Friday, March 20, 2009

Komen Tun Mahathir... hu hu

KUALA LUMPUR: Rayuan kepada Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin agar jangan melantik Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai Perdana Menteri datangnya daripada orang yang bukan betul-betul waras pemikirannya, kata Tun Dr Mahathir Mohamad Khamis.


"Dia berhak berkata. Dia (cuma) satu orang (sahaja). Sama ada Yang di-Pertuan Agong mendengar pendapat satu orang itu adalah hak Yang di-Pertuan Agong," katanya kepada media ketika diminta mengulas tentang rayuan itu yang dibuat oleh bekas menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Mohd Zaid Ibrahim semalam.


Beliau ditemui di satu sidang akhbar berkaitan penganjuran Forum dan Pameran Pembunuhan di Gaza: Penyelesaian untuk Palestin di sini.


"Orang yang membuat cadangan ini pun bukanlah orang yang disanjung tinggi (dan) dianggap orang yang betul-betul waras pemikiran dia."


"Saya fikir kalau saya jadi (Yang di-Pertuan) Agong saya tak mahu baca apapun pasal ini. Bodoh sangat. Siapa dia nak (jadi Perdana Menteri)?


"Dia (Zaid) tak terpilih untuk bertanding pun....orang macam ini dia lompat sehari 10 kali?macam katak aja. Tak kan (Yang di-Pertuan) Agong nak dengar cakap katak."


Ditanya sama ada beliau memberi sokongan penuh kepada Najib supaya dilantik sebagai Perdana Menteri, Mantan Perdana Menteri itu berkata, "Saya akan menyokong Datuk Najib tapi ia mempunyai syarat di mana beliau hendaklah jangan melantik mana-mana pemimpin yang korup dalam kabinetnya.


Beliau turut mengulas tentang persepsi umum yang mengatakan Najib adalah seorang yang korup.


"Saya bercakap mengenai tindakan yang diambil oleh Lembaga Disiplin Umno dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Saya bukan bercakap tentang apa yang orang ramai percaya. Ramai orang percaya tentang sesuatu tapi tiada keputusan dari segi undang-undang sama ada Najib korup atau tidak.


Ditanya tentang calon pilihannya sebagai Timbalan Presiden UMNO, Dr Mahathir berkata, "Saya fikir apa yang tinggal ialah seseorang yang..ialah, tidak boleh membaca Bahasa Inggeris dan oleh itu dia buat sesuatu yang salah di Australia..jadi pilihan saya ialah (Tan Sri) Muhyiddin (Yassin).


Perebutan jawatan itu meninggalkan Muhyiddin dan Tan Sri Muhammad Muhamad Taib berikutan penggantungan Datuk Seri Ali Rustam untuk bertanding kerana terlibat dalam rasuah politik.


Ditanya sama ada beliau memberi sokongan penuh kepada Najib supaya dilantik sebagai Perdana Menteri, Mantan Perdana Menteri itu berkata, "Saya akan menyokong Datuk Najib tapi ia mempunyai syarat di mana beliau hendaklah jangan melantik mana-mana pemimpin yang korup dalam kabinetnya.


Beliau turut mengulas tentang persepsi umum yang mengatakan Najib adalah seorang yang korup.


"Saya bercakap mengenai tindakan yang diambil oleh Lembaga Disiplin Umno dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Saya bukan bercakap tentang apa yang orang ramai percaya. Ramai orang percaya tentang sesuatu tapi tiada keputusan dari segi undang-undang sama ada Najib korup atau tidak.


Ditanya tentang calon pilihannya sebagai Timbalan Presiden UMNO, Dr Mahathir berkata, "Saya fikir apa yang tinggal ialah seseorang yang..ialah, tidak boleh membaca Bahasa Inggeris dan oleh itu dia buat sesuatu yang salah di Australia..jadi pilihan saya ialah (Tan Sri) Muhyiddin (Yassin).


Perebutan jawatan itu meninggalkan Muhyiddin dan Tan Sri Muhammad Muhamad Taib berikutan penggantungan Datuk Seri Mohd Ali Rustam untuk bertanding kerana terlibat dalam rasuah politik.


Dr Mahathir turut mengulas kenyataan Mohd Ali yang mengatakan beliau turut terlibat dalam keputusan Lembaga Disiplin baru-baru ini.


"Saya harap saya boleh tapi saya bukan anggota Umno. Jika saya terbabit, saya akan menghumban beliau keluar sejak awal lagi tapi saya tidak terlibat jadi..minta maaf.


"Saya berasa berat hati untuk tunggu keputusan oleh lembaga itu dan saya tidak cukup gembira dengan keputusan," katanya.


Beliau berkata "layanan" yang sama perlu diberi kepada Mohd Ali sebagaimana yang diberi kepada bekas Naib Presiden UMNO, Tan Sri Mohamed Isa Abdul Samad, dahulu.


"Ada satu kes (di mana) Isa Samad, yang dikeluarkan kerana terbabit dalam politik wang tapi dia juga hilang kedudukannya sebagai menteri. Tapi di sini kita ada keputusan yang pelik.


"Dia didapati korup tapi dia kekal sebagai Ketua Menteri (Melaka). Sekarang kita ada seorang yang disahkan sebagai korup tapi parti menerima beliau sebagai Ketua Menteri.


"Jika anda buat keputusan, ia mesti konsisten. Dalam cara yang sama, ia perlu meliputi semua orang, dengan jumlah yang sama. Anda tak boleh berkata, baiklah, dia bunuh orang itu dia patut digantung. Dia bunuh orang lain tapi orang itu tidak penting, jadi lepaskan dia," katanya.


Antara lain, bekas Presiden UMNO itu turut tidak menolak kemungkinan berlakunya usul "undi percaya" di Parlimen bagi mengekalkan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi sebagai Perdana Menteri.


"Ia ada kemungkinan. Ia tidak bertentangan dengan undang-undang. Undang-undang membenarkan bahawa anda mesti mendapat undi majoriti dalam Parlimen tapi ia tidak sebut dari parti mana.


"Menurut perlembagaan, seseorang yang akan dijadikan Perdana Menteri adalah seseorang yang akan mendapat sokongan majoriti di Parlimen. Jika anda lantik seseorang yang gagal untuk mendapat sokongan majoriti, ia akan terkeluar.


Dr Mahathir berkata dalam Perlembagaan Persekutuan tidak menyebut bahawa Presiden Umno mesti menjadi perdana menteri.


"Tiada peruntukan. Ia merupakan aturan kita," katanya.


Dr Mahathir berkata bahawa dari segi undang-undang, perdana menteri sekarang boleh meneruskan tugas sehingga pilihan raya umum akan datang jika beliau mahu.


"Tapi sudah tentu beliau akan berdepan dengan undi tidak percaya di Parlimen. Jika dia pergi ke Parlimen, dia (Abdullah) punya peluang yang baik untuk menang dengan sokongan pembangkang tapi dia akan menjadi PM pembangkang," katanya.


Dr Mahathir berkata pembangkang juga mempunyai undi di Parlimen dan jika pembangkang, bersama-sama dengan sebahagian anggota Barisan Nasional, bagi mengundi Abdullah, "ketika itu dia akan menjadi PM". BERNAMA

Monday, March 02, 2009

Pemilihan guna kaedah Syura

Petikan:

Nik Aziz: Pemilihan PAS guna kaedah Syura
KOTA BAHARU: Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, parti itu bercadang menggunakan kaedah syura bagi pemilihan jawatan dalam parti itu pada Muktamar Tahunan Ke-55 Jun ini.


Nik Abdul Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan berkata, ini kerana PAS seboleh-bolehnya mahu mengurangkan sebarang perselisihan dalam parti itu, termasuk dalam soal pemilihan pemimpin.


Kaedah syura iaitu perbincangan bagi mencapai persetujuan bersama, berkemungkinan besar digunakan dalam pemilihan muktamar tahunan parti itu yang dijangka diadakan pada Jun ini.



"Seboleh-bolehnya kita tak mahu ada perselisihan, nak lari daripada berselisih pun tak boleh kerana manusia ni tak sama, tapi kalau cara syura boleh (kurangkan perselisihan), tak apalah, asalkan syura tu tak bercanggah dengan asas bermesyuarat," katanya.


Beliau bercakap kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Sambutan Pelantikan Pengarah-pengarah Syarikat Dalam Kumpulan Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK) Tahun 2009 di sini, hari ini.


Nik Aziz berkata, beliau berharap muktamar tahun ini akan dapat diadakan di salah sebuah negeri di mana Pas baru bertapak. BERNAMA


http://www1.mstar.com.my/cerita.asp?file=/2009/3/2/mstar_berita/20090302162155&sec=mstar_berita

mengalu-alukan... it is better..

Entah apa kesudahan di Perak?

Rimas memikirkan perkara yang berlaku di Perak..
Bila politiking nya akan berakhir..

semuanya berpunca atas kegopohan bakal perdana menteri Malaysia
untuk mengambil alih negeri Perak dari PR.

Atas tindakan beliau itu, episod nya dilihat masih jauh dari penghujungnya..
masing-2 menyatakan tindakan mereka betul..

Harusnya siapa yang patut menjadi Hakim?
Berapa lama harus dibiarkan perkara ini berlaku?
Apakah ia memerlukan korban nyawa untuk ditamatkan?

Pada saya, rakyat mula muak atas semua ini!
Kenapa BN masih angkuh untuk mengakuinya...
Walau dapat majoriti di Dewan, tapi terlupa untuk
dapatkan Speaker Dewan sekali...

Apalah kiranya ditamatkan segera polemik ini...
Adakan pilihanraya yang baru, khusus untu DUN Perak..
Biar rakyat menilai..

Andai Rakyat suka pada BN,
pasti mereka akan pilih..
Andai Rakyat suka akan PR,
pati mereka akan undi,

kemudian, biar yang baru menentukan...

jika dibiarkan, pada saya ia lebih kepada mempercepatkan kemasukan BN ke
dalam mezium untuk di kenang oleh rakyat.

akibat takut tidak dipilih oleh rakyat.. mereka nak terus dengan tindakan mereka..
padahal, masih belum pasti rakyat akan pilih siapa.. seolah-olah begitu takut kepada bayang-bayang...

akibat dari itu, kenapa pengerusi perhubungan Perak masih belum berbuat apa-apa?
nak tunggu apa?

ironinya,
Beliau bakal memimpin Malaysia,
tanah air yang ku cintai...
apakah "kegopohan" ini akan berlaku apabila beliau memerintah?

Bukankah perlu direnung kejatuhan Shah Iran..
Berada dipuncak kuasa dengan segala keangkuhan,
akhirnya jatuh merudum menyembah bumi hanya
dengan kuasa Imam Khomeni yang dalam buangan..
Hanya Imam Khomeni?

Mungkin apalah kiranya beliau memohon maaf kepada rakyat Perak..
Atas kegopohan itu..
Bukankah itu lebih mulia?

Bukankah kuasa itu satu amanah, bukan kebanggaan!
Bukankah Syadina Umar yang bengis itupun menangis setiap malamnya
kenapa baginda dipilih untuk menggalas amanah ini..

Lalu timbul satu soalan lagi,
Ke mana Datuk Seri nak bawa kami?
ke timur kah? atau ke barat kah?
atau bersama-sama dalam kebingungan..
Saya tak nampak tujuannya.. itu yang tanya?

Atau setiap yang tuan kehendaki perlu ditunai?

Bukan famous kisah Syadina Abu Bakar r.a
ketika mana di amanahkan tampuk kekuasaan 1/3 alam...
berkata... "tegurlah daku bila aku berbuat kesilapan"
dan balas Syaidina Umar r.a "Pedang ini akan membetulmu"
Apalah salahnya menerima teguran rakyatmu...

Pohon keamanan dan keselesaan rakyat dikembalikan!

Sunday, March 01, 2009

Travelog Dakwah.. meniti hari esok

Wah, memang menarik… bersungguh betul azam Prof Muhd Kamil moga Allah mengurniakan kekuatan yang sama kepada ku dan seluruh ummat.

Jika Travelog Haji, menceritakan tentang pengalaman seorang Prof menunaikan haji, yang sebelumnya tidak terlintas untuk pergi Haji, apatah lagi sebelumnya Prof tidak pernah mengenal malahan khatam Al-Quran. Tapi dengan kesungguhan dan limpah kurnia Allah segalanya dipermudahkan..

Sesungguhnya Allah mengurniakan hidayah kepada siapa yang dikehendaki-Nya.

Travelog Dakwah, lebih kepada menceritakan tentang cabaran selepas balik menunaikan Haji… Semangat membara untuk menghidupkan surau dan menukar keutamaan manusia lain ie. Berhenti solat berjemaah walau dalam mesyuarat penting…berqiamullail, solat dhuha, berpuasa sunat, membesarkan bulan Ramadhan…

Ia merupakan suatu perubahan yang dilakukan dan berbeza dengan kehidupan yang sebelumnya. Beruntung Prof. kerana belum terlambat walau sudah di usia 40-an.
Pada saya, lebih baik demikian daripada orang awalnya soleh tapi kemudiannya toleh..
Yang barang tentu yang paling baik yang awal dan akhirnya soleh…
Bukan sesuatu yang terlambat untuk berubah.. “Better late than never”

Pada saya, ia adalah dua buah buku yang perlu dimiliki malahan sesuai untuk diberikan sebagai hadiah cenderamata.

Betapa setiap kita perlu sentiasa menadah tangan bermohon kepada Allah atas setiap apa yang berlaku.. Setiap ketentuannya pasti dan mesti ada hikmah-Nya.

Waktu Dhuha...

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

Demi waktu Dhuha (matahari dalam kadar segalah),
Dan Demi malam apabila telah sunyi,
Tuhan tiada meninggalkan kamu dan tiada pula meninggalkan kamu,
Dan sesungguhnya akhir itu lebih baik bagimu dari permulaan,
Dan kelak Tuhan mu pasti memberikan kurnia-Nya kepadamu, lalu kamu menjadi puas,
Bukankah Dia mendapatimu sebagai seorang yang yatim, lalu Dia memberikan perlindungan,
Dan Dia mendapatimu sebagai seorang yang bingung, lalu Dia memberikan petunjuk,
Dan Dia mendapatimu sebagai seorang yang kekurangan, lalu Dia memberikan kecukupan,
Adapun terhadap anak yatim maka, janganlah kamu berlaku sewenang-wenangnya.
Dan terhadap orang yang meminta-minta maka janganlah kamu mengherdiknya,
Dan terhadap nikmat Tuhanmu maka hendaklah kamu menyebut-nyebutnya (dengan bersyukur).


Surah Ad-dhuha
Begitulah firman tuhanku menerusi Nabi-Nya yang mulia.
Betapa kerdilnya diri dengan segala nikmat tuhan kepada ku.
Betapa perlu disyukuri…
Lalu doa Dhuha direnung…

Ya Allah,
Sesungguhnya waktu dhuha itu adalah waktu Dhuha-Mu,
Kemegahan ini adalah kemegahan-Mu,
Keindahan ini adalah keindahan-Mu,
Kekuatan itu adalah kekuatan-Mu,
Kekuasaan itu adalah kekuasaan-Mu,
Dan perlindungan itu adalah perlindungan-Mu.

Ya Allah,
Sekiranya rezeki masih di langit, maka turunlah,
Sekiranya di perut bumi, maka Kau keluarkanlah,
Sekiranya sukar, maka Engkau permudahkanlah,
Sekiranya masih Haram, Engkau halalkanlah,
Sekiranya jauh, Engkau perdekatkanlah dengan berkat di waktu Dhuha,
Kemegahan, keindahan, kekuatan, kekuasaan dan perlindungan-Mu.

Limpahkanlah kepada kami sebagaimana yang telah Engkau limpahkan
Kepada para hamba-Mu yang Soleh.


Lalu, apalah sangat untuk kita bersolat dua rakaat memohon limpah kurnia Allah yang tiada pernah terbatas. Dia lah yang menaikkan seseorang dan Dia jua yang menjatuhkan seseorang. Kepunyaan-Nya setiap yang ada dialam buana ini.

Sombong kita untuk memohon kurnia-Nya,
Sangka kita kita sudah memiliki segala-Nya…