Lama masa berlalu, berkebetulan hujung minggu lepas pulang ke kampung halaman.
berkesempatan bertemu teman-teman sekolah rendah..after 20 years x berjumpa..memang membangkitkan memori..
dalam banyak-2 cerita..rupanya untuk sampai ke usia ini, ada pelbagai cerita. rupanya my best fren std 1-3 dua orang...dua-dua dah kembali ke rahmatullah..innalillah dan al fatihah utk mereka. mereka meninggal kerana pengambilan dadah! satu kesilapan....tp, itu semua ujian... apa yang utama kita mengambil pelajaran dan pengajaran disebalik kisah hidup itu.
dan terfikir aku, di suasana persekitaran sekarang hidup penuh cabaran...susah untuk kita mendidik generasi supaya terselamat dari cabaran-cabaran yang ganas ini..selain berdoa pada Allah yang Esa mohon di jauhkan kita,...
perit dan pedih,
dulu dadah dan sekarang pun
ganja
pil kuda
estacy
merempit
tu x masuk yang x solat
mmm..Ya Allah lindungi kami dan zuriat kami daripada menerima musibah ini...
Thursday, June 28, 2012
Wednesday, June 06, 2012
Ukays : Kita akan dijemput
Kita Akan Dijemput
Di dalam hidup kita seharian
Ada persamaan inginan
Mencari harta sebanyak mana
Mencari harta sebanyak mana
Masa terdaya
Bila mentari menyulubungi
Kitapun bangkit dari mimpi
Menyambung semula pencarian yang
Terhenti semalam
Kepuasan terpancar jelas
Bila yang dimimpi terbukti
Dengan kekayaan yang di miliki
Masih tidak lagi mencukupi
Memang begitu sikap manusia
Tidak puas dengan yang ada
Seolah harta di dunia bisa
Bawa ke sana
Kita terlupa harta yang nak dibawa
Amalan seharian itu yang pasti
Harus di hati
Sudah terlewat bila tubuh terbujur kaku
Tidak berfungsi di saat itulah
Terlihat semua di mana tempat kita
Harus diingat kita hanya musafir
Yang didatangkan hanya sementara
Menghunikan alam
Dan pasti akan dijemput untuk pulang
Dijemput pulang…
Dijemput pulang…
Bila mentari menyulubungi
Kitapun bangkit dari mimpi
Menyambung semula pencarian yang
Terhenti semalam
Kepuasan terpancar jelas
Bila yang dimimpi terbukti
Dengan kekayaan yang di miliki
Masih tidak lagi mencukupi
Memang begitu sikap manusia
Tidak puas dengan yang ada
Seolah harta di dunia bisa
Bawa ke sana
Kita terlupa harta yang nak dibawa
Amalan seharian itu yang pasti
Harus di hati
Sudah terlewat bila tubuh terbujur kaku
Tidak berfungsi di saat itulah
Terlihat semua di mana tempat kita
Harus diingat kita hanya musafir
Yang didatangkan hanya sementara
Menghunikan alam
Dan pasti akan dijemput untuk pulang
Dijemput pulang…
Dijemput pulang…
"Konsep wakaf bagi pembinaan lebuhraya ini turut dicadangkan. Sumbangan boleh disalurkan ke akaun Bank Islam : 03036 01 0003031 atas nama Baldah Toyyibah (Prasarana)Kelantan Sdn Bhd atau dulu dikenali sebagai Rowstead Systems Sdn Bhd."
Pujian yang setinggi tinggi, kekal bersama kekalnya Allah dan seindah-indahnya kepada Allah - Maha Pencipta dan Maha Berkuasa atas semua urusan - saya lafazkan,
Selawat tanda kasih yang seindah dan selengkapnya dikirim kepada Junjungan Mulia yang menjadi sumber inspirasi orang-orang yang beriman
Pada pagi ini, Rejab 1433 Hijrah kita berhimpun di sini, untuk menjelmakan impian menjadi kenyataan, harapan lama rakyat kelantan , mempunyai sebuah jalan perhubungan utama yang selesa dan sesuai.
Tidak syak lagi, perhubungan jalan raya yang baik adalah antara katalis utama perubahan landskap ekonomi, pembangunan dan sosial.
Dari sudut sejarah, dari segi infra- baik daratan, lautan dan udara, Kelantan terpencil secara semula jadi. baik semasa penjajah bertapak mahu pun selepas kita telah merdeka.
Lapangan terbang kita belum dinaik taraf sebagai lapangan terbang antarabangsa. secara rasmi, kita belum mempunyai pelabuhan dan syukur Alhamdulillah, atas inisiatif Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Al Sultan, kita bakal mempunyai sebuah pelabuhan yang dinantikan.
Kelantan terlepas dalam pelan landasan berkembar keretapi. Kita belum dihubungi oleh lebuhraya lingkaran tengah dan lebuhraya pesisir pantai.
Setiap tahun, anak Kelantan diperantauan bagaikan didera, dengan perjalanan pulang yang lambat dan ada kalanya memakan korban kerana jalan sedia ada yang sempit dan sesak.
Seperti makluman ramai, cadangan pembinaan lebuhraya ini pernah di war-warkan akan dimulakan dalam Rancangan Malaysia tetapi kemudiannya, atas apa jua sebab, tertangguh kembali.
Atas permintaan YAB Tuan Guru MB supaya diteliti kemungkinan kerajaan negeri mengambil inisiatif menerajui pembinaan lebuhraya ini, satu jawatankuasa teknikal telah dibentuk.
Ini memandangkan keperluan negeri kepada perhubungan tulang belakang seperti ini, lebih-lebih lagi jalan sedia ada sudah tidak mampu menampung pertambahan kenderaan.
Usaha ini hendaklah dilihat dari sudut positif. Ia tidak berniat mencabar mana-mana pihak melainkan semata-mata berusaha melaksanakan apa yang diperlukan supaya semangat persaingan memberikan perkhidmatan kritikal dapat diwujudkan.
Insya-Allah dengan langkah ini, keperluan mendesak rakyat tidak lagi dijadikan ransom atau tukaran berdasarkan ihsan dan menunggu restu melainkan ditimbang berdasarkan merit keperluan yang sebenar.
YAB, YB-YB dan hadhirin hadhirat sekalian,
Selepas kerajaan negeri mengeluarkan request for proposal atau jemputan mengemukakan cadangan - sejumlah syarikat telah mendaftarkan minat. Saringan telah dilakukan sebanyak dua pusingan dengan harapan mencari kontraktor yang dapat melaksanakan hasrat kita membina lebuhraya ini seperti dirancangkan.
Pada akhirnya, dua syarikat telah dipilih iaitu Menta Construction bagi pakej yang pertama dan Temokin Villa Jelas untuk pakej yang kedua.
Pakej pertama dimulakan dahulu memandangkan adanya sejumlah tanah milik kerajaan negeri dan dengan itu proses pengambilan balik semula tanah tidak perlu dilakukan.
Pengambilan balik tanah selebihnya insya-Allah akan dijalankan serentak. Insaya-Allah kerajaan negeri akan menubuhkan sebuah taskforce khas pengambilan balik tanah bagi mempercepatkan prosesnya.
Panjang asal lebuhraya empat lorong dua hala dari Kota Bharu ke Dusun Damar di Kuala Krai adalah sejauh 73 km.
Namun, selepas penelitian dibuat, jawatankluasa teknikal mencadangkan kajian semula penyuraian trafik dibuat bermula dari Nilam Puri ke Kota Bharu.
Kaedah pembiayaan kewangan yang digunakan bagi pelaksanaan pembinaan lebuhraya ini adalah melalui pembayaran tertangguh dengan pembayaran balik disusun untuk tempoh 25 tahun.
YAB, YB-YB dan hadhirin hadhirat sekalian
Ayat ayat yang dibaca oleh adik qari jemputan kita tadi menjelaskan beberapa perkara;
Satu: Zulkarnain yang ditonjolkan sebagai salah satu model pemerentahan bertaqwa tidak melupakan pembangunan infra.
Dua: Sungguhpun Zulkarnain sebagai pemerintah agung mempunyai semua keperluan pembinaan dan pembangunan seperti besi atau hadid, tembaga, design kejuruteraan, arkitek, jurutera dan tenaga pakar yang lain, namun Zulkarnain tidak melupakan aspek mobilisasi rakyat.
Oleh kerana kemudahan yang akan dibina adalah untuk kemaslahatan ramai, rakyat jelata diminta mengambil bahagian sama.
Dalam contoh ini, dua tugas diminta oleh Zulkarnain dari rakyat setempat:
1. Membawa ketulan besi
2. Menuangkan tembaga cair ke dalam acuan
Semangat dan jalin gabung seperti ini telah diasaskan oleh YAB Tuan Guru dato’ Bentara Setia sejak hari pertama beliau mentadbir Kelantan lagi. contohnya adalah Tabung Serambi Mekah di mana rakyat diminta menderma dan pemimpin turut memotong gaji untuk dicarumkan sebagai teladan kepada rakyat jelata dan amalan ini kekal sampai sekarang.
Oleh itu, konsep wakaf bagi pembinaan lebuhraya ini turut dicadangkan.
Sewaktu pemerintahan Khalifah Othmaniah, sistem wakaf telah berkembang sehingga adanya hospital wakaf termasuk hospital psikiatri, selain jalan dan peruntukan makanan untuk binatang buas di hutan dimusim salji.
Dana wakaf ini saya cadangkan diletakkan langsung di bawah kerajaan negeri - samada di letakkan di bawah Tabung Serambi Mekah sedia ada dengan satu akaun khas atau apa apa bentuk yang difikirkan sesuai oleh kerajaan.
Bukan pula bermakna bayaran kepada kontraktor bergantung kepada kutipan wakaf ini tetapi penglibatan rakyat perlu turut dilakukan.
YAB , YB-YB dan hadhirin hadhirat sekalian,
Doakan impin bersama rakyat Kelantan yang dahagakan kesaksamaan ini menjadi kenyataan serta usaha kita yang kecil ini dihitung berguna di sisi Allah.
Juga, apa yang nanti akan diwakafkan oleh kita semua menjadi buah pahala sampi bila-bila. Sampai dunia ini kiamat.
Jutaan terima kasih saya rakamkan kepada semua ahli jawatankuasa, ahli MMK, pegawai dan kakitangan yang telah terlibat, perunding perunding dan semua pihak yang telah memberikan idea dan sumbangan pandangan termasuk menerusi email dan face book. Terima kasih khas saya kepada YAB Tuan Guru Dato’ Bentara Setia MB yang memberikan kepercayaan kepada saya untuk memikul beban yang tidak mudah tetapi tidak pula mustahil ini.
Ucapan Aluan
Majlis Pecah Tanah perasmian
Lebuhraya Rakyat Kota Bharu – kuala Krai
7 Rejab 1433 / 28 Mei 2012
Subscribe to:
Posts (Atom)