan, ia tidak sedikit pun menjejaskan asakan pasukan dari Pantai Timur itu bagi menyekat ATM daripada melakar sejarah menjulang piala berprestij itu buat pertama kali.
Berikut kedudukan jaringan:
ATM (2) mln Kelantan (3)
Jaringan ATM:
Rezal Zambery Yahya minit ke-48
Marlon Alex James minit ke-61
Jaringan Kelantan:
Norshahrul Idlan Talaha minit ke-43 dan minit ke-49
Indra Putra minit ke-95
PERKEMBANGAN SEMASA PERLAWANAN:
1m: Cubaan
jaringan gol oleh Amir Ridzuan gagal menembusi gawang Kelantan
2m: Sepakan
penjuru pertama, cubaan dibuat Aidil Zakuan
5:58m: Cubaan
Kelantan jaringkan gol oleh Afik Nizam Zain gagal
7.50m: Marlon
Alex James alami kecederaan
22m: Norshahrul
gagal melepasi gawang ATM, kecuaian kali kedua
23m: Kad
kuning dilayang kepada Obinna Nwaneri
26m: Syakir
menjatuhkan Hai-O
27m: Sepakan
percuma diambil Aidil Zakuan
28m: Sepakan
penjuru diambil Kelantan
30m: Cubaan
dari jarak jauh Farizal berjaya ditangkap penjaga gol ATM
30m: Kedudukan
masih 0-0
31m: Tolakan
Ruben ke atas Norsharul Idlan Talaha
33m: Sepakan
penjuru ATM, cuba cari tandukan Hai-O tapi gagal
34m: Tendangan
Zaquan Adha jauh dari sasaran
35m: Kad
kuning ke atas Shahrul. Kad kuning kedua buat Kelantan
41m: Cubaan
Kelantan gagal
43m: Gol
pertama Kelantan, dijaringkan oleh Norsharul Idlan Talaha
45m: Masa
tambahan dua minit diberikan
45
+ 2m: Separuh masa pertama selesai. Kedudukan Kelantan 1, ATM 0
46m: Perlawanan
separuh masa kedua bermula.
46m: Subamaniam
tidak dapat meneruskan permainan kerana mengalami kecederaan.
48m: ATM
dapat gol penyamaan oleh Rezal Zambry
49m: Gol
bagi Kelantan, oleh Norshahrul
51M: Cubaan
Hai-O tapi gagal hantaran
53m: Cubaan
Zaquan hantaran jarak jauh tp ofsaid
54m: Cubaan
Kelantan gagal ditepis Zaquan
55m: Sepakan
percuma Kelantan kerana Afiq ditolak
55m: Sepakan
penjuru ATM ke-6
57m: Sepakan penjuru
Kelantan diambil Afiq terlalu rendah, gagal rai gol
59m: Azmi
Muslim masuk, Fitri Omar keluar
61m: Kad
kuning bagi Kelantan
61m: Gol
ATM oleh Alex James, tandukan hasilan gol penyamaan
64m: Cubaan
gol ATM tetapi gagal dihalang
67m: Cubaan
Rizal Fahmi ke arah pintu gol Kelantan tapi tersasar
68m: ATM
hantar bola ke pintu gagal
69m: Zaquan
buat hantar tapi dihalang Syakir
69m: Obina
ditolak Marteleto
71m: Cubaan
Alex James hantar jaringan jarak jauh gagal tersasar
72m: Zaquan
ambil sepakan penjuru ATM
75m: Sepakan
penjuru buat Kelantan
77m: Indra
Putra cuba sepak ke gawang, tersasar tinggi
79m: Cubaan
Rizal ke gawang Kelantan gagal
88m: Cubaan
Venice Elpe dihalang daripada melakukan 'crossing' ke gawang Kelantan
90m: Masa
tambahan 3 minit
90+1: Alex
James gagal ambil hantaran tinggi ke gawang Kelantan tapi diselamatkan Apex
90+2: Sepakan
percuma kepada Kelantan, tetapi tendangan tinggi, diambil oleh Indra Putra
90+3: Perlawanan
separuh masa kedua tamat. Kedudukan terikat 2-2
95m: Kelantan
tambah gol, menerusi Indra Putra. Kedudukan Kelantan 3, ATM 2.
97m: Jaringan
ATM, tandukan oleh Alex James, tetapi ofsaid.
100m: Ruben
ditukar.
104m: Sepakan
penjuru kesembilan ATM, gagal raih gol
105m: Kedudukan
semasa Kelantan 3, ATM 2
106m: Babak
kedua masa tambahan bermula
106m: Mohd
Daudsu cedera, diusung keluar padang
107m: Pergeseran
Martoloto dan Syakir
108m: Martoloto
diberi kad kuning
110m: Azlan
Ismail masuk padang
115m: Kad
kuning untuk Rizal
117m: Indra
kasari Martoloto
118m: Sepakan
percuma ATM diambil Fitri Omar
119m: Sepakan
percuma jark jauh oleh ATM
120+4: Masa
tambahan
120+4: Kelantan
muncul juara, jaringan 3-2