Friday, August 13, 2010

Kelantan berhasrat menjadi negeri pertama mempelopori penggunaan emas dan perak yang dikenali mata wang syariah emas dinar dan perak dirham.

Kelantan berhasrat menjadi negeri pertama mempelopori penggunaan emas dan perak yang dikenali mata wang syariah emas dinar dan perak dirham.


Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata adalah menjadi hasratnya untuk melihat Kelantan mempelopori penggunaan mata wang syariah dalam semua urusniaga, termasuk membayar gaji kakitangan kerajaan negeri.

Bagaimanapun, katanya, masih banyak soal teknikal yang perlu diatasi oleh kerajaan negeri sebelum dapat melaksanakannya.

"Kita bercadang mengamalkan semua urusniaga dan membayar gaji kakitangan menggunakan mata wang syariah, iaitu dinar emas dan dirham ini secara menyeluruh tidak lama lagi," katanya pemberita selepas majlis pelancaran dinar emas di Kota Bharu, hari ini.

Dinar emas dan dirham itu dikendalikan oleh Kelantan Gold Trade (KGT) iaitu anak syarikat Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK).


Simbolik kepada majlis pelancaran itu, Nik Abdul Aziz menyerahkan dinar emas kepada Ketua Pegawai Eksekutif PMBK, Mustapha Salleh bagi pembayaran gaji kepada kakitangannya untuk bulan ini.

Nik Abdul Aziz, yang juga Pengerusi PMBK berkata, sehingga ini lebih 1,000 peniaga bersetuju menggunakan emas dinar dan dirham sebagai mata wang alternatif untuk berurusniaga di premis mereka.

Selain itu, Tabung Haji dan Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) bersetuju menjadi ejen dan menerima mata wang syariah itu untuk berurusniaga.

Beliau berkata, tidak ada sebab urusniaga mengunakan mata wang syariah ini tidak boleh diamalkan di negeri ini kerana penggunaannya telah diamalkan sebelum kejatuhan Kerajaan Othmani di Turki.

Sehubungan itu, beliau menggalakkan semua pihak menggunakan mata wang syariah itu secara menyeluruh dan bukan untuk negeri ini sahaja.

- Bernama

sumber : http://www.malaysiakini.com/news/139908

Thursday, August 12, 2010

Zakat fitrah RM5 hingga RM8 1431

KUALA LUMPUR: Kadar zakat fitrah bagi umat Islam di seluruh negara untuk tahun ini ditetapkan antara RM5 dan RM8, berbeza mengikut negeri masing-masing berdasarkan harga beras.

Malah, ada negeri memberikan pilihan kepada masyarakat dengan menetapkan lebih daripada satu kadar bayaran seperti Terengganu dengan RM5, RM7 dan RM8 manakala Johor RM5 dan RM7.50.

Sarawak RM5.20, Perlis RM6, Negeri Sembilan dan Melaka RM6.50, Sabah RM6.80 manakala Kelantan, Pahang, Pulau Pinang, Wilayah Persekutuan, Kedah, Perak dan Selangor ditetapkan RM7.

Kadar terbabit tidak banyak berbeza dengan tahun lalu, sekali gus dijangka tidak membebankan masyarakat.

Andaiku Tahu Ramli Sarip

http://www.youtube.com/watch?v=Mr9dg-j4gyU&feature=related

Wednesday, August 11, 2010

Tindakan senarai hitam kenderaan ditarik balik sementara waktu

PUTRAJAYA 11 Ogos – Kerajaan menarik balik tindakan menyenaraihitamkan kenderaan pesalah-pesalah trafik buat sementara waktu bermula hari ini hingga 28 Februari tahun depan.

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Kong Cho Ha berkata, ini berikutan keputusan memberi kelonggaran semasa musim perayaan yang akan tiba tidak lama lagi. – Utusan

Ramadhan 1431

Ramadhan 1431 memancarkan sinarnya pada 11 Aug 2010..
beryukur aku atas kesempatan berada di bulan yang mulia ini..
moga2 kita semua dapat memanafaatkan peluang yang diberikan tuhan kepada kita...
moga ia akan mencorakan kehidupan kita selepas bulan latihan ini..menjadi insan yang lebih baik... mudah-mudahan..

dan pada 1 ramadhan ini aku menerima keputusan yang sukar untuk diluahkan dan digambarkan...

Sunday, August 01, 2010

The Malaysia Insider: MACC chief wants Cabinet to declare assets

KUALA LUMPUR, July 31 — Malaysian Anti-Corruption Commission (MACC) chief commissioner Datuk Seri Abu Kassim Mohamed today intends to push the Najib administration members to declare their assets publicly.

The Cabinet members now declare their assets to Prime Minister Datuk Seri Najib Razak annually but it is not made public.

“Declaration of assets is very, very important,” Abu Kassim (picture) said at the 15th Malaysian Law Conference at the KL Convention Centre here.

The nation’s top graft fighter was responding to a suggestion from former Bar Council president Datuk Ambiga Sreenevasan that the assets of politicians — particularly those in the Cabinet — and the judiciary be made publicly available for the sake of transparency.

“I agree with you... Everybody — for example, the minister or the judiciary — has to declare,” he told Ambiga.

Following the thumping Barisan Nasional (BN) took in the March 2008 general election, then-Prime Minister Tun Abdullah Ahmad Badawi had directed Cabinet members to declare their assets in a bid to appease a public that was increasingly sceptical of BN’s capacity for reform.

Ministers, as well as deputy ministers, were required to fill in asset declaration forms with the MACC’s predecessor, the Anti-Corruption Agency (ACA), with the intention of making the information available online for public scrutiny.

However, Abdullah backed down from this plan after facing stiff opposition from ministers, who felt that it would be an invasion of privacy for the public to know their financial worth.

Abu Kassim earlier assured Ambiga that he was willing to investigate cases involving Cabinet members impartially without any regard to their political affiliation.

“I can assure you, if there is a case... against any Cabinet member and we didn’t investigate, I’m willing to go down,” he declared, by way of assurance.

He added that he was, in fact, already investigating Cabinet members for alleged corrupt practices but stopped short of elaborating.

MACC has come under sustained fire after its January 2008 start for what detractors claim is a poor record of prosecution and ineffective fight against corruption.

In particular, the perceived foot-dragging in getting to the bottom of Teoh Beng Hock’s suspicious death, one year after his death, continues to haunt the national anti-graft body.

The 30-year-old political secretary to Selangor state councillor Ean Yong Hian Wah was found dead on July 16 last year on a fifth-floor landing at Plaza Masalam in Shah Alam, nine floors below the Selangor MACC’s then headquarters.

He had been interrogated overnight by anti-graft officers probing claims his boss was misusing state funds.

On the anniversary of Teoh’s death, Abu Kassim had pledged not to “cover up” the actions of anyone who may have been involved in causing the DAP political aide’s death.

However, the MACC’s condolence statement to Teoh’s family drew heavy criticism because it was only available in Chinese.

Teoh’s younger sister, Lee Lan, had also slammed Abu Kassim for his “insincere” effort.