Alhamdulillah, tahun 2025 Allah kurniakan kami kesempatan menunaikan haji. Banyak pengalaman dan coretan yang perlu dikongsi..
Debaran haji
"Debaran haji" merujuk kepada perasaan yang bercampur baur gementar dan teruja yang dirasai oleh bakal jemaah haji menjelang ibadah haji. Antara kerinduan untuk ke Tanah Haram menunaikan rukun Islam kelima dan juga kegelisahan menghadapi cabaran fizikal dan spiritual sepanjang ibadah haji.
"Debaran haji" bukan sekadar perasaan biasa, tetapi merupakan pengalaman yang mendalam dan bermakna bagi setiap bakal jemaah yang akan menunaikan ibadah haji.
Pelbagai persoalan timbul di minda;
- Adakah rayuan haji aku di terima?
- Apakah barang yang patut dan boleh di bawa?
- Berapakah wang saku?
- Mampukah aku beratur menunggu tandas? Di Arafah dan Mina?
- Nak tinggal dimana anak-anak yang masih kecil ini!
- Nak cuti berapa hari?
- Berapa jauh nak berjalan? Macam mana nak bersedia?
- Berapa helai kain ihram nak bawa?
- Selipar? Kasut macam mana?
- Apa tu..Tahallul Awal? Tahallul Thani? Nafar Awal? Nafar Thani?
Ada 1001 persoalan menerjah fikiran. Namum, jangan dirisau berlebihan. Insya Allah akan dipermudahkan oleh Allah swt.
Buku ini cuba untuk menjernihkan beberapa perkara taktikal dalam menunaikan ibadah haji. Semoga ia membantu bakal-bakal haji membuat persediaan yang terbaik sebelum berangkat ke Tanah Haram dan menyusun strategi terbaik dalam menunaikan ibadah haji.
Catatan Lengkap "Kembara Haji 2025, Musim Panas Terakhir" Boleh di
https://toyyibpay.com/Ebook-Kembara-Haji-2025


No comments:
Post a Comment